Thursday, July 23, 2009

MUFTI PERAK TELAH BERSUARA APA KATA ULAMA PAS?

UMAT ISLAM JUGA MAHU PENJELASAN DARI ULAMA CELUPAR NIK AZIZ DAN ULAMA FATWA PILIHANRAYA HJ HADI MENGENAI NYALAAN LILIN BAGI MENGHORMATI KEMATIAN TEOH BH OLEH NIZAR, ANWAR DAN AZMIN ALI.

SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes. Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.

Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

P/s : Biasanya selepas Mufti-mufti bersuara tentang sesuatu hukum yang sebenar tentang sesuatu kejadian tertentu dalam islam, maka bersuaralah ulama politik Nik Aziz bagi mempertahankan jika ianya bersabit dengan orang-orang yang sebulu dengannya. Sebaliknya jika tidak sebulu atau sehaluan maka berbagai pujian pula dapat kita dengar seperti apa yang terjadi kepada Mufti Perak tempohari. Jika tidak sehaluan mufti juga turut dikapirkan oleh Nik Aziz bukan setakat ahli-ahli Umno sahaja. Apa yang akan pemimpin pas kata terutama Nik Aziz diatas kenyataan dan penjelasan bersabit dengan nyalaan lilin oleh mufti Perak itu cuba kita sama-sama tunggu dan lihat nanti.

No comments:

Post a Comment