Friday, July 3, 2009

"SESUATU YANG TERPAKSA"


"ADAKAH HAJI HADI DAN NIK AZIZ LETAK JAWATAN SELEPAS PRK MANIK URAI?

Sejak akhir-akhir ini "bertambah kronik" masalah dalaman Pakatan Pembangkang. Presiden Pas yang kononnya mengilhamkan "satu idea yang bagus dan murni" untuk perpaduan orang-orang melayu. Majority rakyat yang berbangsa melayu dan islam di negara ini mengharapkan idea ini dapat di realisasikan dengan baik, dengan meletakan sesuatu kepertingan dibelakang demi menjayakan idea tersebut. Kerana idea itu jugalah sekarang dalam Pas berbagai penyakit sudah timbul. Pencetus ideanya Haji Hadi belot kerana takut kepada sesama manusia.

Apa yang Pakmie tahu idea itu disanggah oleh pemimpin-pemimpin Pas sendiri. Adakah ianya sesuatu yang terpaksa Haji Haji mencetuskan idea tersebut? perkara ini masih bermain lagi difikiran kita. Seperti yang kita tahu Haji Hadi sendiri begitu mudah menerima keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat supaya idea perpaduan itu tidak perlu diteruskan. DAP, PKR dan 10 oarng MP pas yang diketuai oleh Nik Aziz membuat keputusan sedemikian, sebaliknya Hj Hadi pula melontarkan isu perpaduan ini menfitnah kepada Umno.

Nik Aziz dan Haji Hadi tidak seperti pemimpin DAP. Kalau DAP Kedah sanggup keluar dari Pakatan Rakyat Kedah kerana babi maknanya bagi DAP isu babi itu lebih besar dari idea Haji Hadi untuk melaksanakan penyatuan kauam melayu itu. Untuk mengalih perhatian rakyat keatas isu perpaduan ini maka banyak perkara "sesuatu yang terpaksa" dilakukan bagi menutup kes tersebut.

Nik Aziz dengan lantang menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan sosialis. Nik Aziz dengan lantang mencabar Perdana Menteri DS Najib berdebat. Terbaru kata-kata Nik Aziz jika perempuan yang mendedahkan aurat boleh dirogol. Manakala Haji Hadi pula memperlekehkan Umno yang kononya parti itu tidak berjaya membentuk model sebuah negara perpaduan. Ucapan dan kata-kata dua tokoh ini melambangkan kepada kita "sesuatu yang terpaksa" bagi menarik perhatian rakyat dan pengundi di PRK Manik Urai 14hb ini.

Kedua-dua pemimpin ini sanggup menerima dosa asalkan sesuatu yang beliau mahukan tercapai. Kedua-dua tokoh inikah "model islamik atau kebahagiaan negara" yang akan memutuskan dasar-dasar islam di negara ini jika ia dapat memerintah dimasa hadapan? kenapa sampai sekarang kedua-dua pemimpin ini tidak mendesak DAP supaya menerima penubuhan negara islam jika pakatan rakyat dapat memerintah negara ini. Cita-cita DAP telah banyak dapat dilaksanakan melalui gabunganya dengan pakatan rakyat. Pemberian tanah hak milik 999tahun di Perak. Perternakan babi besar-besaran di Selangor. Yang paling mereka berjaya adalah menyesatkan pemimpin-pemimpin Pas di negara ini.

Kerana "sesuatu yang terpaksa" yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin inilah yang banyak menyesatkan dan memecahbelah umat islam dinegara ini. Rakyat sepatutnya telah dapat menilai sendiri lakonan-lakonan merek. Jika pemimpin-pemimpin Umno melakukan "sesuatu yang terpaksa" demi keadilan, keamanan dan kesejahteraan semua rakyat di negara ini, maka golongan-golongan inilah juga yang cuba mengisi ruang dan menjadi hero yang kononnya Umno itu ajaran sesat dan berfahaman sosilis. Rakyat dan pengundi-pengundi di Manik Urai seharusnya memihak kepada Umno dan terimalah kenyataan cara Umno itu adalah terbaik kerana negara ini terdiri dari berbagai kaum dan bangsa. Sebab itulah Umno dapat memerintah negara ini sekian lama dek kerana kebijaksanaan pemimpin terdahulu dan juga sekarang.

PaKMie : Coretan ini juga kerana "sesuatu yang terpaksa", bukannya memaksa atau dipaksa. Kepada sesiapa yang mengerti itulah suatu cara pergorbanan kearah jalan kebaikan.

ArissG


Ulasan...
Blogger YANG GAMBI said...

Salam pakmie, terima kasih sudi ke blog kawan.

Nik Ajis dan Hadi sudah lama berkhayal bila Lee Kuan Yu meramal PAS akan memerintah negara, sebab itu mereka rela jadi munafik di atas ramalan Lee, kalau UMNO selalu disamakan dengan Firaun, sekarang mereka tak ubah macam Firaun, angkuh, takbur...

July 4, 2009 11:50 AM

Delete
Blogger geefadzli said...

Salam...

Bile sesuatu dibuat kerana terpaksa ia akan hilang tk kekal selamanya..bile sesuatu itu kerana memaksa ia akan hilang kejujuran dan kepercayaan..jika ia berlaku kerana tepaksa dan memaksa..ia kan berkecai/hancur/lebur tiada dapat dikesan...fikir2 kan lah

July 4, 2009 12:18 PM

Delete

2 comments:

  1. Salam pakmie, terima kasih sudi ke blog kawan.

    Nik Ajis dan Hadi sudah lama berkhayal bila Lee Kuan Yu meramal PAS akan memerintah negara, sebab itu mereka rela jadi munafik di atas ramalan Lee, kalau UMNO selalu disamakan dengan Firaun, sekarang mereka tak ubah macam Firaun, angkuh, takbur...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Bile sesuatu dibuat kerana terpaksa ia akan hilang tk kekal selamanya..bile sesuatu itu kerana memaksa ia akan hilang kejujuran dan kepercayaan..jika ia berlaku kerana tepaksa dan memaksa..ia kan berkecai/hancur/lebur tiada dapat dikesan...fikir2 kan lah

    ReplyDelete