Tuesday, August 18, 2009

KENYATAAN PALING CELUPAR MENJELANG PRK PERMATANG PASIR : SEPERTIMANA BIASA MAKA BERKOKOKLAH NIK AZIZ DENGAN ISLAM NYA


PENYOKONG UMNO TETAP BERSAMA TPM MAHUKAN KEPASTIAN DARI MAJLIS FATWA KEBANGSAAN DAN ULAMA BERHUBUNG TUDUHAN NIK AZIZ TERHADAP UMNO YANG KONONNYA MEMBAWA AJARAN ISLAM PALSU DI NEGARA INI

Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama diminta mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang dibawa oleh Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim masuk syurga kerana menganggap ia Islam palsu yang diamalkan di Palestin.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah wajar jika ulama meneliti apa yang telah diungkapkan oleh Nik Aziz dan memberikan pandangan sama ada kenyataan Mursyidul Am Pas itu benar daripada segi Islam, atau jika bercanggah, apakah pula hukumnya.

"Saya dah cakap akan keluarlah fatwafatwa baru (daripada pembangkang). Jadi, jangkaan saya betul kerana kita menghadapi pilihan raya kecil di Permatang Pasir.

"Walaupun saya faham agama, tetapi kenyataan saya berbaur politik. Dalam soal ini, saya tidak mahu guna politik. Ini soal hukum, soal akidah dan soal agama.

"Lebih baik para alim ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan buat keputusan sebenarnya. Kalau lebih cepat, lebih bagus," katanya selepas melancarkan siri Buku Evolusi Kepimpinan karya Prof Khairil Annas Jusoh di sini hari ini. Klik sini

No comments:

Post a Comment