Thursday, August 13, 2009

DAP KUAT KERANA PAS, ISLAM LEMAH KERANA NIK AZIZ


KENYATAAN NIK AZIZ : DAP BERGEMBIRA UMAT ISLAM TERUS MAKAN HATI

Kesilapan pertama pemimpin pas adalah meletakkan parti itu sebagai simbol Islam. Untok Pakmie menulis kelebihan parti itu berbanding dengan Umno rasanya tidak releven lagi. Jika ada pun sedikit kelebihan parti itu berbanding Umno sudah tentu terhapus dengan sendirinya diatas kesilapan tuturkata pemimpin parti itu tentang islam. Pemimpin pas menggunakan islam untok mencari dan mendapat pengaruh politik daripada kaum islam dan bukan islam di negara ini .jika kita teliti dan kaji secara mendalam itu lah realitinya apa yang berlaku kepada parti itu lebih-lebih lagi dalam pakatannya bersama PKR dan DAP sekarang.

Pelampau anti Melayu/Islam dikalangan DAP sudah mula naik toncang di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Antaranya lahir Ronnie Liu DAP Selangor,lahirnya Jeff Ooi DAP Pulau Pinang dan Siew. Mereka-meraka ini tidak menghormati langsung dengan merendah-rendahkan mertabat islam yang juga sebagai agama resmi di negara ini.

Siapa mereka-mereka ini disisi Islam? golongan ini lah juga yang menentang sistem pemerintahan secara islam di negara ini. Kenapa mereka ini berani mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati orang Melayu/Islam?

PAS tidak akan mengambil risiko memecah belahkan perpaduan koalisi Pakatan Rakyat dengan 'mencari gaduh' dengan DAP. Melayu PKR pula pula tidak mempunyai kekuatan dan 'tunduk' pula kepada pandangan pemimpin mereka DS Anwar Ibrahim. Tanpa sokongan DAP dan PKR, fungsi PAS sebagai pembangkang akan HANYA TERHAD kepada satu atau dua buah negeri sahaja.

Kesilapan demi kesilapan pemimpin pas dalam mempermainkan islam dan penanggongan keatas dosa -dosa itu kepada umat Islam di negara ini maka seterusnya menjurus kepada kesilapan yang tidak boleh dimaafkan lagi iaitu gabungannya bersama DAP yang secara jelas menolak islam dan tidak mahu apa-apa sahaja yang berkaitan dengan keistimewaan agama Islam. Bukan setakat itu, malah PAS seolah-olah CUBA MENJUSTIFIKASIkan pula pandangan anti-Islam DAP sama ada dengan mendiamkan diri atau membuat kenyataan-kenyataan yang menyalahkan seteru politiknya UMNO. Tindakan seperti ini seolah-olah memberi lesen kepada golongan lampau-kaum/anti Islam membuat kenyataan-kenyataan biadap dan celupar tanpa rasa takut.

Dosa PAS kepada umat Islam Malaysia ialah MEMBERIKAN KEKUATAN POLITIK kepada DAP. Apa sebenarnya yang PAS perolehi dari kerjasamanya dengan DAP? Sebarang usaha PAS ke arah pengukuhan Islam bukan sahaja DITENTANG HEBAT oleh DAP, malah Islam semakin hari semakin dipermainkan oleh ahli-ahli politik DAP.

Dosa PAS kepada umat Islam Malaysia ialah bila para pemimpinnya mengeluarkan kenyataan seolah orang Islam UMNO lebih jahat dari penyokong dan ahli DAP. Nik Aziz contohnya, dalam satu kenyataannya pada 21 Jun lepas mengaitkan UMNO dengan komunisme dan ajaran sesat kerana 'menolak Islam', tetapi pada masa sama Nik Aziz tidak menunjukkan respon 'marah' bila ahli-ahli politik DAP 'mempermainkan' Islam. Pada hari ini Nik Aziz sekali lagi menggeluar kenyataannya bahawa DAP tidak bersalah menghina islam kerana mereka sendiri pun tidak islam. Apabila dikatakan DAP boleh menghina Islam atas dasar 'tidak faham' mereka ke atas agama Islam itu sendiri, PAS yang kononnya membawa DAP mengenali Islam lebih dekat kononya, ibarat meludah ke langit dan sekarang apa sudah jadi dengan islam dek mainan kapir harbi DAP yang pas sanjongi itu.

Kalau suatu masa dahulu kita digemparkan satu berita, bukan setakat di Malaysia saja tetapi orang Islam satu dunia bangkit suarakan kemarahan pada karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang diterbitkan di surat khabar Jyllands-Posten pada 30 September 2005.Pelukis karikatur di Jyllands Posten dan begitu juga pemilik surat khabar terbesar di Denmark itu bukan beragama Islam dan tidak faham tentang Islam.Kalau ingatan Nik Aziz belum kabur lagi orang-orang PAS turut sama marah dengan karikatur yang menghina agam Islam itu.Adakah waktu itu beliau tampil minta orang Islam satu dunia bersabar dan maafkan orang Denmark itu kerana tidak faham tentang Islam? Jawabnya TIDAK.Makanya dari sudut mana kita sekarang hendak mengambil pemahaman pada kenyataan terbaru Nik Aziz itu selain dari niat jahatnya.

Jelas sekali OBJEKTIF PAS yang sebenar ialah KEMENANGAN POLITIK dan BUKANNYA Islam sebagaimana yang dilaungkan oleh penyokong dan ahlinya.
Dari itu satu lagi dosa PAS kepada umat Islam Malaysia ialah MENIPU mereka berkaitan prinsip perjuangan Islam PAS.
1- PAS sendiri sebenarnya dipimpin oleh pemimpin yang tidak perjuangkan Islam tetapi perjuangkan parti politik.
2- PAS sekarang tidak sama seperti PAS yang telah ditubuhkan oleh para alim ulama pasca merdeka.
3- Perjuangan PAS sekarang adalah perjuangan melawan Islam dan Melayu sebab itu PAS lebih sanggup bersama kafir laknatullah.
4- PAS sekarang mengenepikan ajaran Islam yang syumul dan berani memutar-belit ayat al-Quran dan al-Hadith demi perjuangan yang tidak pasti dan berunsur duniawi.
5- PAS sudah tidak relevan untuk menjadi pemacu umat Islam di NEGARA INI.

Ulasan...

Blogger Jeffry said...

SLM PAK MIE..TGNA MUNGKIN DH DIRESAPI DGN FAHAMAN MARXIST. SEDIKIT DEMI SEDIKIT PENGARUH ISLAM DLM DIRINYA TERHAKIS DI SEBABKAN KETAKSUBANNYA TERHADAP 'KEAGUNGAN' LIM KIT SIANG. PAK AJIS JUGAK SEORG YG TAK BERPENDIRIAN. SB TU SAMPAI SKRG PUN DIA MASIH TUNDUK DGN CKP2 PEMIMPIN KOMUNIS TU


August 13, 2009 1:33 PM

August 13, 2009 1:33 PM

Blogger KHAIRUL NAZRI said...

Salam pak Mie,

Kalau B.A.B.I dicap sebagai PENGKHIANAT BANGSA, maka N.Ajis harus dicap sebagai PENGKHIANAT AGAMA.

Jika tulisan saya ini menghina, ini adalah kerana saya "TIDAK FAHAM"

August 13, 2009 2:18 PM

Blogger Muhammad Azli Shukri said...

blog pak mie telah saya link kan >> >Tq Saudara Azli...(Pak mie)

August 13, 2009 2:27 PM

Delete


5 comments:

  1. SLM PAK MIE..TGNA MUNGKIN DH DIRESAPI DGN FAHAMAN MARXIST. SEDIKIT DEMI SEDIKIT PENGARUH ISLAM DLM DIRINYA TERHAKIS DI SEBABKAN KETAKSUBANNYA TERHADAP 'KEAGUNGAN' LIM KIT SIANG. PAK AJIS JUGAK SEORG YG TAK BERPENDIRIAN. SB TU SAMPAI SKRG PUN DIA MASIH TUNDUK DGN CKP2 PEMIMPIN KOMUNIS TU

    ReplyDelete
  2. Salam pak Mie,

    Kalau B.A.B.I dicap sebagai PENGKHIANAT BANGSA, maka N.Ajis harus dicap sebagai PENGKHIANAT AGAMA.

    Jika tulisan saya ini menghina, ini adalah kerana saya "TIDAK FAHAM"

    ReplyDelete
  3. Kesimpulan2 yg dibuat adalah terlalu simple tanpa analisis atau hujah.

    ReplyDelete
  4. Sekarang sudah tiba masanya UMNO di pinggirkan oleh rakyat.

    Walau apa juga cara UMNO buat untuk ambil hati rakyat - pasti gagal.

    ReplyDelete