Thursday, August 6, 2009

DATUK MUKHRIZ DEDAHKAN TEKTIK SAMAN ANWAR


Saman RM100 juta Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sama dengan saman Anwar terhadap ayahnya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini. Anwar menyamannya atas perkara yang sama, dan akhirnya kes itu digugurkan oleh mahkamah karana ianya tiada berasas. Saman Anwar itu tidak lebih kepada bertujuan bagi menutup mulut dan cuba menggelak daripada orang terus mengkritik kelemahannya sahaja.

Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Datuk Mukhriz berkata tuntutan saman setinggi itu dilihat lebih kepada "ugutan" terhadap pihak terbabit supaya tidak mendedahkan kelemahan Anwar."Ini cara Anwar untuk tutup mulut siapa yang cuba dedah keburukannya," bagi mengulas isu selepas Muhyiddin menyifatkan penasihat PKR sebagai "pengkhianat" perjuangan Melayu.

Berikutan itu, Anwar mahu menteri pelajaran menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka, selain menuntut ganti rugi RM100 juta daripada Muhyiddin dan Utusan Malaysia yang melaporkan kenyataan berkenaan.

Ulasan...

Blogger EM said...

BETUL PENDEDAHAN DATUK MUKHRIZ TU...

August 6, 2009 11:30 AM

Delete

1 comment: