Friday, August 14, 2009

PRK PERMATANG PASIR : SETIAUSAHA UMNO BAHAGIAN CALON BN


Petang tadi Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan nama saudara Rohaizat Othman sebagai calon BN untuk PRK Permatang Pasir 25ogos ini.


Untuk makluman saudara Rohaizat Othman merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh dan seorang peguam. Pengumuman tersebut dibuat di Bukit Merah petang tadi. Beliau juga di sebut2 sebagi calon BN di DUN penanti yang lepas, walau bagaimana pun BN tidak meletak calon pada PRK itu. Manakala Presiden Pas Hj Hadi akan mengumumkan calonnya pada jam 9 malam ini. Persuruhanjaya pas Pulau Pinang Mohd Salleh Man dijangka mewakili pas untok menentang saudara Rohaizat itu. Kerusi tersebut ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Ab Rahman kerana serangan jatung pada 31july lalu.
Pemilihan Saudara Rohaizat sebagai calon BN direstui semua pihak termasuk UMNO Pusat, UMNO Bahagian Permatang Pauh termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri.
Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh akan berusaha keras memastikan kemenangan BN dalam PRK Permatang Pasir.
Pemuda juga gembira dengan kepercayaan UMNO dan Barisan Nasional mengetengahkan calon muda dan profesional bagi menggalas cabaran BN di Permatang Pasir. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.
Sebelum ini, Umno bahagian Permatang Pauh menyenaraikan empat calon termasuk Mohd Zaidi kepada pucuk pimpinan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili parti itu.
Manakala jawatankusa PAS pula bermesyuarat hujung minggu lalu membicangkan lima orang calon termasuk Salleh.

No comments:

Post a Comment