Sunday, August 23, 2009

RADZHI KELUAR PKR : APA TUDUHAN ANWAR TERHADAP UMNO?


RADZHI TERKELUAR DARI SENARAI SYURGA NIK AZIZ - PAS SEMAKIN BERCELARU, PRESIDEN PAS KIAN TERSISIH

Radzhi yang merupakan ADUN Lunas (Kedah) daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur. Mengenai jawatan Exco yang dipegangnnya itu, beliau berkata, beliau tidak meletakkan jawatan tersebut dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas. Ini kerana menurut beliau, perlantikannya dibuat oleh Sultan Kedah dan bukannya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang hanya mencadangkan namanya kepada Tuanku. Bagaimanapun jelasnya, jika Sultan Kedah menitahkan beliau meletakkan jawatan, beliau akan patuh untuk berbuat demikian. Ditanya kemungkinan selepas ini aka nada dakwaan beliau keluar PKR kerana ‘dibeli’ sebagaimana sering dilontarkan oleh pemimpin pembangkang, Radzhi menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti kerana tidak wujud soal dibeli dan tetap menjadi ADUN Bebas. Menejelaskan tindakannnya meninggalkan PKR, beliau berkata “PKR sudah lari dari perjuangan dan telah lama bersabar dengan karenah PKR…hari ini saya merasa lapang dada dan ringan kepala setelah umum keluar PKR. Beban ini telah terpendam lama dalam diri saya. Mereka sudah tidak peduli kepada perjuangan asal PKR” sambil menjelaskan beliau menjadi ahli PKR sejak tahun 1999.

Manakala PAS pula sudah jelas menjadi kuda tunggangan dalam pakatan pembangkang. Agama Islam dijadikan slogan mereka untuk meraih sokongan. Ingatlah orang PAS, PKR balik lah kepangkal jalan. Bukan suruh menyokong kepada UMNO, tapi buka mata dan nilai agama itu dengan hujah dan dalil Al-Quran dan Sunnah. UMNO ke PAS/PKR kesemuanya tidak sempurna. Masing2 ada kelemahan. Allah s.w.t hanya menjadikan kekasihNya sahaja yang sempurna iaitu Nabi Muhammad untuk kita jadikan contoh. Bukan Nik Aziz. Siapa sahaja yang mengeluarkan fatwa yang terpesong daripada ajaran agama sebenar, wajib kita tentang. Tidak ada istilah fanatik dalam berpolitik mahupun dalam beragama. Mungkinkah Razdhi keluar daripada PKR sekaligus keluar dari Pakatan Pembangkang kerana memprotes fatwa Nik Aziz yang mengatakan Umno tidak mengikut ajaran Islam sebenar dan menyokongnya tidak dapat masok syurga atau kerana kesan daripada MP PKR Pdg Serai, N. Gobalakrishnan menampar polis semasa penamaan calon Permatang Pasir (N11) tempohari, hanya Allah SWT dan Razdhi sendiri yang tahu.

Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyifatkan tindakan ADUN PKR kawasan Lunas, Mohamnad Radzhi Salleh meninggalkan parti itu adalah cerminan wujudnya ketidaksefahaman dalam pakatan pembangkang. Menurutnya, tindakan ADUN itu jelas membuktikan masalah dalaman pembangkang dan ia tidak ada kena mengena sama ada dipengaruhi oleh UMNO atau tidak.

Ulasan...
Blogger PEJUANG CYBER said...

Retak Menati Blah!!!

Cara mereka masuk syurga sama la seperti anugerah bintang yang di perkenankan oleh Nik Aziz dalam mempersembahkan bintang kebesaran negeri Kelantan. Kalau beliau merasakan, Lim Kit Siang boleh masuk syurga, beliau akan cipta satu fatwa yang membolehkan mereka ini masuk syurga, Sesiapa yang berimamkan Anwar Ibrahim dalam solat mereka juga antara mereka yang akan menjadi penghuni syurga. Syurga sudah menjadi seperti satu permainan dan barangan anugerah, Nik Aziz boleh tentukan siapa yang masuk dan siapa yang tidak layak masuk syurga.

August 24, 2009 12:25 AM

Delete
Blogger YANG GAMBI said...

Salam,

Macam biasa, Anwar akan tuduh macam mana yang dia pernah buat tawaran kepada wakil-wakil rakyat UMNO-BN.

Orang kalau dia pernah buat perkara yang songsang, dia akan anggap orang juga macam dia.....

August 24, 2009 1:48 AM

Delete

3 comments:

  1. Retak Menati Blah!!!

    Cara mereka masuk syurga sama la seperti anugerah bintang yang di perkenankan oleh Nik Aziz dalam mempersembahkan bintang kebesaran negeri Kelantan. Kalau beliau merasakan, Lim Kit Siang boleh masuk syurga, beliau akan cipta satu fatwa yang membolehkan mereka ini masuk syurga, Sesiapa yang berimamkan Anwar Ibrahim dalam solat mereka juga antara mereka yang akan menjadi penghuni syurga. Syurga sudah menjadi seperti satu permainan dan barangan anugerah, Nik Aziz boleh tentukan siapa yang masuk dan siapa yang tidak layak masuk syurga.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Macam biasa, Anwar akan tuduh macam mana yang dia pernah buat tawaran kepada wakil-wakil rakyat UMNO-BN.

    Orang kalau dia pernah buat perkara yang songsang, dia akan anggap orang juga macam dia.....

    ReplyDelete
  3. Salam sejahtera dan Slmt berpuasa...

    KUALA LUMPUR 23 Ogos - Seorang bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa insiden kekecohan melibatkan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Isnin lalu, dibuat atas arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bekas Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan berkata, dia mempunyai bukti bahawa Anwar telah mengarahkan Gobalakrishnan berbuat demikian.

    Katanya, bukti yang dimaksudkannya terkandung dalam rakaman perbualan telefon yang diperoleh daripada sumbernya pada 18 Ogos lalu.

    Jamaludin yang juga dikenali sebagai Din Komando bagaimanapun enggan mengulas lanjut kandungan rakaman perbualan telefon terbabit.

    "Buat masa ini, saya tak dapat jelaskan apa-apa. Tunggulah, kami akan mengeluarkan cakera padat (CD) dalam masa terdekat ini untuk didedahkan bukti itu kepada umum.

    "CD itu cukup lengkap untuk menjelaskan segala-galanya. Saya tak mahu cakap, nanti orang kata saya yang cakap, biar CD itu yang cakap (jelaskan), dengarlah CD itu," ujarnya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengumumkan tindakan seramai 200 ahli PKR Padang Serai keluar parti setelah hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Gobalakrishnan dikatakan mengingkari arahan polis dengan menggunakan alat pembesar suara serta melaungkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menghambur kata-kata kesat terhadap polis.

    Asalamualaikum dan salam perjuagan...

    ReplyDelete