Sunday, August 23, 2009

RENONGAN RAMADHAN : ALLAH HAIRAN...

Segala pujian bagi Allah. Salawat serta Salam ke atas Nabi Muhammad serta keluarga baginda.

Assalamu’alaikum.

Saudara yang dikasihi.

Mari kita lihat sepotong Hadith Qudsi yang saya petik dari terjemahan sebuah buku Imam Al-Ghazali bertajuk “Nasihat dan Bimbingan Hadith Qudsi” keluaran Al-Hidayah Publisher, yang maksudnya :

"Wahai sekalian manusia,

Aku hairan melihat orang yang meyakini kematian, tetapi masih bergembira.

Aku hairan melihat orang yang mempercayai hari berhisab, tetapi masih terus mengumpul harta.

Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur, tetapi masih tertawa.

Aku hairan melihat orang yang meyakini akhirat, tetapi ia masih bersenang lenang.

Aku hairan melihat orang yang meyakini hidup dunia dan segala bencana nya tetapi masih terus tenteram bersama nya.

Aku hairan melihat orang yang alim dengan lidah tetapi jahil dengan hati.

Aku hairan melihat orang yang mensucikan dengan air, sedangkan hati nya tidak bersih.

Aku hairan melihat orang yang sibuk dengan aib dan cela orang lain, tetapi ia melupakan aib dan cela diri nya sendiri; atau melihat orang yang tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikan tingkah laku nya, tetapi ia masih terus berbuat maksiat.

Begitu juga dengan orang yang tahu bahawa maut itu dilalui seorang diri, kubur itu dihuni nya seorang diri, dihisab seorang diri, tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia.

Tidak ada Tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan Rasulku.”

No comments:

Post a Comment