"SAMAN POLITIK" ANWAR MEMBAWA PADAH - bekas ahli pkr sanggup jadi saksi
PUTRAJAYA 10 Ogos - Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dianggotai ramai bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan kesediaan untuk menjadi saksi bagi membuktikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pengkhianat bangsa.
Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, ahli-ahlinya yang terlibat dalam demonstrasi jalanan sekitar lewat 1990-an dulu mengenali watak sebenar Anwar dan motif perjuangannya yang lebih terarah kepada kepentingan politik peribadi.
"Walaupun kami yang paling dekat, paling awal kenali dia (Anwar) dulu, tapi sekarang kami tidak lagi setuju dan tidak mahu berkompromi langsung dengan perjuangannya
"Kami sanggup jadi saksi perkara-perkara berkaitan Anwar yang sememangnya merupakan pemimpin hipokrit, hanya mengejar kepentingan politik peribadi.
"Malah kami berpendapat Anwar juga pengkhianat kepada negara kerana menimbulkan ketidaktentuan politik dan ekonomi, rakyat patut difahamkan perkara sebenar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam yang mengalu-alukan tindakan beberapa pihak termasuk bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Ezam Mohd. Nor yang bersedia menjadi saksi dalam membuktikan Anwar sebagai pengkhianat Melayu.
Menurut Dr. Mahathir, sesiapa sahaja yang mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu sepatutnya bersedia menjadi saksi di mahkamah jika Anwar meneruskan samannya terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ramlan memberitahu, pihaknya sanggup mendedahkan penyelewengan Anwar bukan sahaja terhadap orang Melayu tetapi juga negara selama ini.
Ini kerana, jelas beliau, tindakan- tindakan negatif sedemikian menjadi punca awal kepada ketidakstabilan politik dan ekonomi negara
"Cukuplah, bukan saja kelembapan ekonomi, penularan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) sekarang juga dia (Anwar) tak ambil kira.
"Kita tidak mahu dia jadi seperti virus penyakit kanser yang menular dan membunuh secara senyap dalam masyarakat dan negara," katanya.
Utusan Malaysia
Ulasan...
- BOCAH KAMPONG said...
DEDAH KAN JER .....BUAT APA TUNGGU LAGI...KALAU DAH PENGKHIANAT TU BUAT APA DI BELA....TAKYAH TUNGGU DIA SAMAN TPM...
- EM said...
Btul tu Bocah....
Dia dah tau ada org nak dedah hal dia mesti dia x kan saman. so tunggu apa lagi. sepatutnya semua saksi tampil berani mendedahkan kegiatan Dajjal tu selam ni yang telah porak perandakan negara. Nak selamatkan negara ker atau nak selamatkan maruah Dajjal tu???
DEDAH KAN JER .....BUAT APA TUNGGU LAGI...KALAU DAH PENGKHIANAT TU BUAT APA DI BELA....TAKYAH TUNGGU DIA SAMAN TPM...
ReplyDeleteBtul tu Bocah....
ReplyDeleteDia dah tau ada org nak dedah hal dia mesti dia x kan saman. so tunggu apa lagi. sepatutnya semua saksi tampil berani mendedahkan kegiatan Dajjal tu selam ni yang telah porak perandakan negara. Nak selamatkan negara ker atau nak selamatkan maruah Dajjal tu???
Btul tu Bocah....
ReplyDeleteDia dah tau ada org nak dedah hal dia mesti dia x kan saman. so tunggu apa lagi. sepatutnya semua saksi tampil berani mendedahkan kegiatan Dajjal tu selam ni yang telah porak perandakan negara. Nak selamatkan negara ker atau nak selamatkan maruah Dajjal tu???