Saturday, August 29, 2009

SEMBANG BISNES ONLINE : FOREX EXCHANGE


PENGENALAN TEKNIK FIBONACCI OLEH ARISFX TRADER// Arisfx@yahoo.com Teknik Fibonacci menggunakan nombor-nombor yang berturut seperti berikut:
1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, …………

Nombor-nombor tersebut dikira dengan mencampurkan kedua-dua nombor sebelumnya.sebagai contoh:
3 + 5 = 8
5 + 8 = 13
8 + 13 = 21
13 + 21 = 34

Di dalam meramal pasaran Forex, nisbah nombor Fibonacci digunakan untuk meramalkan proses jual beli gandingan matawang, kebanyakkan pedagang-pedagang profesional menggunakan nisbah-nisbah Nombor Fibonacci untuk melakukan proses jual beli.
Nisbah Fibonacci seperti contoh berikut :-

Katakan anda mengambil contoh 4 nombor berturut Fibonacci iaitu:
13, 21, 34, 55

Dengan membahagikan antara dua nombor tersebut di atas, anda akan memperolehi nombor nisbah separti berikut:

13/21 = 0.618 atau 61.8%
55/34 = 1.618 atau 161.8%
34/55 = 0.618 atau 61.8%
21/55 = 0.382 atau 38.2%
34/21 = 1.618 atau 161.8%
13/34 = 0.382 atau 38.2%

Punca kuasa dua ( Square root ) 0.618 = 0.786Punca kuasa dua ( Square root ) 1.618 = 1.27 Oleh itu nisbah-nisbah yg digunakan dalam teknik Fibonacci ialah:

0.382 = 38.2%
0.50 = 50%
0.618 = 61.8%
0.786 = 78.6% (76.4% digunakan iaitu 38.2 x 2 = 76.4% 1.27 = 127 %
1.618 = 161.8%
2.618 = 261.8%

FIBONACCI RETRACEMENTS
Retracements atau dalam bahasa Melayu dipanggil pergerakan semula. Sebagai contoh katakan selepas pasaran meningkat, ia akan turun dan bergerak meningkat kembali. Pergerakkan meningkat kembali kebiasaannya tidak sepenuhnya seperti pergerakkan sebelumnya. Pasaran akan bergerak kembali diantara 50% hingga 61.8% sahaja. Oleh itu nisbah Retracements (pergerakkan kembali) yg harus diperhatikan untuk melakukan proses jual beli mengikut teknik Fibonacci ialah : 38.2%, 50%, 61.8% dan 78.6% (76.4%)

Bersambong...

1 comment:

  1. Salam Pak Mie,

    Bagi sesiapa yang ingin mendapat info daily forex trend dan analysis sila layari blog ini dibawah:

    http://easyforextip.blogspot.com/

    rgds...
    mie

    ReplyDelete