Monday, August 10, 2009

TIGA SAHABAT NIK AZIZ YANG PAKATAN PEMBANGKANG BERJAYA LAHIRKAN


PENDEKATAN ISLAM NIK AZIZ YANG DIKENDUNG KECICIRAN YANG DI KEJAR TAK DAPAT

Pakatan Pembangkang terdiri dari DAP,PKR dan Pas. Pemimpin Islam dan bangsa melayu dalam pas telah terpesong jauh. Semakin hari semakin hanyut pemimpin pas setelah bersama dengan pakatan pembangkang DAP DAN PKR. Hukum-hukum islam dipermainkan, bangsa melayu menjadi terus menjadi lemah di tanah air sendiri. Di Pulau Pinang islam/melayu dipersendakan dan di hina oleh DAP, di Kedah islam/melayu di cemari dengan isu kandang-kandang babi bagi memenuhi tuntutan DAP, di Perak islam/melayu menjadi boneka DAP, sanggup membenarkan DAP mempersendakan al-quraan. Di Selangor islam/melayu menjadi pak turut DAP manakala di Kelantan pula islam/melayu di pecahbelahkan dengan hukum-hukum dan fatwa-fatwa politik, pembahagian syurga dan neraka mengikut serban dan kopiah.

Bangsa melayu/islam di negera ini menjadi semakin lemah mainan politik Pas dan PKR. Pakatan Pas dan PKR dalam pembangkang bersama DAP telah banyak merusak , melemah dan memecahbelahkan bangsa melayu dan kekuatan islam yang sebenar di negara ini. Kalau di Selangor peranan DAP Ronnie Liu, di Pulau Pinang Jeff Oii dan di Negeri Sembilan peranan Loke Siew Fook. Mereka-mereka ini telah berani dengan jelas dan lantang menghina islam di negara ini. Mereka ini merupakan sahabat baik pemimpin Pas bersama Pakatan Pembangkang yang berjaya Pas lahirkan untok menghina islam dan bangsa melayu di negara ini.

Ronnie Liu

Taiko besar DAP Selangor. Rakyat Selangor memberi sokongan kepada beliau untok memenangi pilihan raya yang lepas. Pas bersama penyokong Pakatan Rakyat sayang sangat pada Ronnie menyebabkan beliau menang. Khalid MB siap bela Ronnie bersabit isu arak, sekaligus membelakangi dakwaan persuruhjaya pas Selangor Dr Hassan Ali. Ronnie menghalang PBT bertugas? Dulu ugut PBT tak bagi tutup "pub" kat area pengaruh dia, dia suruh PBT Selangor pulangkan balik botoi-botoi arak yg dirampas. Dasar tak sedar diri! Dah dapat kewarganegaraan, hak mengundi, siap jadi ADUN lagi, berani pulak langgar undang-undang! Salah guna kuasa! Apa kepentingan arak-arak tu kepada majoriti rakyat kat Selangor tu? Bodoh tak kena gaya. Macam tu punya perangai pun penyokong Pakatan Rakyat pilih jadi pemimpin depa ka? PAS pun dah menyesal dahhhh...siap berkempen lagi mintak Ronnie letak jawatan. Tapi si Khalid "gagap" tu pi "backing" la pulak! Ternyata PKR takut kat DAP, PAS pulak tak dihormati langsung! manusia macam ni pun Nik Aziz nak buat sahabat.

Jeff Oii

Hina Islam? kata undang-undang syariah tu "extreme" Kurang ajar. Puak-puak PAS yang dok dalam Pakatan Rakyat ni buleh buat-buat bodoh. Takut nak bela Islam. Hari tu sembang berdegar-degar nak laksana hudud, tapi bila undang-undang syariah Islam tu dihina oleh si Jeff ni, sekor pun tak bersuara senyap sepi. Terkedu! Sekurang-kurangnya, panggil la si Jeff tu mengadap Harun Taib or Ustaz Taib Azamuddin, kasi tarbiyah sikit la! Tapi jangan dok bawak pi jumpa Nik Aziz pulak, nanti dia kata si Jeff Oii ni "dipihak yang benar" pulak! Maklum la...politik lebih penting baginya berbanding Islam! Aku seru kepada umat Islam di Malaysia, desak si Jeff Oii ni tarik balik kenyataan dia, letak jawatan atau nyah dari bumi Malaysia ni! Memang betul-betul celaka.

Loke Siew Fook

Ahli Parlimen Rasah. maki hamun Ustaz Ridhuan Tee Abdullah kerana Ustaz tu mempertikai isu "anak luar nikah" Teoh Beng Hock. Beliau maki Ustaz macam-macam. YB Zulkifli Nordin dia tibai si Loke ni kat blog dia. Jenis penakut untuk bertanggungjawab dengan apa yang dia tulis terus padam blog. Tapi melalui blog YB Zul, nasib baik dia sempat ambik beberapa petikan yang memang menunjukkan bahawa Loke dah maki hamun Ustaz Ridhuan Tee, dan menghina Islam.

P/S :
KLANG 9 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menimbang mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Loke Siew Fook yang didakwa menghina Islam.

PONTIAN 9 Ogos - UMNO memberi amaran kepada DAP supaya tidak bermain api perkauman dengan terus menyerang dan menghina orang Islam dan Melayu di negara ini.

No comments:

Post a Comment