Tuesday, August 4, 2009

TPM MENYIFATKAN ANWAR PENGKIANAT ORANG MELAYU - BAGAIMANA PULA KATA NIK AZIZ?

ANWAR : PEMUTAR BELIT PENGKIANAT BANGSA


Ramai tersenyum apabila peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim beritahu Penasihat PKR itu akan saman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akhbar Utusan Malaysia RM100 juta kerana dakwa memfitnahnya.Ini ekoran Utusan Isnin melaporkan di muka depan kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Tersenyum kerana dua sebab. Tindakan menyaman bermakna Anwar masih percaya kepada sistem perundangan negara ini walaupun siang malam pagi petang asyik jaja kata institusi kehakiman negara ini sudah teruk dan tidak boleh dipercayai.

Keduanya, semua orang tersenyum kerana jika saman terbaru ini dilaksanakan, sejak tahun 1999, tuntutan saman Anwar di mahkamah yang masih belum selesai sehingga kini telah mencecah RM520 juta. Namun tiada satu pun yang telah selesai. Walaupun cuba memberikan persepsi institusi kehakiman negara ini tidak boleh dipercayai, ada yang mengatakan, tindakan Anwar membuat tuntutan saman adalah salah satu cara untuk beliau menunjukkan kepada orang ramai bahawa dirinya tidak bersalah dan berani berhadapan dengan orang yang menuduhnya di mahkamah.

Agendadaily.

PaKMie : Kes Anwar saman Dr Chandra dan Dato Nala dahulu sampai sekarang masih lagi sunyi sepi. Saman hanya sekadar mahu menutup mulut daripada orang bercakap. Walhal saman sebenar orang yang disamannya itu sepatutnya menyamannya kembali. Dalam kes DS Najib sahaja sudah tentu Anwar akan jatuh muflis jika DS Najib menyaman Anwar dengan menuduh DS Najib membunuh Antantuya.

Bagaimana pula dengan kes liwat Saiful? kenapa Anwar takut sangat untok hadir pembicaraan makamah. Untok bersumpah pun Anwar takut, pembicaraan dunia pun takut sumpah akhirat pun takut. Memang sesuailah TPM mengatakan Anwar pengkianat kepada bangsanya sendiri. Panggilan dengan nama Anwar - al Juburi oleh rakannya sendiri Mad Sabu suatu ketika dahulu JUGA amat sesuai. Pembicaraan penyakit liwat terbarunya kali ini bersama Saiful meletakkan nama Anwar al-Juburi mengatasi kerenah-kerenah Anwar yang lain. Kenapa Anwar tidak menyaman Karpal dan Mad Sabu kerana menuduhnya meliwat suatu ketika dahulu dan kenapa yang terbaru Anwar tidak menyaman Karpal sehingga memaksa Anwar bertaubat? Dalam kes liwatnya, Anwar tidak percaya kepada perundangan mahkamah tetapi yang anihnya pula dalam kes saman Anwar percaya pula dengan mahkamah. Inilah perangai pembelit dan putar alam yang sebenar-benarnya di Negara ini.

Ulasan...

Blogger The Hobbit Frodo said...
MMG PUTAR ALAM!! TU BARU TSMY BERSUARA, KITA TUNGGU BILA DSN NAJIB PULAK KUAR STATMENT ~ CNFIRM TERBANG KE LANGID ROH NYER .. HUAHUAHUAHAU.



FRODO MENOLAK SEKERAS-KERASNYA, DEMONSTRASI JALANAN!!!


August 4, 2009 2:10 PM

Delete

1 comment:

  1. MMG PUTAR ALAM!! TU BARU TSMY BERSUARA, KITA TUNGGU BILA DSN NAJIB PULAK KUAR STATMENT ~ CNFIRM TERBANG KE LANGID ROH NYER .. HUAHUAHUAHAU.


    FRODO MENOLAK SEKERAS-KERASNYA, DEMONSTRASI JALANAN!!!

    ReplyDelete