Tuesday, September 29, 2009

DATUK IBRAHIM ALI PEMIMPIN PEMANGKIN NEGARA


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Khidmat wakil rakyat seperti Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali amat diperlukan memandangkan beliau mampu menyuarakan pandangan dan kritikan secara neutral kepada kerajaan mahupun pembangkang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sebagai Ahli Parlimen Bebas, tidak salah jika Ibrahim mengambil berat terhadap apa yang tidak kena di kedua-dua belah pihak.

"Saya rasa kita perlu ada seseorang seperti itu yang neutral dan prihatin dengan isu-isu berkaitan kerajaan dan pembangkang serta boleh mengkritik sesiapa saja," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pentadbiran Korporat 2009 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perang mulut yang timbul di antara Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini mendesak Ahli Parlimen Pasir Mas itu meletakkan jawatannya kerana dikatakan tidak lagi mendapat 'restu' rakyat.

Semalam, Ibrahim membalas gesaan Nik Aziz itu dengan mengemukakan 10 hujah kenapa Mursyidul Am Pas itu pula yang sepatutnya mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan yang disandang sejak 1990.

Dr. Mahathir berkata, Ibrahim menganggap dirinya wakil rakyat Bebas walaupun beliau pernah bertanding di bawah tiket Pas pada pilihan raya umum lalu.

"Jadi sebagai wakil rakyat Bebas, dia hanya menjalankan tugasnya dan menonjolkan diri dengan memberi apa-apa komen bukan saja mengenai kesalahan satu pihak tetapi semua," katanya.

Mengenai desakan Ibrahim supaya Nik Abdul Aziz mengosongkan jawatan Menteri Besar Kelantan, Dr. Mahathir berkata:"Dia (Nik Aziz) sudah lama. Saya sendiripun letak jawatan sebab saya rasa orang sudah bosan dengan saya.

"Masalah apabila berada di kerusi yang selesa adalah kita tak mahu bangun bila sudah duduk," katanya.

Utusan on-line

No comments:

Post a Comment