Wednesday, September 9, 2009

KAKITANGAN AWAM VS KETUA JABATAN/MAJIKAN

KETUA JABATAN PESEKUTUAN PERLU BIJAK MENGURUS PERPEPSI KAKITANGAN BAWAHAN


Kegagalan KETUA JABATAN menguruskan persepsi diperingkat jabatan dengan baik dan berkesan keatas KAKITANGAN BAWAHAN menjadi punca UTAMA kakitangan awam memberi sokongan kepada pembangkang dalam siri pilihan raya di negara ini.

Setakat pihak kerajaan perihatin mahu membela nasib kakitangan awam yang diumumkan oleh PM DS Najib semasa majlis berbuka puasa di Kuala Krai tidak memadai dan sudah tentu tidak cukup untok kakitangan kerajaan memberi sokongan penuh kepada dasar2 yang telah ditentukan oleh kerajaan. Apa yang penting sekali dari ucapan DS Najib itu adalah peranan Ketua2 jabatan juga seharusnya penting bagi memantau dasar2 kerajaan itu telah dilaksana atau pun tidak dijabatan masing2 oleh pegawai bawahannya. Semua pihak harus menerima hakikat bahawa dalam konteks pelaksanaan tersebut bahawa persepsi negetif telah menjadi senjata utama bagi mengagalkan perlaksanaan itu, sekaligus boleh memberi kesan kepada rakyat dan ia sememangnya terbukti sangat berkesan.

Sehubungan itu, sudah tentu ia menguntungkan parti pembangkang. Ketua2 jabatan dan kakitangan bawahannya perlu mengubah persepsi negatif yang cuba ditimbulkan atau diambil kesempatan oleh segelintir pegawai2 tersebut supaya dasar2 kerajaan tidak terbantut dan dapat dinikmati oleh rakyat seluruhnya diperingkat akar umbi.

Pegawai2 tersebut rajin mencipta persepsi negetif sehinggakan mereka berjaya menambat hati majikan masing2. Pegawai bawahan yang baik dan berwawasan menjadi mangsa keadaan mainan pegawai2 atasan yang rakus dan bijak mengurus perpepsi negetif tersebut. Kesan daripada ketidakpuashatian inilah yang terbawa2 semasa pilihan raya dan seterusnya menguntongkan kepada parti pembangkang.

Mahu tidak mahu Ketua Jabatan seharusnya peka dan sealiran dengan kehendak pimpinan pusat. Ketua jabatan atau majikan perlu hadapi apa jua persepsi yang sengaja ditimbulkan oleh pegawai2 tersebut dengan cekap dan telus. UMNO dan BN perlu cepat bertindak memantau balik dasar2 yang telah disediakan oleh kerajaan keatas jabatan tersebut adakah ianya benar2 menepati kehendak kerajaan atau sebaliknya.

Mengikut analisis disebabkan kecuaian kegagalan mengatsi isu ini, ramai kakitangan awam di negara ini yang menyokong pembangkang. Kebanyakannya diantara mereka tidak memahami dengan jelas dasar2 kerajaan ketika menjalankan tugas. Tetapi yang peliknya kebanyakan dari golongan seperti ini diberi tempat dan layanan yang istimewa di Jabatan2 masing2. Peluang2 kenaikan pangkat biasanya dipenuhi oleh golongan seperti ini kerana disebabkan kegagalan majikan mengurus perpepsi di peringkat jabatan masing2. Sepatutnya perkara ini diurus dengan baik kerana orang yang paling hampir dengan masyarakat adalah pegawai2 kerajaan. Sebaliknya golongan ini lebih suka mencari salah kerajaan daripada menjalankan kerja dan dasar2 yang telah ditentukan. Perkara2 seperti ini telah menular dan seharusnya ditangani seberapa segera selain ianya memberi impak yang negetif kepada kerajaan dan rakyat, ianya juga boleh dijustifikasikan sebagai duri dalam daging kepada kerajaan dan tidak mustahil setiap kali pilihan raya golongan inilah yang bangkit mencipta isu2 provokasi dan seterusnya memonupulasikan isu2 tersebut bagi menentang kerajaan pusat. Kerajaan harus sedar, pada hari ini golongan yang menyokong kerajaan pusat adalah manoriti di jabatan masing-masing dimanakah silapnya?

Kegagalan mengurus perpepsi juga boleh menghalang konsep -1 malaysia...rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan....JIKA SEMUA PERKARA INI DIAMBIL BERAT OLEH KERAJAAN DS NAJIB PADA HARI INI, INSYAALLAH UMNO (BN) AKAN TERUS BERJAYA.

Ulasan...
Blogger CCZ said...

Pak Mie, mungkin melalui mata dan keadaan di negeri Pak Mie memerlukan Ketua Jabatan yang peka mengurus kakitangan awam. Bukan semua PTD-ptd ini bijak-bijak malah hampir ke semuanya hanya mementingkan ke sah an pangkat dan mengutamakan pencapaian di atas kertas. Mana ada yang betul-betul berjiwa ingin membantu Kerajaan dalam menarik sokongan dan menukar pandangan kakitangannya untuk beralih dan setia kepada Kerajaan. Kegagalan utama adalah mentaliti dan kelemahan sistem jajah dan tadbir hanya untuk jangka masa yang begitu singkat. Dalam 50 mungkin 1 yang betul-betul bijak dan memenuhi kriteria yang Pak Mie sebutkan. Jika mereka peka, mereka tidak akan membelakangi kakitangan yang sama-sama menyokong Kerajaan. Sejarah di banyak jabatan menyaksikan kerosakan reputasi Kerajaan adalah ketua-ketua jabatan itu sendiri. Mana yang lebih penting? Pangkat atau menyokong seseorang yang menduduki kerusi menteri yang boleh bertukar ganti? Lihatlah artikel saya yang bertajuk Kerajaan menternak pemusnah.

September 9, 2009 3:57 AM

Delete
Blogger DR 1221 said...

fenomena kritikal inilah yg sedang berlaku di Kelantan

September 9, 2009 5:27 AM

Delete

2 comments:

  1. Pak Mie, mungkin melalui mata dan keadaan di negeri Pak Mie memerlukan Ketua Jabatan yang peka mengurus kakitangan awam. Bukan semua PTD-ptd ini bijak-bijak malah hampir ke semuanya hanya mementingkan ke sah an pangkat dan mengutamakan pencapaian di atas kertas. Mana ada yang betul-betul berjiwa ingin membantu Kerajaan dalam menarik sokongan dan menukar pandangan kakitangannya untuk beralih dan setia kepada Kerajaan. Kegagalan utama adalah mentaliti dan kelemahan sistem jajah dan tadbir hanya untuk jangka masa yang begitu singkat. Dalam 50 mungkin 1 yang betul-betul bijak dan memenuhi kriteria yang Pak Mie sebutkan. Jika mereka peka, mereka tidak akan membelakangi kakitangan yang sama-sama menyokong Kerajaan. Sejarah di banyak jabatan menyaksikan kerosakan reputasi Kerajaan adalah ketua-ketua jabatan itu sendiri. Mana yang lebih penting? Pangkat atau menyokong seseorang yang menduduki kerusi menteri yang boleh bertukar ganti? Lihatlah artikel saya yang bertajuk Kerajaan menternak pemusnah.

    ReplyDelete
  2. fenomena kritikal inilah yg sedang berlaku di Kelantan

    ReplyDelete