Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat dan pengunjung blog Pakmie. Terima kasih tidak terhingga juga kepada sahabat-sahabat on-line yang tidak jemu-jemu memberi pandangan dan kritikan membina terutama dalam blog ini. Kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mengunjungi dan melayari blog ini juga Pakmie tidak ketinggalan mengucapkan jutaan terima kasih, tanpa anda semua siapa lah Pakmie seorang insan kerdil yang serba kekurangan yang cuba berusaha mencari kebenaran.
Alhamdulillah kita telah memasuki fasa terakhir Ramadan, fasa yang Allah SWT janjikan pelepasan api neraka kepada mereka yang beriman. Selepas itu kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Malam esok merupakan malam terakhir sunat terawih dan selepas itu kita akan menyambut hari kemenangan. Dipagi yang mulia yang merupakan hari kemenangan bagi umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri marilah kita bersama-sama ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Dihari yang mulia ini Rasulullah memperingati kepada kita dua perkara yang amat penting pertamanya mengeratkan silaturahim dan kedua bersedekah.
Di kesempatan ini Pakmie dan rakan-rakan memohon kemaafan dari pemimpin-pemimpin parti politik khasnya Umno Bahagian Ketereh, rakan-rakan forex on-line, NGO, sahabat-sahabat, para pengunjung, rakan Kelab Chedet, rakan pertubuhan Pribumi Perkasa, Kelab KJ dan follower sekalian tidak kira dimana dan dari negara mana anda berada samada jauh dan dekat, maaf zahir dan batin di atas kesalahan dan kekurangan yang mungkin berlaku dalam penulisan maya ini. Namun, Pakmie amat bersyukur kerana kita masih ada masa dan ruang lagi untok kita sama-sama berbicara dan bertukar-tukar pendapat bagi memerdekakan minda kita kearah yang lebih global.
Kepada Yang DiPertua Blog Pembina Negara - Panglima Perangcyber dan para exconya, tidak ketinggalan Pakmie mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri dan teruskan perjuangan demia agama, bangsa dan negara kita. Kepada semua sahabat-sahabat yang pulang ke kampung, jika memandu berhati-hati. Akhir, Salam Aidilfitri dari Pakmie sekeluarga dan rakan-rakan di Kota Bharu, maaf zahir dan batin.
Salam,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, maaf jua yang di pinta.....