Saturday, October 3, 2009

BAGAN PINANG : MENYAKSIKAN PERTANDINGAN DUA PENJURU UMNO-PAS

PORT DICKSON 3 Okt. - Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang telah ditutup pada pukul 10 pagi tadidengan menyaksikan dua pencalonan sahaja. Sehingga pukul 10 pagi, calon bebas Shahruddin Abdul Hamid gagal muncul bersama penyokong dan pencadang dari kalangan anak tempatan.

Apa muslihat PKR? Persoalan itu mula timbul selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui hanya parti Barisan Nasional dan PAS membeli borang pencalonan. Shahruddin Abd. Rahim sudah menyatakan hasrat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya kecil DUN berkenaan pada 11 Oktober ini.Beliau juga sudah mengisytihar keluar PKR bagi membolehkan beliau bertanding bersama Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS, Zulkifly Mohd Omar.

Bagaimanapun, pengesahan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa hanya dua borang pencalonan dihantar dan ini mencetuskan pertanyaan, apakah mulihat Shahruddin sebenarnya, apa gunanya beliau mengisytiharkan diri keluar dari PKR. Perkara ini sudah terjawab selepas masa penutupan penamaan calon pada pagi ini, bahawa itu hanya wayang muslihat Shahrudin sahaja.

Borang pencalon calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan calon Pas, Zulkifly Mohamad Omar. SPR menerima dan mengesahkan pertandingan dua penjuru akan diadakan di PRK Bagan Pinang 11 oktober nanti sekaligus menamatkan spekulasi penyertaan calon bebas dalam pilihan raya tersebut.

1 comment:

  1. Tu pasal suruh sekolah nko malas ......sekarang taksub UMNO otak beku.

    UMNO tak boleh kalah lagi. UMNO akan buat apa saja termasuk menipu dan merasuah untuk menang di Bagan Pinang.

    Jika tiada penipuan dan rasuah, dah lama UMNO dikuburkan. Cuma orang bodoh saja yang sanggup melibat diri dalam perkara-perkara mungkar seperti ini dengan menyokong UMNO. Jangan campak diri anda dalam kebinasaan.....

    ReplyDelete