Tuesday, October 6, 2009

BAGAN PINANG : NAIB PRESIDEN PAS DAN KETUA PENERANGAN PAS BERKONGSI PEMBOHONGAN

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang ketika bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengiringi calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ke pusat penamaan calon beberapa hari lepas dinafi sekeras-kerasnya oleh pemimpin pas.Naib Presiden Pas, Solahuddin Ayub dan Ketua penerangan Pas ustaz Idris Ahmad menganggap kejadian itu hanya lakonan murahan Ketua Putera Umno itu sahaja.

Terlalu cepat mereka menafikan sehingga mengalahkan siasatan polis. Manakala Nik Aziz pula menggeluar kenyataan yang agak berbeza tetapi melucukan. Katanya kejadian membelasah Ketua Putera UMNO itu bukan kerja orang PAS. Alasannya, orang yang memakai baju berlogo PAS bukan bererti dia orang PAS. Baju berkenaan boleh dibeli di mana-mana kedai. Jadi bila pula orang yang menumbuk itu berjaya ditangkap, sudah tentu PAS akan kata pula, kita sudah 'reject' orang ini dari PAS, jadi dia bukan orang PAS lagi. Ini adalah kerja-kerja Umno yang sentiasa mencari jalan memburuk-burukkan parti yang memperjuangkan islam di negara ini. Islam menuntut sesaorang itu beraklak mulia yang mengamalkan ajaran islam sebenar tidak seperti Umno.

Individu cederakan Azeez dikenal pasti

KLUANG 4 Okt. - Polis telah mengenal pasti individu yang memukul Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Port Dickson, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka dikenal pasti menerusi maklumat dan kerjasama orang ramai dan pihak media.

Ekoran itu, kata beliau, tindakan undang-undang akan diambil terhadap individu terbabit bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

"Ini bukan kejadian pertama kerana beberapa peristiwa serupa ini pernah berlaku ke atas media, anggota polis dan kini ahli MT (Majlis Tertinggi) UMNO," katanya pada Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sembrong, di Felda Ulu Penggeli di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian Abdul Azeez yang mendakwa ditumbuk penyokong parti pembangkang ketika bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob mengiringi calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ke pusat penamaan calon kira-kira pukul 9.20 pagi semalam.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perbuatan tersebut tidak wajar sama sekali dan bercanggah dengan nilai-nilai bangsa Melayu dan Islam.

Beliau berkata, Ketua Polis Negeri Sembilan telah pun diminta agar bertindak tegas terhadap kejadian itu bagi mengelak kejadian seperti itu terus menular.

"Jika ini berterusan, saya bimbang perkara lebih teruk akan berlaku menjelang hari pembuangan undi nanti," katanya.

Selain itu, menurutnya, polis juga telah diarah memperketatkan lagi penguatkuasaan undang-undang agar orang ramai dapat menunaikan hak mereka untuk mengundi dengan selamat semasa pilihan raya.

Hishammuddin turut memberi jaminan kepada orang ramai bahawa keselamatan sepanjang tempoh pilihan raya ini terjamin ekoran bilangan anggota keselamatan yang mencukupi.

"Kita akan menambah kekuatan anggota dari kontinjen lain jika keadaan memerlukan," katanya.

Utusan on-line.

P/S : Sepatutnya pemimpin pas mengambil pendekatan begini bila berdepan dengan kejadian seperti ini, sesuai dengan kempimpinan Ulamak dan parti islam mereka.

Ya Allah Ya Tuhan kami... Andainya Kejadian ini benar-benar berlaku tolong selesaikanlah dengan baik dan tingkatkan kesabaran kepada mereka. Jika ia sakit akhibat kejadian ini tolong kembalikan kesihatannya pada yang asal.

Dan kami Juga Memohon PadaMu Ya Allah kepada Insan yang telah memukul beliau itu tolong masukkan hidayah keimanan supaya beliau insaf dan tidak menggulangi lagi perbuatan yang keji dan hina itu.

Aminn Ya Rabal'alamin...


3 comments:

  1. Berita ini patut dicatatkan dalam guiness book of record. Berita lawak putera UMno pukul diri sendiri macan suatu kejadian yang pernah menimpa Anwar cederakan matanya hingga lebam.

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah Pak Mie.
    Tundakan PAS sedemikian mencerminkan bahawa mereka cederung kepada perbalahan. Apa salahnya mohon maaf atas kesalahan penyokong lebih-lebih lagi dalam bulan aidilfitri. Dengan maaf akan menggambarkan kemuliaan mereka dan keprofessionalisma mereka menonjol. Ini tidak, orang terlantar dihospital didoakan supaya "mampus". Keadaan ini menyebakan rasa ukuwah dan persaudaraan menurun.Medoakan orang mampus menyebabkan PAS hilang sifatnya sebagai Parti Islam.

    INI PERTANDA PRA MENANG ISA SAMAD.

    ReplyDelete
  3. Salam semua...

    Pakmie teruja dgn penjelasan SABAHKITA. Ini melambangkan fikiran yg origenal kenal politik itu apa dan islam itu utk apa...

    Ok sahabat teruskan perjuangan kita !!! demi islam,bangsa dan negara.

    ReplyDelete