Sunday, October 11, 2009

PRK BAGAN PINANG SUDAH SELESAI,ANWAR MENCARI DANA POLITIK DI AMERIKA

Setelah melalui sekian banyak pilihan raya kecil dalam tempoh setahun ini, parti-parti bertanding menghadapi masalah kewangan yang serius baik Barisan Nasional mahu pun Pakatan.

BN sendiri sukar mendapat sumbangan swasta sekarang ini memandangkan penyumbang-penyumbang dana politik mengambil keputusan tunggu dan lihat masa depan politik negara.

Dalam keadaan ini Anwar yang mempunyai hubungan luas di luar negara mencari dana untuk PRK selepas ini kemungkinan Pelabuhan Klang dan Hulu Selangor.

Mahu tidak mahu Anwar sekali lagi ke Amerika Syarikat mencari Al Gore, bekas Naib Presiden US yang mengendalikan dana politik negara-negara membangun bagi pihak multi konglomerat US. Selain Paul Wolfowitz , Al Gore merupakan penggerak utama dalam mencari pemimpin-pemimpin politik negara ketiga untuk ditaja bagi memudahkan dasar luar US dan dasar niaga US.

Pihak berkuasa haruslah memantau kemasukan wang asing yang besar melalui "money changer" yang sering kali menjadi alat Anwar membawa masuk wang ke Malaysia seperti mana yang beliau buat menjelang pilihan raya umum ke 12 yang lalu.

1 comment:

  1. Rakyat tidak selamanya menerima cramah penipuan, fitnah dan caci maki PAS-pakatan......

    Rakyat telah menguji mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, ternyata mereka hanya pandai berhujah fitnah, tetapi tidak mampu melaksanakan janji-janji merreka.

    Itulah balasan kepada pendusta......

    ReplyDelete