Thursday, October 15, 2009

SEPATUTNYA PAS SEPERTI JUGA UMNO DALAM BN



ADAKAH PAKATAN LEMAH DISEBABKAN BN SEMAKIN KUAT?
Pejuang agama Islam, pejuang bangsa Melayu, Pejuang hak asasi manusia yang dilaung-laungkan oleh Anwar semakin lama semakin tidak berhasil. Apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar itu sudah memakan diri sendiri. Baru setahun lebih sudah terlalu banyak kesilapan yang dilakukkan oleh pakatan, tambahan di negeri2 yang mereka kuasai. Lepas satu-satu masalah timbul. Hari ini baru sahaja selesai PRK Bagan Pinang, terdengar pula masalah wakil rakyat mereka yang idak buat kerja dengan bahasa mudah makan gaji buta. Di Selangor MB Khalid semakin pening, usahkan nak fikir masalah rakyat negeri itu. Masalah wakil rakyat, exco2 dan pribadinya sendiri pun tidak terkawal. Belum pun selesai ISU SELCAT Hasan Ali, isu ADUN(PKR) Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah pula. Beliau tidak menjalankan tugas selaku wakil rakyat kawasan itu selepas memenangi kerusi pada pilihan raya umum lalu. Setakat hari ini tidak henti-henti lagi masalah dalaman parti itu.

Dimana kata-kata pemimpin Pakatan sebelum PRU lalu? dalam manifesto satu pun tidak terlaksana. Sebaliknya rakyat bertambah susah, rakyat semakin terhimpit. Jika dibiarkan perkara ini berpanjangan tidak mustahil negeri Selangor akan jatuh bankruf. Apa yang dihidangkan oleh kerajaan pakatan Selangor kepada rakyat adalah sendiwara mereka. Macam2 isu timbul sejak bermula Khalid memegang MB sampai hari ini tidak henti-henti. Bermula dengan isu ternakan babi, moral wakil rakyat dan exco2 (bogel Eli)mereka, rasuah, jualan arak kawasan melayu, pembinaan kuil kawasan melayu, membenarkan penggunaan perkatan Allah dalam bible dan macam2 lagi.

Sepatutnya pas berjuang dalam pakatan rakyat supaya gabungan parti itu menerima dasar-dasar islam seperti Umno buat dalam BN. Ternyata hubungan rambang dan kasual tanpa prinsip moral, tanpa cinta sejati, tanpa hormat menghormati antara PAS, DAP dan PKR banyak menimbulkan masalah kepada mereka . Satu pakatan yang hanya sanggup tidur sebantal semata2 untuk ke Putrajaya sahaja. Penyakit ketiga2 parti gabungan itu sekarang tidak boleh disembunyi lagi. Penyakit bisul pas yang sudah pecah di PRK Bagan Pinang tidak mudah ditutup lagi. Pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin pas termasuk ketua Dewan pemuda pas keatas pengundi2 tidak sepatutnya berlaku, parti yang kononnya mempejuang islam. Ketua Dewan pemuda tersebut sanggup menabur fitnah melalui pesanan ringkas (SMS) dengan mengatakan pemuda Umno menetak pemuda pas dengan pedang samurai dan bertindak pula mahu memerangi pemuda Umno dengan istilah jihad. Nasib baik tak ada yang mati, kalau ada yang mati dikalangan ahli pas masa itu, sudah tentu mati katak sahaja.

Prinsip pas kian tergadai, Pendekatan islam yang diambil lebih kepada untok memecahbelahkan sesama islam dalam Umno. Kalau bersama PKR dan DAP, Pas tidak berani bersuara jauh sekali untuk menegur malah sanggup mengadai jatidiri dan perjuangan asas mereka demi politik. Umno semakin mantap, hari ini dijangka diluluskan berberapa usul oleh para perwakilan untok meminda pelembagaan parti itu. Tujuannya adalah merapatkan barisan dan perpaduan dan juga pengukuhan parti. Pas dalam pakatan tidak seperti Umno dalam BN. Walaupun pas sebuah parti besar dan dominan bagi orang melayu dalam pakatan, tetapi suara pas tidak laku tidak seperti Umno dalam BN.

Bagi DAP dan juga PKR menerima pas sekadar untok diperkudakan tidak lebih dari itu. Pas suatu ketika dahulu sebuah parti yang kuat yang dibina atas kekuatannya sendiri tiba-tiba menjadi sebuah parti yang bacul. Sekarang bangsa melayu tiada pilihan lain lagi kecuali memperkukuh dan memperkuat kembali Umno. Jika pincang Umno bermakna pincanglah islam dan melayu di negara ini. Kita tidak boleh mengharapkan lagi kepada pas yang sudah menjadi carca merba, tidak tahu prinsip dimana dan perjuangan kemana. Pemimpin dalam pakatan cuma ibarat retak menunggu belah sahaja, disamping sambil2 menambah kekayaan diri masing-masing. Gabungan antara mereka tidak lama, nyawa mereka ditangan Anwar. Tiada Anwar dalam pakatan itu maka habislah sendiwara dan hancurlah mereka. Takkan nasib negara kita Malaysia ditentukan oleh Anwar seorang sahaja.

DAP yang bertopengkan platform parti berbilang bangsa tetapi hakikatnya mereka didominasi satu kaum sahaja. DAP hanya parti berbilang kaum pada namanya sahaja sedangkan perjuangan sebenar mereka berunsur perkauman yang menyala, membara seperti api dalam sekam.

PKR pula sebuah parti yang ketandusan idealogi, sekadar berkisar pengangungan Anwar yang mempunyai prinsip yang sama dengan DAP iaitu dahagakan kuasa.

P/S : Adakah Khairy mampu mematikan langkah Anwar, sama-samalah kita tunggu.

No comments:

Post a Comment