Friday, October 16, 2009

UMNO PINDA PERLEMBAGAAN PARTI

UMNO PERLU PINDA PERLEMBAGAAN PARTI ATAU PERLU SEKADAR TUKAR PEMAIN?

Rentak permainan PRU12 tidak menyakinkan Umno untok menghadapi keperlawanan seterusnya. Perlembagaan Umno berjaya dipinda untok mempastikan setiap perlawanan selepas ini berakhir dengan kemenangan. Jika dalam perlawanan bola sepak perubahan strategi boleh menentukan hidup mati pasukan itu. Jika percaturan tidak dibuat sudah tentu pasukan itu akan menimpa nasib kekalahan. Bagaimana pula dengan Umno, yakinkah Umno semakin kuat? Benarkah kerana dasar atau kesilapan percaturan Umno hampir tewas dalam PRU12 itu? atau kerana faktur-faktur kehambaran pemain-pemain itu sahaja. Namun pada hari ini seluruh perwakilan Umno telah bersetuju dengan sebulat suara meluluskan usul-usul pindaan parti tersebut. Sebagus mana pun strategi atau perancangan yang dibuat kalau tidak disusuli dengan semangat juang yang tinggi umno tidak akan berjaya. Kadang-kadang kita menjadi semakin leka dengan perubahan-perubahan tersebut, kesannya semakin teruk dari sebelumnya.Ada pula yang suka mengambil kesempatan, keburukkannya pula ditunding jari kepada orang lain. Jika perkara ini berlaku sudah tentulah Umno semakin parah menghadapi PRU13 yang hanya beberapa tahun sahaja lagi. Untok menentukan kemenangan selain dari bijak mengatur strategi, semangat juang dan skill yang tinggi kita juga kena bijak mencari ruang kelemahan lawan dan juga faktor masa yang ada.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tidak mahu Umno dilihat sebagai parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit dan sebagai 'parti cari makan' oleh mana-mana anggotanya.
  • 'Persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan,' kata beliau ketika menyampaikan ucapan dasar sulungnya selaku Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti itu di sini semalam.
  • Datuk Seri Najib, yang mengambil alih pucuk pimpinan parti dan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi awal tahun ini, dalam ucapannya menggariskan perubahan yang harus dilakukan oleh anggota dan parti itu.
  • Selaku tunjang Barisan Nasional (BN), Umno bersama parti-parti komponen lain sedang mengambil langkah pengukuhan semula dan memulihkan sokongan rakyat kepada kerajaan Malaysia, setelah kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum tahun lalu.
  • Dalam ucapannya yang berterus terang dan tegas itu, Datuk Seri Najib berusaha menyuntik keyakinan dan semangat kepada 2,500 anggota perwakilan Umno.
  • 'Bangkitlah bersama-sama saya, rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan. Marilah martabatkan warisan ini (Umno),' kata beliau, yang disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan yang berdiri hormat di hujung ucapan beliau selama satu jam 20 minit itu.
  • Beliau berkata untuk sentiasa memperoleh sokogan massa, adalah penting Umno ditanggap dan diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat.
  • 'Kami mahu Umno dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri,' katanya.
  • Perwakilan yang sama menghadiri perhimpunan agung khas petang semalam bagi meluluskan cadangan pindaan perlembagaan parti tersebut yang bertujuan menjadikannya lebih terbuka, inklusif dan demokratik.
  • Pindaan itu, yang disifatkan oleh Datuk Seri Najib sebagai langkah besar yang bersejarah dan berani, antara lain mencadangkan penghapusan kuota yang dikenakan di bawah peruntukan sekarang untuk bertanding bagi jawatan-jawatan tertinggi yang dikaitkan dengan gejala politik wang.
  • Datuk Seri Najib juga mengajak anggota Umno di semua peringkat agar kerap melakukan muhasabah diri untuk melihat kelemahan dan kesilapan dan mengambil langkah mengatasi kelemahan dan kekurangan tersebut.
  • 'Apa yang penting, ahli-ahli Umno perlu mewajahkan perilaku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti,' kata Presiden Umno itu lagi.
  • Datuk Seri Najib mahu anggota Umno ingat bahawa dalam negara demokrasi, rakyatlah yang memilih pemimpin, yang mampu dan bersedia memberi khidmat.
  • Beliau juga mahukan barisan pemimpin Umno agar sentiasa mendampingi anggota akar umbi dan rakyat.
  • Selain daripada itu, Datuk Seri Najib juga mahu pimpinan dan ahli Umno menjadi terkenal dengan integriti apabila diberikan tugas dan amanah yang disifatkan amat mustahak bagi meyakinkan rakyat untuk terus bersama parti itu.

2 comments:

  1. Salam,

    Ada juga sesetengah kepimpinan parti di peringkat Cawangan dan bahagian merasakan diri begitu mudah mendapat jawatan sebab di tunjuk oleh pemimpin tertentu dan membeli undi di dalam parti.

    Pemimpin seperti inilah biasanya tidak akan menjaga kepentingan rakyat.....

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat YG...

    Benar kata2 sahabat tu, harap2 perubahan itu Umno menjadi lebih kuat.Perwakilan sedikit susah nak jaga inikan pula ramai hehe....

    Asalamualaikum dan slmt berjuang...

    ReplyDelete