Thursday, November 19, 2009

CEO PMBK : ADAKAH GARA-GARA MENANTU MAKA BERAKHIRNYA POLITIK BAPAK MERTUA?

KALAU DAH LAYAK BUAT APA DESAK MENANTU LETAK JAWATAN?

Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini tegas mempertahankan perlantikan menantunya sendiri, Abdul Ariffahmi Bin Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dikatakan sudah mengarahkannya melepaskan jawatan itu.

Keputusan itu dikatakan dibuat Menteri Besar Kelantan itu Selasa setelah menilai segala fakta dan hujah yang dibentangkan dihadapannya oleh semua pihak termasuk Pimpinan PAS Pusat dan negeri, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan juga pegawai-pegawai tinggi agensi-agensi kerajaan.

Bekas Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat dari jawatannya oleh Ariffahmi Selasa minggu lalu dalam tulisan terbaru di laman blognya berkata Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan memberitahu wakil media, Nik Aziz akan membuat pengumuman besar dalam masa terdekat.

Menurutnya Ariffahmi bagaimanapun menolak arahan Nik Aziz itu dan Rabui berlepas ke Kuala Lumpur atas sebab-sebab yang tidak diketahui oleh sesiapa.

Katanya Ariffahmi telah menghubungi Pengurus di PMBK pada sebelah petang dan minta maklumkan kepada semua kakitangan bahawa dia tidak diminta berundur.

No comments:

Post a Comment