Sunday, November 8, 2009

PAS : "DUA TIGA KERAT" VS ERDOGAN

Sekarang seolah-olah apa sahaja masalah yang berlaku dalam parti pas terus dilontarkan kesalahannya kepada "pemimpin dua tiga kerat" yang dianggap sebagai pro-Umno. Sudah terang lagi tersuluh, kenapa Nik Aziz terima pakai tanggapan Dr Aziz Bari itu? sehingga terus menepelak pemimpin2 tersebut dalam penulisan blognya tanpa menunggu keputusan ahli majlis syura. Dr Aziz Bari itu sendiri adalah orang luar dan pemimpin dua tiga kerat yang dimaksudkan oleh Nik Aziz itu adalah melibatkan pemimpin tertinggi parti itu, presiden,timbalan presiden dan setiausaha agung pas sendiri.
Siapa Dr Aziz Bari, apa kaitannya dengan Anwar Ibrahim? itu pokok pangkalnya. Kumpulan dua tiga kerat ini tidak semudah dan menjadi penghalang bagi Anwar untok mencapai cita2nya menjadi PM. Itu perkara sebenar yang tersirat tetapi bagi menghukum supaya mudah diterima oleh ahli dan penyokong pas disabitkan kerana mahu berkerjasama dengan Umno. Pas akan menempuh jalan sukar untok kembalikan kepada perjuangan asal parti itu setelah terlibat dengan PKR dan DAP. Pas dalam Pakatan Rakyat ibarat seperti "layang2 putus tali" menunggu masa untok jatuh. Maka pas beridea baru akan wujud, mengikut cita rasa dan acuan Anwar Ibrahim melalui kepimpinan erdogan. Apa yang berlaku kepada Pas hari ini sudah pun berlaku kepada Umno suatu masa dahulu diera Tun Mahathir, ketika itu Anwar TPM.

Imej Pas terus merosot

  • Pas semalam dikejutkan dengan pendedahan bahawa imej parti itu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kini semakin negatif dengan banyak pihak tidak menyokong kepimpinan sedia ada, kata pensyarah dari Jabatan Pengajian Media UM, Profesor Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah.
  • Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang nekad tidak akan meletakkan jawatan walaupun menerima pelbagai kritikan yang mempersoalkan kepimpinannya.
  • Pas tetap terbuka dalam mengadakan hubungan dengan semua pihak asalkan ia membawa kepada kemenangan Islam.
  • Abdul Hadi berkata, Pas akan mengukuhkan hubungannya dengan pakatan pembangkang yang dimuhasabah sepanjang masa.
  • Lidah rasmi Pas, Harakah ditegur kerana terlalu memberi ruang kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding Abdul Hadi.
  • Wakil Pas Johor mahu perbalahan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi dihentikan segera.

No comments:

Post a Comment