Saturday, November 7, 2009

LIWAT : ANWAR TIDAK UBAH SEPERTI HERO JAHAT HINDUSTAN

ADAKAH LAKONAN ANWAR SUDAH DIBABAK-BABAK TERAKHIR?
Kalau kita suka menonton filem hindustan dan kalau kita selalu mengikuti servival kehidupan Anwar ia seakan2 sama. Dulu ramai peminat2 cerita hindustan, dulu Anwar berpengaruh sebut sahaja Anwar. sekarang sudah berubah. Ada yang sudah muak, jalanan ceriternya yang sama. Kalau dalam ceriter hindustan ada bukit, ada keretapi, ada kebun2 bunga, dan penyanyi2 yang sering bertukar pakaian. Manakala lakonan hero jahatnya pula suka membuat kecoh dan jahat kesalahannya pula dilontarkan kepada orang lain ibarat "baling batu sembunyi tangan", begitu juga Anwar yang hebat dengan demotrasi jalanan.

Skrip Anwar semenjak dalam ABIM dibawa masok kedalam Umno oleh Tun Mahadhir. Awal2 lagi pas sudah ditipu oleh Anwar sebenarnya, perancangan awal kononnya akan menyertai pas tetapi diam2 terima tawaran Tun. Tidak lama dalam Umno terus memegang TPM, tidak lama memegang TPM terus bercita2 mahu menjadi PM hebatkan?. Perjalanan politiknya sunggoh menyiksa pihak2 yang berdekatan dengannya. Apa jadi dengan Tun Ghafar? Kalau tidak panjang akal Tun Mahathir pun sudah tentu ditipu oleh Anwar. Tun juga menolak cadangan Anwar supaya menerima IMF semata2 merealissasikan cita2 politiknya kalau tidak sampai sekarang negara akan dibelenggu dengan masalah seperti yang di hadapi oleh negara jiran kita Indonesia.

Allah SWT maha berkuasa, kesalahan Anwar dapat dikesan walaupun gerakan beliau begitu licik, halus dan terancang. Prinsip "apa yang mahu mesti dapat" kini memerangkap diri beliau sendiri. Anwar dituduh pecah amanah, Anwar dituduh meliwat pemandunya. dan macam2. Sejak dahulu sampailah sekarang Anwar tidak habis2 dengan tuduhan liwat. Anwar yang pakar dalam tektik "revers physiology" tidak ubah seperti watak jahat dalam ceriter hindustan, berlagak baik semata2 untok jadi hero baik...namun perjalanan dan pengakhiran lakonannya penonton sudah tahu! begitu jugalah politik Anwar.

BUKTI KERENAH ANWAR DALAM KES SAIFUL
Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.

Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

No comments:

Post a Comment