KERANA SIBUK BERPOLITIK PERJUANG PAS TIDAK SEMPAT MEMATUHI HUKUM AGAMA
Doa dan sumpah seranah pemimpin pas, khasnya Nik Aziz terhadap pemimpin Umno dan penyokong Umno, kini menampakkan kepada kita seolah2 apa yang berlaku kepada pas Kelantan adalah satu pembalasan dari Allah SWT. Sudah sampai masanya pemimpin mereka kena muasabah diri, kembalikan kepada ajaran islam yang sebenar.Jika pas terus angkoh menyokong dan mahu terus bersama DAP tidak mustahil parti itu akan dijauhi oleh para penyokongnya sendiri.
Doa sehingga pecah perut sudah semakin reda, namun ianya sukar dilupakan tambahan lagi ia melibatkan pemimpin no 1 negara. Dalam usaha sibuk mencari2 formula kesana kesini menerima jemputan negara2 luar disamping menjalankan tugas dalam negara. DS Najib dalam usia yang masih baru memegang jawatan PM tidak sampai pun satu tahun, pemimpin pakatan khasnya parti pas sudah melontar perkara negetif terhadap DS Najib dan pemimpin barisannya.
Apa salahnya kalau berdoa begini "Ya Allah ya Tuhanku bukalah hati Anwar Ibrahim supaya tidak terus membohongi rakyat dan segera selesaikan kes liwatnya kerana semakin lama semakin menjatuhkan imej islam itu sendiri. Ya Allah ya Tuhanku berilah kesihatan yang baik2 kepada pemimpin2 kerajaan terutama PM supaya negara ini terus maju dengan ekonomi yang baik2 supaya gaji dan elaun wakil2 rakyat dapat dinaikkan berganda2. Ya Allah ya Tuhanku benteraskan gejala2 sosial dan maksiat yang semakin menjadi2 di negeri serambi mekkah ini... "Sejumlah 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda di tangkap kerana berkahwat malah ada antara mereka sedang berbogel ketika diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sepanjang bulan ini. Hebatnya setanding dengan hebatnya kerancakan berlandaskan islam pas Kelantan dalam menentukan siapa masuk syurga dan neraka. Barangkali kerana sudah jadi Serambi Mekah dan boleh jamin siapa masuk syurga, soal sosial keterlaluan, haram dan dosa tidak perlulah Nik Aziz sebagai pemimpin negeri fikirkan lagi.
Kalau kita perhalusi baik sangatkah pemimpin yang kononnya berjuang islam ala pas itu? sebagai contoh di Kelantan yang sudah melebihi 19tahun pas memerintah, apa yang pemimpin pas kelantan buat untok islam yang dapat kita semua banggakan. Sudah tentu kalau kita ketepikan sejenak soal politik dan renong dengan iklas kebelakang tiada apa yang pemimpin pas buat apa lagi untok dibanggakan oleh kita umat islam. Pemimpin pejuang islam pas tidak perlu lagi mematuhi hukum agama. Kes bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir,35 mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) dengan isteri keduanya Nor Ilyani Mohd Noor,30 selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor sehingga hari ini masih tinggal bersama. Gerakan memburu pasangan tersebut dijalankan oleh bapak mertuanya sendiri.
Mengata dulang paku serpih, mengata orang, TOK GURAU yg lebih...
ReplyDeleteSalam Pak Mie, inilah gambaran serambi Mekah Nik Aziz..... inilah draf Hudud yang selalu dilaung-laungkan oleh PAS untuk memikat hati pengundi-pengundi Melayu di kampung-kampung........ inilah hasil doa tok guru untuk melihat UMNO hancur rebah ke tanah.........
ReplyDelete