Wednesday, December 2, 2009

KALAU KITA BENAR KENAPA PULA HENDAK TAKUT?

PEMBICARAAN LIWAT ANWAR- SAIFUL 25 JANUARI

Bagi Pakmie, pembicaraan keadilan keatas kes Saiful perlu dibuat seadil2nya. Ini merupakan maruah islam itu sendiri dan kestabilan negara. Bagi kita rakyat, siapa yang bersalah tidak penting, yang paling penting pembicaraan itu hendaklah dijalankan dengan adil dan telus Kita manusia hanya merangcang dan mampu hanya berserah kepada Allah SWT. Kita orang islam yakin dan percaya bahawa Allah tidak akan bertindak zalim keatas hambanya yang iklas dan mahukan kebenaran.

Kenapa begitu elegict dengan pembicaraan? disini kalau kita lihat dengan mata hati sedikit ada kebenaran kepada Saiful. Biasanya orang2 yang benar mahukan penyelesaian dibuat mengikut cara yang betul. Negara kita adalah sebuah negara islam bahkan suatu ketika kita diiktirat oleh negara2 islam besar dunia sebuah negara islam yang perlu dicontohi.

Seandainya keputusan tidak dijalankan dengan baik sekaligus pembicaran pula tidak dijalankan dengan adil dan jika pula orang yang benar didapati bersalah amat malang pentabiran islam yang dilaung2kan selama ini di negara ini. UmnoBN perlu buktikan dalam kes Saiful- Anwar ini kita kerajaan tidak seperti yang kata oleh Pas bahawa kerajaan Umno itu tidak mengikut ajaran sebenar islam, disinilah masanya kita perlu tunjukkan kebenaran bahawa Umno adalah perjuang islam sebenar tidak seperti pemimpin2 Pas(Nik Aziz) laung2kan.

Sumpah Saiful ada juga yang dipertikaikan, pembicaraan keadilan keatas saiful ada juga yang mempertikaikannya. Dimanakah keadilan yang sebenar2nya? Walaupun pembicaraan itu berpihak kepada orang yang bersalah mahkamah akhirat tetap menanti. Apa yang penting ia perlu dijalankan seadil2nya tanpa mengira status siapa Anwar dan siapa Saiful dimata Anwar. Syukurlah mahkamah sudah memutuskan pembicaraan keatas Saiful telah ditetapkan pada 25 Januari nanti. Syabas untuk saiful diatas kecekalan dan sabar menghadapi pembicaraan. tahniah juga kerana mempunyai jiwa yang kental. Semuga Anuar juga senang menghadapi pembicaraan untok menegakkan kebenaran beliau tidak bersalah. Hanya Anwar, Saiful dan Allah SWT sahaja yang tahu!


Baca kenyataan ini...

“Saya sudah bersedia beri keterangan. Jangan tangguh lagi. Biar mahkamah tentukan perbicaraan kes liwat ini secara adil”.

Itu permintaan Mohd Saiful Bukhari Azlan sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpyr pagi Selasa tolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengugurkan pertuduhan terhadapnya.

Bekas pembantu Ketua Pembangkang itu turut menyambut baik keputusan berkenaan dan bersyukur doanya supaya kes itu dibicarakan di mahkamah selepas sekian lama tertangguh dimakbulkan. Melalui peguamnya Zamri Idrus, beliau memberitahu Agendadaily, Saiful berharap Anwar tidak lagi berdolak dalih mahupun terus berusaha mengagalkan kes itu dibicarakan.

“Saya berharap keadilan diperolehi melalui perbicaraan di mahkamah. Saya sudah bersedia sejak dulu lagi untuk memberi keterangan,” ujar Saiful. Menurut Zamri, anak guamnya itu juga berpendapat tempoh sebulan bagi perbicaraan kes itu seperti ditetapkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah mencukupi. Saiful juga katanya berterima kasih kepada orang ramai yang terus memberi sokongan moral kepadanya dalam penantian sehingga kes itu akan mula didengar Januari depan.

Bagaimanapun Agendadaily difahamkan, peguam-peguam yang mewakili Anwar akan merayu terhadap keputusan Hakim Mohd Zabidin sebelum kes itu bermula 25 Januari. Jika ini dilakukan, Anwar secara tidak langsung dilihat mahu terus memastikan kes ini digugurkan tanpa memberi ruang satu perbicaraan adil diadakan.

Banyak pihak berpendapat, Anwar sepatutunya membenarkan kes itu dibicarakan ikut proses dengan mendengar keterangan saksi-saksi serta bukti-bukti bukannya berusaha menggugurkan kes itu hanya berdasarkan laporan doktor semata-mata.

Sementara itu, Salful dalam blognya semalam menulis, penangguhan perbicaraan itu jika berterusan dan digugurkan akan memberi implikasi besar terhadapnya.

“Saya boleh disaman tertuduh dan lebih teruk saya pula akan di penjarakan kerana secara tidak langsung ia membuktikan kononnya laporan polis yang dibuat tidak berasas dan menipu,” katanya.

Bahkan katanya, beliau langsung tidak diberi peluang untuk mempertahankan diri dengan memberi keterangan serta bukti-bukti di Mahkamah jika ia tidak dibicarakan.

3 comments:

  1. Pak Mie, setuju sangat dengan pandangan tuan..... tapi kawan pelik orang macam 'sesumpah' Anwar ini puak-puak Yahudi martabatkan di antara 100 'pemikir terbaik' dunia... pouiiiiih.... pemikir pembelit boleh la.....

    ReplyDelete
  2. Menyeru kepada seluruh orang melayu islam di negara ini untuk mendoakan kesejahteraan kepada Dato Seri Najib Tun Razak dan keluarga beliau berserta seluruh rakyat Malaysia. Doakan semoga Allah s.w.t melindungi dan merahmati kita semua.

    Tidak lupa juga doakan supaya Nik Aziz dan seluruh orang melayu islam di dalam Pakatan Rakyat mendapat hidayah dan dan keampunan dari Allah s.w.t

    ReplyDelete
  3. "Kita orang islam yakin dan percaya bahawa Allah tidak akan bertindak zalim keatas hambanya yang iklas dan mahukan kebenaran"

    benarkah ALLAH tidak zalim? komen saya,

    Di awal dakwah, nabi SAW naik ke atas bukit safa, lalu berucap di atas bukit tersebut untuk menyampaikan kandungan dakwah nabi SAW. Di saat itu, Abu lahab marah dengan dakwah nabi SAW, menyebabkan beliau telah mengambil batu dan membaling ke arah nabi SAW.

    Tindakan Abu Lahab tersebut dibenci oleh Allah, menyebabkan Allah menurunkan firman-Nya;

    تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ

    Maksudnya;
    "celakalah kedua tangan abu Lahab, dan sememangnya Abu lahab adalah celaka"

    (Surah Al-lahab : 1)

    KEDUA:

    Firman Allah;

    وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أُولَئِكَ يُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّهِمْ وَيَقُولُ الْأَشْهَادُ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلَا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

    Maksudnya;
    "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat-buat dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka, dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka." Ingatlah, laknat Allah (ditimpakan) atas orang-orang yang zalim"

    (Surah Hud : 18)

    jika abu lahab membaling batu pun ALLAH mengatakan zalim inikan pulak menafikan royalti minyak untuk rakyat kelantan.

    ReplyDelete