Monday, December 14, 2009

ADAKAH DOA RAKUS KEPADA KUASA POLITIK TIDAK SALAH DISISI ISLAM?

Suatu ketika dahulu kerjasama sesama islam (Umno-Pas) ditolak mentah2 oleh pemimpin pas. Tidak berhenti setakat itu sahaja, beberapa minggu lepas kita dikontrovesi dengan doa pecah perut Nik Aziz keatas PM dan para pemimpin kerajaan. Lepas upacara pijak memijak gambar wakilrakyat bebas (melayu), Isu BTN dan Bahasa inggeris dan pada hari ini pula oleh DAP dengan membangkitkan isu perutukkan keatas pembinaan masjid. Pemimpin islam dalam PKR dan Pas tidak berkata apa2 dan bersikap berdiam diri.

Kita tidak melihat kesibukan Nik Aziz menggeluarkan kenyataan mengajak rakyat menyelamatkan islam dari di nodai oleh DAP. Di Negeri Kalantan sendiri semasa pentadbiran Pas masjid tidak dibina, tumpuan diberikan pembinaan ketas tokong budha yang termegah di Asia dengan ketinggianya dijadikan sebagai tempat tarikan perlancongan. Namun pas tetap bermegah kononya merekalah sebuah parti yang memperjuangkan islam sebenar di negara ini. Tetapi kenapa pula DAP mempertikaikan perutukkan kerajaan pusat terhadap pembinaan masjid? mereka mencabar islam sedangkan islam adalah agama rasmi di negara ini. Kalau sebelum ini DAP tidak berani secara terangan kenapa sekarang semenjak berkerjasama dengan pas DAP terlalu berani sehingga mencabarnya di Parlimen.
Pemimpin pas hamya sibuk bila berdepan dengan Umno. Mereka mahu meruntuhkan Umno, mereka tidak mahu melihat orang islam dan melayu di negera ini hidup dengan aman damai berkerajaankan Umno. Mereka lebih gila kepada kuasa politik. Sudah sekian lama negara ini diperintahkan UmnoBN. Pas lebih sanggup berjuang menegakkan islam dan melayu bersama DAP berbanding dengan Umno disebabkan mereka mempunyai niat yang sama.

No comments:

Post a Comment