Saturday, December 19, 2009

PAS, PKR PARTI PENYUMBANG KEKUATAN DAP

PEMBUBARAN PKM AGENDANYA DITERUSKAN OLEH DAP

Ahli2 dan penyokong Pakatan bukan atas dasar untok pembangunan rakyat, jauh sekali untok meletakkan negara ini lebih baik dari pentadbiran UmnoBN. Kekeliruan membuatkan rakyat memberi undi kepada parti itu. Pemimpin pakatan rakyat sanggup membuat apa sahaja asalkan kerajaan UmnoBN dapat dijatuhkan tanpa mengambilkira keadaan selepas itu.

Apakah perubahan keatas beberapa negeri yang dikuasai oleh pembangkang tersebut? dana kerajaan negeri berbillion ringgit di Selangor seperninggalan kerajaan BN digunakan sewenang2nya untok menjatuhkan kerajaan pusat. Dasar2 Kerajaan yang sudah pun di terima pakai sekian lama di ungkit kembali, perlembagaan negara terus dipertikaikan. Bangsa melayu merupakan bangsa pribumi dan agama islam yang merupakan agama rasmi negara cuba diperkotak-katikkan.

Kita tidak hairanlah jika semua itu mainan DAP, apa yang menghairankan pencetus utamanya sekarang dikalangan pemimpin melayu dalam pas dan PKR sendiri. Semua ini adalah kerana mahu kepada pengaruh politik dan kuasa pas dan pkr sanggup mengadaikan masa depan bangsa dan agamanya sendiri. DAP kita sudah sedia maklum sudah sekian lama memperjuangkan untok kepertingan kaum mereka semenjak dari peninggalan komunis lagi.

UmnoBN adalah parti terbesar yang melibatkan keahliannya berjuta2 berbanding dengan parti2 lain yang ada di negara ini. Sememangnyalah Umno yang mewakili sejumlah besar pemimpin dan rakyat mempunyai masalah. Pakatan rakyat dengan sengaja mengeruh dan menimbulkan masalah. Kerja2 utama pemimpin pakatan rakyat adalah mencari kelemahan kerajaan selain dari sengaja mencetus masalah untok kerajaan terbuti ketika dalam pembetangan budget 2010 pada 14 Disember lepas.

Sila baca kenyataan ini

PAS PKR DAP : HIDUP DI ATAS CACI MAKI TERHADAP UMNO

Jika anda sering mengikuti perkembangan pembangkang, isu yang dibangkitkan adalah memburukkan UMNO dan kerajaan. Apa saja dasar yang dibuat tidak kena. Selain dasar kerajaan, UMNO sendiri dituduh sebagai :

a. Parti yang rasuah

b. Parti yang mengamalkan napotisme dan kronisme

c. Parti yang tidak Islamik, menolak hudud

d. Parti yang bersemangat kebangsaan

e. dan sejuta tuduhan yang semuanya nagetif (tak larat nak ditulis)

Di celah-celah hentaman memburukkan UMNO, Pas cuba membina imej mereka, kononnya mereka adalah:

a. Parti yang Islamik bertunjangkan Islam (masa saya bersama PAS bermatlamatkan negara Islam)

b. Parti yang anti rasuah

c. Parti yang boleh membela nasib rakyat

d. Parti yang bersih,baik, cekap dan seribu kebaikan lagi..., tidak sebagimana UMNO tadi yang mereka lebelkan sebagai kotor, rasuah dan sebagainya.

Mereka telah membawa mesej ini ke seluruh pelusuk negara dan dicanangkan kepada rakyat. Akibatnya sebahagian kecil termakan juga dengan apa yang dinyatakan tanpa membuat analisis terperinci.Ini terbukti apabila pada PRU 12, mereka berjaya menawan Kedah dan Kelantan. (Saya tidak berminat untuk membincangkan soal Keadilan, kerana pemimpim mereka sendiripun belum dibersihkan oleh mahkamah)

Jika seseorang yang baru terlibat dengan politik, generasi muda contohnya, mereka sangat mempercayai bahawa PAS adalah sebuah parti yang bersih. Sebelum ini saya juga mengakui begitu, namun setelah membuat penelitian yang mendalam, kebersihan PAS adalah disebabkan mereka tidak berbuat-apa-apa. Mereka tidak ada kuasa memerintah. Tidak ada projek, tidak ada program yang boleh dijayakan selain mempergunakan aktiviti agama untuk menghidupkan partinya. Hanya sejak kebelakangan ini sajalah PAS telah diamanahkan oleh rakyat Kelantan untuk memerintah. Kedah masih terlalu awal untuk dinilai. Di Kelantan, baru beberapa penggal saja PAS memerintah, sudah pun bergelumang dengan masalah itu dan ini. Bayangkanlah betapa UMNO yang memerintah sudah melepasi 50 tahun, dengan jumlah penduduk Malaysia yang melebihi 26 juta, kalaupun berdepan masalah, ianya sudah dikira lumrah. Masalah ini sememangnya dihadapi oleh seluruh pemerintah di dunia, dan usaha menanganinya sentiasa dibuat.

Dalam masalah rasuah, UMNO sebagai sebuah perti memerintah yang mempunyai kuasa, sudah barang pasti sedikit sebanyak terjebak juga. Selagi manusia ada kepentingan, selagi itulah masalah rasuah tetap ada. Usaha pencegahannya sentiasa dibuat, namun usaha ini bukanlah mudah. Seorang polis trafik contohnya, dirasuah agar siperasuah dilepaskan daripada kesalahan lalu lintas. Seorang penguatkuasa JPJ, dirasuah agar kenderaan perasuah tidak disita. Mengapa mereka ini dirasuah? jawapannya kerana mereka mempunyai 'kuasa'. Dalam UMNO pun begitu...Siapa yang nak beri rasuah pada PAS, sebab PAS tidak mempunyai apa-apa...Nak dapatkan apa daripada PAS?. Adakah anda pernah mendengar ada seseorang yang beri rasuah pada seorang pengemis? Untuk apa nak beri rasuah, sebab pengemis tidak mempunyai apa-apa kepentingan pada perasuah...Nampaklah bahawa pengemis ini lebih bersih dari polis trafik, lebih bersih dari penguatkuasa JPJ...Begitu jugalah dengan UMNO dan PAS...Akhirnya sebahagian kecil terpikat juga dengan PAS pada hal PAS diibaratkan sebagai pengemis tadi...Nampaklah iannya bersih...

Dalam masalah ini juga, UMNO sepatutnya tidak boleh dipersalahkan. Yang salah ialah individu perasuah itu sendiri. UMNO hanyalah nama bagi sebuah parti politik. Yang salah ialah individu dan bukan organisasi. Jika PAS mengatakan UMNO yang rasuah, mereka perlu memohon maaf kepada seluruh warga UMNO yang tidak melakukan rasuah. Analoginya sudah saya berikan dulu...Seorang Islam yang mencuri, apakah Islam itu jahat..? Jika ada seorang Islam yang membuka aurat, apakah Islam itu yang salah..? Yang salah ialah individu Islam dan bukan agama Islam sebab agama Islam sentiasa mengajak manusia itu ke arah kebaikan. Demikian juga UMNO...Gagasannya adalah untuk membela nasib rakyat...jika ada yang melakukan kesalahan, itu adalah individu dalam UMNO...Harap PAS faham ini dan jangan sekali-kali meletakkan kesalahan pada seluruh warga yang menjadi ahli pada organisasi UMNO.

Menyentuh soal rasuah juga, PAS yang belum pun cukup empat penggal memerintah Kelantan...sudah ada individu dalam PAS yang mengamalkan rasuah. Berbalik kepada apa yang saya katakan tadi...kerana PAS sudah mempunyai kuasa secara kecil-kecilan, peringkat negeri. Maknanya siapa saja yang ada kuasa, masalah ini pasti akan ada...Saya petik rencana ini dari blog Nik Amalina Nik Aziz (anak TGNA), blognya Seri Suri, pada ruangan komen...(Sekarang komen ini sudah di delete)sebagai bukti...

Seperti yang telah kami janjikan sebelum ini, sekarang ini kami akan mendedahkan salah-laku Husam Musa seperti berikut:

1. Mempergunakan syarikat di bawah Perbadanan menteri Besar Kelantan (PMBK)
Global Media Channel Sdn Bhd atau ipglobal.tv

Syarikat ini ditaja oleh Husam Musa, alamat syarikat ini ialah:Tingkat 6, Bangunan PMBK,Jalan Kuala Krai,Kota Bharu 15050 Kelantan

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Hisham yang menguruskan syarikat ini.
Committe Chairman sayrikat ini adalah Dr Mohd Fadhli Hassan (PAS-Temangan)

Syarikat ini mempunyai 40 orang pekerja yang terdiri dari wartawan, jurugambar video serta kakitangan IT. Web syarikat ini adalah – http://www.globalmediachannel.tv, manakala untuk Youtube mereka menggunakan alamat Global Media Channel TV.

Kroni-kroni Husam telah menggelapkan duit syarikat ini tanpa membuat caruman kepada EPF dan PERKESO untuk pekerjanya. Syarikat ini juga pernah memberhentikan pekerjanya tanpa notis. Antara majalah yang diterbitkan oleh syarikat ini adalah majalah Qiadah, iaitu majalah rasmi Kerajaan negeri Kelantan.

2. PMBK Sawit Sdn Bhd

Dalam syarikat ini pula Husam Musa telah meletakkan beberapa kroninya sebagai Lembaga Pengarah, dan di antara mereka adalah seperti berikut:

2.1 YBDato Haji Husam Musa

2.2 YB Haji Mohd Fauzi Che Mat

2.3 YAB Tuan Haji Ramli Abu Bakar

2.4 YAB Ir. Abdul Ariffahmi Abd Rahman

2.5 Yang Berbahagia Haji Wan Yahya Wan Salleh

2.6 Yang Berbahagia Tuan Haji Buni Yamin Hamzah

Sementara itu kakitangan PMBK Sawit Sdn Bhd adalah terdiri daripada:

Pengurusan Kanan – Fauzi Mohamad

Pengurus Besar – Abd. Razak Ghani

Timbalan Pengurus Besar – Che Soh Harun

Pengurus Perolehan & Pemasaran – Kamarulzaman Abdullah

Pengurus Komunikasi Korporat – Abdul Hamid Aziz

Pengurus Pembangunan & Teknikal – Mohd Nuri Md Yaakob (4hb Mei 08)

Pengurus Modal Insan – Alias Sulaiman

Pengurus Ladang Pasir Mas – Haji Ramli Jidin

Pengurus Ladang Gua Musang – Anuar Ismail

Inilah di antara nama-nama yang terlibat dalam syarikat PMBK Sawit Sdn Bhd

3.Projek Kambing Jamnapari

Husam sangat berminat dengan kambing jamnapari hingga dibeli tiga ekor kambing secara tunai, melalui laci mejanya bernilai RM 66,400. Husam telah dibawa berkenalan dengan peniaga kambing jamnapari, Mohd Amin Pipit di Beranang, Negeri Sembilan.

Husam sendiri turut melihat kawasan penternakan itu dan telah meluluskan satu tapak penternakan projek kambing jamnapari di Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.

Pada mulanya urns niaga usahasama berjalan dengan baik di antara syarikat projek kambing Negeri Sembilan(usahasama Mohd Amin-Fauzi Daud)dengan projek jamnapari Kelantan yang dinamakan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Bhd.(APKBB), milik
Zulkifli Yaakob kroni Husam.

Husam mengarahkan Fazli Abd Samat, bekas Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPKSB) untuk menggunakan duit KPKSB sebanyak RM 6 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun APKBB sebagai modal untuk Projek Kambing Jihad Ternak.

Namun pada akhirnya, projek Jihad Ternak itu menemui kegagalan kerana berlaku perselisihan faham dan masing-masing ingin menjadi pemilik autonomi.Akhirnya projek itu difailkan ke mahkamah.

Ia masih dalam perbicaraan di mahkamah antara Mohd Amin-Fauzi dan APKBB.

Kedua pihak sedang dalam proses mahkamah untuk memiliki ladang dan kambing berkenaan. Buat masa ini Mohd Amin-Fauzi sedang menguasai kandang berkenaan.


Manakala pihak APKBB tidak dibenarkan masuk atau melakukan apa-apa aktiviti seperti sebelum ini. APKBB sedang memohon perintah Mahkamah untuk mengenepikan injuksi yang diperolehi oleh Mohd Amin.

4. Menerima Wang Tunai dari Pengarah Urusan Cam Contract Work And Development (M) Sdn Bhd.

Husam telah menerima wang tunai berjumlah RM 7000 dari Pengarah Urusan Cam Contract Work And Development (M) Sdn Bhd pada akhir tahun 2005. Pemberian wang tunai itu adalah untuk melanjutkan tempoh kontrak syarikat berkenaan bagi menyiapkan projek menaiktaraf paip dari tangki air Bukit Hangus dan pembinaan tangki air Bukit Peraksi oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) iaitu syarikat yang dimiliki oleh PMBK.

5. Menerima wang tunai dari Syarikat SBJ Development Sdn Bhd

Husam juga menerima sumbangan dari Syarikat SBJ Development Sdn Bhd bagi membiayai pembinaan garaj kereta rumahnya dan pagar tanah perkuburan Islam yang terletak di hadapan rumahnya iaitu di Kampung Kota, Kota Bharu.
Syarikat SBJ Development Sdn Bhd mempunyai kepentingan mendapatkan projek dari Kerajaan negeri Kelantan.

Cukup sudah pendedahan untuk siri 1 ini dahulu, nantikan siri seterusnya dari kami The Unspinners!
Reply

serisuri, on December 14th, 2009 at 4:05 pm Said:

saya tidak akan memberi komen kepada mana-mana artikel daripada blog lain, tq


Reply 2.

Mohd Faisal, on December 14th, 2009 at 10:14 am Said:

6. Rasuah didalam Projek Pembinaan loji Rawatan Air Merbau Chondong, Machang

Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Ambiran, Machang sebenarnya tiada dalam perjanjian asal dan ianya juga tidak mengikut spesifikasi oleh kontraktor sehingga menyebabkan ianya gagal berfungsi untuk menyalurkan air ke kawasan yang sepatutnya.

Ini menyebabkan kerugian kepada AKSB serta pembinaan paip retikulasi di sekitar daerah Machang yang tidak mengikut spesifikasi (terlalu kecil) oleh kontraktor tetapi dibayar dengan harga normal oleh AKSB yang menelan kerugian RM 750,000.

Asalnya tangki ini tiada dalam kontrak tetapi waktu projek loji Merbau Chondong sedang dibuat, tiba-tiba AKSB mengarahkan kontraktor membina tangki ini. Ia juga dibina terlalu rendah menyebabkan tekanan air sama ada tiada langsung atau terlalu rendah (1-2 meter sahaja sedangkan mengikut piawaian ia patut lebih 10 meter).

Dalam kontrak juga, sepatutnya ada satu tangki sedutan (booster pump) tetapi ia tidak dibuat oleh kontraktor terbabit dan sepatutnya bayaran kepada kontraktor perlu dipotong lebih RM 1 juta (kos membina tangki sedutan ini) tetapi potongan yang dikenakan AKSB hanya RM 300,000 sahaja menyebabkan AKSB kerugian lebih RM 700,000.

Kontraktor terlibat ialah Roadbuilders.

Pembinaan tangki simpanan air di Bukit Peraksi, Pasir Puteh sebenarnya tidak mengikut spesifikasi (mengikut kontrak, ia asalanya dicadang untuk dibina di tempat melihat anak bulan di puncak Bukit Peraksi tetapi pembinaannya dialih ke anak bukit yang jauh lebih rendah) oleh kontraktor.

Ini menyebabkan air gagal disalurkan melalui Jambatan Tok Bali dan terpaksa dialih menggunakan laluan alternatif melibatkan tambahan paip sepanjang 16km dengan kos RM 10 juta (paip tambahan ini telah dibeli dari awal lagi menunjukkan perkara ini mungkin memang sengaja dilakukan untuk memberi keuntungan mudah kepada individu tertentu).

Mengikut kontrak satu tangki sedutan (booster pump)juga patut dibina di kaki bukit tetapi ianya tidak dibina menyebabkan kontraktor jimat lebih RM 1 juta.

Kontraktor terlibat ialah CAM Contract Works And Development.

7. Menyalahguna Media Alternatif

Terbongkarnya kisah Husam menguasai media alternatif apabila terjadi pertikaian sengit antara Husam dengan seorang pekerja Pegawai Urusetia Penerangan SUK Kelantan yang bernama Ramli Abdul Halim.

Ramli juga merupakan pemilik akhbar tabloid berjudul “Wasilah”.

Husam melalui anak buahnya Khir Zahari Abd Ghani(bekas Pegawai Urusetia Penerangan SUK) telah mengutip duit KPK dan AKSB untuk membeli permit akhbar-akhbar tabloid bagi mempromosi PAS dan dirinya.

Ramli telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Urusetia Penerangan SUK Kelantan dan menarik balik permit miliknya Wasilah yang pernah disewa kepada syarikat kroni Husam.

Ramli tidak berpuas hati kerana berita-berita dalam Wasilah dipenuhi dengan propaganda politik yang melampaui sempadan (sepertimana yang digariskan oleh KDN), sedangkan pemilik asal permit itu adalah namanya.

Selepas itu Ramli menulis kritikan-kritikannya kepada Husam menggunakan blog yang bernama melikapakjangak.blogspot.com. Antara pendedahan Ramli (melikapakjangak) adalah dia tidak berpuas hati dengan layanan double standard Husam dengan membuat bayaran memilih bulu.
Kata Ramli, permit miliknya Wasilah hanya dibayar RM1000 sebulan sedangkan permit Siasah (milik kawannya Mohd Sayuti Omar dibayar RM 6000 sebulan).

Reply 3.

Mohd Faisal, on December 14th, 2009 at 10:16 am Said:
Percaturan Kroni Husam Musa. Berikut adalah nama-nama kroni tersebut:

Kroni No 1. – Mohd Fazli Ab. Samat

Mohd Fazli Ab Samat pernah dicaturkan Husam sebagai Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK). Walhal penama ini mempunyai rekod buruk dan terlibat dengan korupsi.

Dia didakwa menyalahgunakan wang syarikat untuk Projek Kambing Jamnapari. Sekarang dia telah dipecat daripada menjawat jawatan Pengarah Urusan KPK.


Kroni No 2. – Mohd Fauzi Abdullah

Mohd Fauzi Abdullah dilantik sebagai Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hingga sekarang walaupun tidak disukai oleh pekerja bawahan. Beliau secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang dan membaiki paip secara percuma di rumahnya sendiri di Taman Sari, Kota Bahru pada tahun 2005 sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu.

Beliau juga secara tidak sah mengarahkan pengurus projek syarikat yang diberikan kontrak memasang paip retikulasi oleh AKSB, memberikannya sebuah telefon bimbit berjenama Nokia berharga kira-kira RM2,00 kepadanya pada tahun 2006 sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu.


Beliau sekali lagi secara tidak sah telah membuat satu tuntutan ke atas satu hadiah peribadi yang diberikannya kepada Pengarah Kastam Negeri Kelantan berharga kira-kira RM200 sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu. Rekod tuntutan ini boleh dilihat dalam akaun AKSB.

Penyalah gunaan Fauzi yang seterusnya adalah apabila beliau secara tidak sah mengarahkan AKSB memberikan sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Persatuan Murid Tua Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCOBA) bagi tujuan membeli permaidani sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu kerana permintaan MCOBA adalah dibuat atas sifat peribadinya sebagai ahli MCOBA dan bukan sebagai Pengarah Urusan AKSB. Rekod tuntutan ini boleh dilihat dalam akaun AKSB (pembayaran dibuat oleh AKSB pada 10 Mac 2005)

Beliau secara tidak sah mengarahkan AKSB memberikan sumbangan kepada Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Sedangkan beliau tidak berhak ke atas kemudahan itu kerana permintaan sekolah dibuat atas sifat peribadinya sebagai bapa kepada seorang pelajar di situ dan bukan sebagai bapa kepada seorang pelajar di situ dan bukan sebagai Pengarah Urusan AKSB!

Pembayaran dibuat oleh AKSB sebanyak RM200 pada 26 mac 2003, RM500 pada 15 April 2003, RM1,000 pada 17 April 2003, RM600 pada 6 Februari 2005 dan RM350 pada 25 mei 2005 dan yang terakhir pada 10 Mac 2005.

Beliau secara tidak sah mengarahkan kakitangan AKSB memasang dan membaiki paip air secara percuma di rumah emak Ahli Dewan Undangan Negeri Kijang, YB Datuk Husam Musa di kampung Kota, Kota Bharu pada 24 Mei 2007 dan di rumah ayah ADUN Kemahang, YB Mejar Anizam Abdul Rahman di kampung Salor, Pasir Mas pada tahun 2005 sedangkan mereka tidak berhak ke atas kemudahan itu.

Kedua-dua kroni Husam itu telah disiasat oleh BPR.

Reply 4.

Mohd Faisal, on December 14th, 2009 at 10:19 am Said:

Kroni No 3. – Anual Bakri Haron

Anual Bakri Haron merupakan kawan Husam ketika di Universiti Malaya (UM). Anual Bakri telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar untuk menggantikan jawatan asal Husam sebagai ‘penjaga pintu pejabat Tok guru’

Anual Bakri juga pernah ditampar oleh cikgu Kadir @ Hamid Musa (Pegawai Pejabat Pelajaran Negeri) di Kg Bunut payong kerana menuduh cikgu itu sebagai kafir dan perlu mengucap semula sebab masuk UMNO.

Menurut Nik Abduh(anak Nik Aziz), Anual Bakri memberi nasihat salah kepada Nik Aziz dengan melaga-lagakan Nik Aziz dan Haji Hadi (Presiden PAS)

Kroni No 4. – Saifuddin Nasution Ismail

Saifuddin Nasution diambil semula oleh Anwar menjadi Pengarah Strategik PKR dan sekarang ini menjadi Pengarah Pilihanraya PKR. Saifuddin adalah anak buah Husam.

Pada tahun 2005-2007, Saifuddin telah dilantik menjadi Pengarah Urusan Yayasan Tabung Tok Kenali. Husam telah membayar Saifuddin sebanyak RM8,000 sebulan menggunakan duit PMBK.

Tabung Tok Kenali digunakan sebagai platform untuk memperkasakan parti selepas PAS menang dengan majoriti tipis di Kelantan (hanya majoriti satu kerusi).

Saifuddin pula menjadi ‘orang perantaraan’ antara Husam dengan Anwar ibrahim. Dari peranan Saifuddin selama tiga tahun di Kelantanm di bawah naungan Husam maka muncullah kumpulan Erdogan yang sangat dikenali hari ini.

Kroni No 5. – Syed Azidi Syed Abdul Aziz Al-Bukhary

Syed Azidi Syed Abd Aziz (Sheikh Kickdefella) adalah bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan Sri Hartamas yang pro-Anwar. Husam berminat dengan Sheikh Kickdefella, walaupun wataknya dan kehidupannya tidak sesuai dengan PAS.

Kickdefella sendiri mengakui dalam blognya bahawa kehidupannya bebas bergaul dengan artis dan terlibat dengan minuman keras, namun Husam berfikir sebaliknya, ‘latar belakang seperti itu’ adalah aset kepada PAS.

Husam telah membeli Sheikh Kickdefella dengan harga RM6,000 sebulan menggunakan wang PMBK dan ditugaskan menggunakan media internet untuk menyerang musuh PAS dan musuh-musuh Husam.

Kroni No 6. – Zulkifli Sulong

Zulkifli Sulong adalah bekas Ketua Pengarang Harakah yang tidak disambung kontraknya kerana menggunakan pengaruhnya dan menjadikan berita-berita Anwar sebagai berita muka depan Harakah.

Sekarang Zulkifli menjadi Ketua Editor Siasah, media alternatif PAS. Kini Siasah merupakan salah satu media tabloid alternatif yang berpengaruh di negara ini.

Walaupun pada asalnya milik Mohd Sayuti Omar, tetapi pemain disebalik tabir Siasah adalah kroni Husam iaitu Zulkifli Sulong.

Begitulah Husam yang terlampau. Kami berharap maklumat ini dapat diwar-warkan supaya rakyat tidak tertipu untuk menganggap ia seorang pemimpin yang hebat.

Apa komen puan yang duduk sekelambu ???????

Reply

serisuri, on December 14th, 2009 at 4:10 pm Said:
jika ada teguran daripada pengunjung blog ini untuk saya menarik balik ‘copy & paste’ ini, insyaAllah saya akan lakukannya.

saya cuba bersikap adil…
hanya komen-komen yang bersifat pondan sahaja tidak mendapat tempat di dalam blog saya,

tq


Demikianlah petikan daripada blog anak Menteri Besar Kelantan sendiri. Anda boleh membaca dan menilainya....

Saya akan menyambung lagi bagi menjawab tuduhan-tuduhan pihak PAS terhadap UMNO...tunggu!- Mengapa Begini ?

No comments:

Post a Comment