Wednesday, January 13, 2010

JAHATNYA MEREKA...

KERJA UTAMA PENYOKONG DAN PEMIMPIN PAS DAN PKR ADALAH MEMBANTU DAN MENOLONG MEMGEMOKKAN SYAITAN

Bermacam2 usaha untuk memadamkan kebenaran dan ianya semakin giat dijalankan oleh para penyokong parti pembangkang untuk menutup kelemahan parti atau pemimpin mereka. Melalui ruangan shoutbox dan komen di blog, tomohan dengan cara penulisan yang kurang ajar dan biadap yang telalu jauh tersimpang dengan kebenaran. Mereka bersembunyi dibalik nama kebenaran tersebut untuk melancarkan serangan bertali-arus terhadap blog-blog yang pro kerajaan. Blog Pakmie.blogspot.com juga tidak ketinggalan daripada diserang dengan kata2 kesat yang iblis dan syaitan agongkan.

Kadang2 serangan ini tidak menampilkan keberanian, berselindung disebalik nama samaran yang tidak berindentiti dan juga yang menyamar diri orang lain. Sukar untok kita fahami maksudnya yang sebenar tujuan apa mereka2 itu bertindak sedemikian. Pihak yang tidak bertanggungjawab yang penuh dengan kejelekan dan tidak bermaruah ini sudah tentu boleh memporak-perandakan persahabatan serta hubungan ukhwah sesama manusia. Modus operandinya adalah sangat mudah - mahu mengapi2kan dan tuduh menuduh dan bergaduh antara satu sama lain. Pakmie yakin dan percaya ini merupakan satu perancangan yang terperinci bagi menyerang blogger yang pro-kerajaan. Kepada mereka- mengapa kita harus menggunakan cara kotor dan jijik ini, jika kita yakin berada di pihak yang benar? Mengapa kita masih tidak matang pemikiran dengan mengkianati orang lain? Bukankah lebih baik kita berhujah dan berdialog dengan cara intelektual daripada kutuk mengutuk tidak berasas yang lebih kepada keperibadian dan emosi jahat diri kita sendiri.

Kerja jahat seperti ini biasanya dilakukan oleh golongan yang berada dalam keadaan terdesak. Tetapi percayalah, kebenaran tidak akan mungkin mampu disembunyikan dari penulisan dan ulasan yang jujur. Sepatutnya dalam situasi negara kita yang sentiasa berdepan dengan masalah seperti hari ini kita seharusnya sama2 memperjelaskan isu2 dengan hati yang iklas dan fikiran yang terbuka dengan perkara2 yang benar. Blog2 yang menyokong kerajaan digodam oleh para hackes, tidak ketinggalan juga blog para sahabat BPN termasuk Yang di Pertua Palimaperang Cyber, analisisringan juga blog saudara Azli Shukri. Walau terperinci dan sebegitu halus usaha jahat yang dilakukan namun Allah SWT juga maha mengetahui! akhirnya, hasil pada hari ini berkat kesabaran dan keiklasan dalam usaha memperjelaskan kebenaran para penyokong dan pemimpin pembangkang seakan cacing kepanasan. Pakatan pembangkang sekarang boleh diumpamakan seperti ketulan ais berada di Padang Pasir, ketulannya semakin cair dan seterusnya menjadi air yang akhirnya akan kering dengan sendirinya dek kepanasan matahari yang terik itu.

No comments:

Post a Comment