Monday, February 8, 2010

BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA...?

Tahun 1990, 20 puloh tahun berlalu wanita tidak dibenarkan sertai tilawah kerana suaranya aurat. Pada hari ini dibenarkan pula wanita menyertai tilawah al-quraan di Kelantan atas alasan untok mempertingkatkan mutu bacaan di samping melahirkan lebih ramai golongan pelapis wanita dalam dibidang tersebut. Kenyataan tersebut selang beberapa hari lepas Nik Aziz menyarankan cadangan supaya Umno-Pas duduk semeja membincangkan hal2 agama islam dan kenyataannya disokong oleh Haji Hadi.

Berkat doa2 orang2 islam di negara ini membuatkan Nik Aziz terbuka hati untok menarik kenyataannya. Andainya tilawah tersebut tidak dihalang 20tahun dulu dan andaikan kata kenyataan mengajak Umno duduk semeja tersebut dicetuskan 20tahun dahulu sudah tentu pembawakan islam pas bersama Nik Aziz tidak seperti hari ini dan sudah tentunya umat islam di dinegara ini lebih bersatu dan sudah tentu menjadi kuat tidak seperti pada hari ini.

Apabila islam kuat, pas tidak payah lagi bergelombang dengan DAP yang terangan tidak mahu kepada islam di negara ini. Nik Aziz tidak akan menggeluarkan kata2 kesat terhadap sesama islam dalam Umno. Nik Aziz tidak semudah hari ini melabelkan mufti2 dan alim ulamak dalam kerajaan atau yang tidak menyokong parti pas sebagai Ulamak upahan Umno. Nik Aziz mungkin tidak sampai hati mendoakan kepada kepimpinan DS Najib sampai pecah perut. Nik Aziz bersama pemimpin pas yang lain mungkin bersyukur diatas insentif dan kerja kuat Umno kerajaan dapat membayar gaji dan elaun kepada wakil rakyat mereka yang sudah sekian lama. Orang2 bukan islam juga sudah tentu tidak berani mempermainkan islam dan kalimah Allah.

Mungkin juga kalau Nik Aziz menjaga menggeluarkan kenyataan yang bukan2 yang boleh memecahbelahkan sesama islam, kumpulan mereka dapat menyekat tindakan Karpal dan DAP menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat sekaligus mendesak Tun Mahadhir supaya memecat Anwar sebagai TPM diwaktu itu. Tapi sayang sekali pas bersama DAP di waktu itu menjelajah seluruh negara membuka aib Anwar. Karpal mengepalai DAP dan Mohd Sabu mengepalai Pas , sehingga nama Anwar al-juburi panggilan Mohd Sabu terhadap Anwar kekal sehingga hari ini.

Itu kesah dan peristiwa kesilapan pas dan Nik Aziz 20tahun dahulu. Pada hari ini Nik Aziz sudah menarik balik beberapa kenyataannya. Tetapi yang menjadi tanda tanya iklaskah kenyataan Nik Aziz tersebut? atau disebabkan beliau tertekan inginkan kepada sesuatu?? kalau kita tengok gaya dan lenggok bahasa yang lepas2 sukar untok kita mempercayainya, sering berubah2 dan suka pula menyalahkan pihak lain. Andainya itu berlaku amat bertambah lagilah malangnya nasib masa depan kita orang islam di negara ini. Kalau hari ini seorang sahaja pemimpin dituduh peliwat, apakata 20tahun lagi kes seumpama ini? Kerana kita terlalu asyik bermain politik kita tidak sedar apa yang berlaku sampai kek pun boleh kita beli beribu2...kononnya kitalah yang bijak, kitalah yang kuat pengaroh, kita yang cerdik,kitalah yang banyak ilmu,kitalah yang kuat agama, kitalah yang betul dan benar dan orang lain semua islam plastik. Akhirnya kita jadi megah dan sombong dan tidak peduli lagi kepada orang...kuasa dan duit segala2nya kita orang hebat! syaitan pun boleh jadi kawan, Tuhan pun mencarut dan sampai syurga neraka pun kita boleh tentukan...lelaki perempuan sama sahaja.

Kalau Nik Aziz sanggup menarik kenyataannya, kenapa pula DAP tidak boleh menarik kenyataan yang tidak mahu kepada islam? Nik Aziz dan Karpal kan merupakan sekutu dan sahabat baik dalam gabungan pakatan?. Anwar boleh menyatukan Pas dan DAP dalam pakatan, sudah tentu Anwar boleh menolong memujuk DAP supaya menerima dasar2 islam pas tersebut. Barulah boleh Nik Aziz mendabik dada berjuang untok islam seperti yang Umno lakukan dalam BN..Dahlah .kita tidak boleh buat, kita kata pula Umno tidak ikut islam hehe ...Nik Aziz dan Anwar dalam pakatan hanya mengejar kuasa...Nik Aziz dan Anwar takut kepada DAP. Jika berterusan begini bersama DAP mereka merupakan pengkianat kepada islam dan melayu di negara ini, dan segala kenyataan yang di keluarkan oleh kedua2 pemimpin tersebut kita tidak boleh percayai lagi.Kenyataannya lebih kepada kepentingan politik gila kepada kuasa mengguna agama dan bangsanya sendiri.

No comments:

Post a Comment