Siapa tipu siapa?
Motif sebenar Anwar kaitkan kesnya dengan persalahkan Umno dan kerajaan sebenarnya orang sudah tahu dan dapat mengagak. Kalau tidak cuba mengalih pandangan rakyat apa lagi tujuan Anwar berbuat demikian. Anwar tidak sepatutnya meletakan kesalahannya kepada pihak lain. Lepas satu perkara satu perkara sengaja dibangkitkan. Sebenarnya rakyat mahu mendengar keputusan mahkamah yang adil bukannya dengan cara mainan karenah Anwar. Dibelakang Anwar selain dari terdapat peguam2 yang hebat yang di ketuai oleh Karpal dan barisan MB dan para exco pakatan pembangkang beliau juga dikelilingi oleh penyokong buta tuli yang sengaja mahu menimbulkan huru hara. Selain dari ketidakadilan di pihak Saiful situasi begini juga merugikan masa dan membazir wang kerajaan.
Kalau kes liwat 1 pada tahun 1998 Anwar kaitkan kesnya dengan Tun Mahadhir dimasa itu Anwar berjawatan TPM. Dalam kes liwat kali kedua ini Anwar hanya penasihat kepada PKR sahaja. Buat apa Umno dan kerajaan mahu menjatuhkan kerier politik Anwar dengan cara tuduhan yang sama? kalaulah Umno dan kerajaan itu jahat kenapa tidak sahaja lemparkan tuduhan seumpamaan itu kepada Haji Hadi atau Nik Aziz? rasanya dari segi politik mereka berdua itu lebih berpengaruh daripada Anwar. Kalau nak difikirkan dari segi logik Muhyiddin sebagai TPM dan pemimpin kanan Umno dan kerajaan yang lain lebih berbaloi jika DS Najib mahu lakukan. Saiful meruapakan pegawai khas kepada Anwar sendiri, Anwar terkenal seorang yang pintar dan cerdik tak kan tidak dapat kesan dari mana2 sumber pembelokan Saiful tersebut, lagi pun kemana Anwar pergi Anwar tidak ketinggalan membawa Saiful bersama.
Sepatutnya Anwar butikan dengan sebaik yang mungkin beliau tidak bersalah bukan dengan cara menangguhkan pembicaraan. Siapa yang bersalah biarlah mahkamah yang putuskan, yang penting sama2 buktikan bahawa kita tidak bersalah. Berdepanlah dengan kejantanan kalau kita buat beranilah tanggong bukannya dengan cara lari dari pembicaraan. Kalau bersumpah kita kita tidak mahu, bicara pun kita tidak mahu apa sebenarnya yang kita mahu? sudah lebih 15kali penangguhan pembicaraan yang memihak kepada kita. Apa lagi yang kita tidak puas hati? Dimana keadilan sebenar di pihak Saiful?
Saiful sebagai saksi pertama pendakwaan yang juga pengadu dalam kes itu, setakat hari ini telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama.
Terdapat mesej ancaman bunuh terhadap Saiful di laman peminat facebook Anwar Ibrahim. Manakala bapa Saiful sendiri telah menerima berbagai mesej berupa ancaman di sekitar rumah pula terdapat tanda2 yang mencurigakan. Ini merupakan suatu ancaman yang serius kepada keluarga dan diri Saiful.
Saiful sebagai saksi pertama pendakwaan yang juga pengadu dalam kes itu, setakat hari ini telah selesai memberi keterangan pada peringkat pemeriksaan utama.
Terdapat mesej ancaman bunuh terhadap Saiful di laman peminat facebook Anwar Ibrahim. Manakala bapa Saiful sendiri telah menerima berbagai mesej berupa ancaman di sekitar rumah pula terdapat tanda2 yang mencurigakan. Ini merupakan suatu ancaman yang serius kepada keluarga dan diri Saiful.
Salam bro,
ReplyDeleteMohd Saiful ternyata lebih berani daripada Anwar Ibrahim dan Karpal Singh...
Saiful hanya berbekalkan keyakinan diri untuk menegakkan keadilan tetapi kedua-dua mereka iaitu Anwar dan Karpal memiliki bergelung-gelung kelayakkan namun terus menjadi pengecut..takut berdepan dengan kebenaran..