Friday, February 12, 2010

UMNO : RUMAH BESAR YANG TIADA PENGHUNI...

BEBASKAN JEFFRYDAMIEN...

Sekali keluar isu panas oleh pembangkang maka bercakaplah pemimpin atau menteri yang berkaitan. Jika kerajaan masih bersikap sedemikian maka rakyat yang menyokong kerajaan terus tertekan. Sejauhmanakah rakyat sanggup mempertahankan kerajaan jika ianya terus ditekan sedangkan usaha dipihak kerajaan sendiri bertindak acuh tidak acuh. Rakyat sudah juak dan muak dengan kerenah pemimpin pembangkang. Sebaliknya jika rakyat bertindak sesuatu pihak kerajaan pula buat2 tidak faham dan mengambil tindakan sesuatu pula terhadapnya. Adakah pihak kerajaan masih belum sampai waktunya untok bertindak tegas atau menunggu keadaan negara huru hara dahulu baru bertindak? kita pun masih samar-samar...

Apa sudah jadi dengan intitusi raja? apa sudah jadi dengan islam? orang2 melayu sendiri di tekan seolah2 kaum melayu adalah golongan pendatang. Sistem kehakiman dan undang2 negara dicabul, pasukan keselamatan dan SPRM diperlekehkan. Kerajaan sebenarnya terlalu bertolak ansur dan ruang kelemahan ini digunakan oleh pembangkang.Kita jangan menunggu badan2 atau NGO dan orang perseorangan tanpil kehadapan bertindak diluar kawalan. Sepatutnya Umno dan Kerajaan perlu bertindak cepat jangan bagi rakyat samakan Umno dan kerajaan seperti rumah besar yang tiada penghuni yang menjadi tempat pembiakan hantu jembalang! yang akhirnya akan mengusik tuannya sendiri...

Sekarang masa yang paling sesuai untok Umno dan Kerjaaan bersatu. Pakatan Pembangkang diambang perpecahan, tuduh menuduh di antara pemimpin mereka. Hari ini pula ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim meletakkan semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengumumkan untuk keluar parti itu serta-merta. Dahulu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Fairus Khairuddin ditendang keluar oleh Guan Eng kerana melihat Fairus sebagai halangan kepada usahanya untuk menterjemahkan agenda DAP di negeri berkenaan. Kalau sebelum daripada ini kita di gemparkan oleh dua ADUN PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (DUN Behrang) dan Osman Jailu (DUN Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan PKR kerana sudah tidak boleh berkompromi lagi dengan DAP yang banyak membuat keputusan dan tindakan yang merugikan Melayu/Islam di Perak.Hee Yit Foong juga turut meninggalkan pakatan pembangkang kerana tidak berpuashati dengan kepimpinan DAP. Semua tindakan tesebut tiada kaitan dengan Umno Walaupun begitu UMNO/BN tetap dan turut dilabelkan sebagai perampas kuasa di Perak.

Pakatan pembangkang begitu tertekan berdasarkan perubahan sikap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz dan Presidennya, Abdul Hadi Awang,Perubahan sikap secara tiba2 Nik Aziz yang jelas menunjukkan selama ini amat keras terhadap UMNO mulai berubah. Proses perbicaraan kes liwat ketua pembangkang mereka Anwar Ibrahim telah bermula dan sudah tentu memberi impak yang negetif kepada ketua pembangkang tersebut.

Kami tetap bersama semangat setiakawan...bebaskan Jeffrydamien...

1 comment:

  1. ya teman setuju.BEBASKAN SDRA JEFRYDAMIEN.Pencacai PR lebih teruk sifat dan sikap mereka memprovokasi BN.

    ReplyDelete