Pasangan sehati berdansa terus mengamatkan politik tanah air. Anwar-Nik Aziz satu pasangan sehati berdansa masing2 mempunyai gaya tersendiri untok menarik perhatian rakyat di negara ini. Namun kepercayaan rakyat terhadap parti PKR semasa PRU 12 yang lepas terus merudum kesan daripada penghijrahan wakil2 rakyat mereka keluar dari parti tersebut. Kesan buruknya bukan setakat parti itu sahaja bahkan keatas PAS dan DAP yang menjadi rakannya dalam pakatan pembangkang.
Nik Aziz walaupun dalam kesihatan yang tidak baik dan berada dalam hospital masih lagi sempat memutar piring hitamnya memberi perumpamaan "buaya disebalik batu" terhadap ketiga2 wakil rakyat PKR yang keluar dari parti tersebut. Kenapa diberi istilah pengkianat kepada pengundi/rakyat oleh Nik Aziz terhadap ketiga2 wakil rakyat tersebut, kita pun kurang jelas sebenarnya. Plan Anwar 16 Sep yang lepas Nik Aziz memutar piring hitamnya dengan mengalu2 sambutan kedatangan 30 MP BN dengan tangan terbuka. Sikap dauble standad Nik Aziz jelas dalam soal lompat melompat ini. Jika lompat dari BN ke Pakatan pembangkang dibolehkan dan disambut dengan pahla berganda2 oleh Nik Aziz, sebaliknya jika lompatan tersebut dari kalangan pembangkang diistilah penjahat dan mengkianati amanah rakyat. Nik Aziz tidak dapat membezakan dimana istilah perjuangan dan tanggungjawab sebenar. Nik Aziz tidak dapat menerima andai kata keluarnya wakil2 rakyat PKR tersebut atas kehendak rakyat dan pengundi dikawasannya sendiri. Nik Aziz masih lagi syok dengan piring hitam lamanya walaupun sekarang sudah ada sistem cakera padat yang lebih canggih.
Gaya dan bahasa Nik Aziz dalam politik hanya boleh menyenangkan penyokong2nya sahaja. Sikap keangkuhan dan terlalu emosinal yang beliau tonjolkan sebenarnya tidak melambangkan beliau seorang Tok Guru. Nik Aziz terlalu cepat menyokong jika dari kawan2 sealiran sebaliknya Nik Aziz menghentam habis-habisan jika kenyataan dari pihak lain yang tidak sealiran politik. Nik Aziz juga rela menjadi benteng kepada Anwar dalam tuduhan liwatnya dengan Saiful. Lain pula sikap menteri besar tersebut terhadap KDYMM Al-Sultan Kelantan. Semasa baginda berada lebih 7 bulan di Singapore untok pemeriksaan perubatan Nik Aziz tidak pernah hadir walaupun dititah 2 kali oleh baginda Sultan. Sikap dan kelakuan ini rata2 menyebabkan rakyat kelantan tidak senang lagi dengan Nik Aziz selaku MB. Nik Aziz sebenarnya yang mengkianati amanah rakyat bukannya tiga wakil rakyat PKR yang beliau lontarkan itu. Sultan adalah payung dan ketua agama, islam juga menyuruh kita menziarahi orang2 sakit bukan sahaja untok keinsafan diri Allah SWT juga menyediakan pahla yang berlipat ganda. Sultan keluar hospital Nik Aziz pula masok hospital...
Seperti yang dijangka petang tadi Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR bertindak memecat Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin sebagai ahli parti.Keputusan itu dicapai sebulat suara.Beliau juga didesak agar mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya.Zulkifli merupakan seorang salah seorang wakil rakyat yang berjuang menegakkan kebenaran islam dalam pakatan pembangkang,tetapi dianggap pengkianat oleh pemimpin islam sendiri. Beginilah nasib kita orang islam kalau ada dikalangan islam sendiri meletakkan pangkat dan kuasa dihadapan didunia ini. Maruah islam dicalar orang bukan islam golongan islam sendiri juga yang menyokong. Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sepanjang pemerintahan UmnoBN, beginilah nasib kita orang islam kalau kita berajakan kapir DAP. Zaid Ibrahim pula menyalahkan Umno dalam angkara lompat parti, tetapi bagaimana pula kenyataan Zaid terhadap pemecatan Zulkifli Nordin sama2lah kita tunggu. Satu lagi bagimana pula bunyi nyayian piring hitam Nik Aziz dalam kes Zulkifli Nordin.Kalau kes tiga wakil rakyat yang lompat tersebut diberi perumpamaan oleh Nik Aziz sebagai buaya disebalik batu, sudah tentu kes Zulkifli tersebut berbeza.
Pemimpin pas menuduh jahat Umno, bermula dari pemimpin tertinggi pas sampailah ke ahli pas berebut-berebut mereka mengambil berkat menabur fitnah. Sepatutnya kalau kita rasa kita elok kita terimalah hakikatnya dan cuba cari sebab2nya. Kalau demi kebenaran mereka mahu tegakkan sepatutnya kita juga patut mengikut jejak langkahnya. Pemimpin pas sebenarnya sudah tahu perkara sebenar kenapa pemimpin tersebut meninggalkan PKR, pemimpin tersebut lebih menggenali Anwar secara dekat berbanding dengan pemimpin pas tersebut. Anwar kehilangan wakil rakyat mereka lepas satu persatu, manakala Nik Aziz dan Zaid Ibrahim pula sibuk menabur fitnah terhadap Umno. Ternyata pemimpin2 seperti ini sanggup lakukan apa sahaja asalkan hajat mereka tercapai, dosa2 belakang kira...lagipun biarlah Anwar sendiri selesaikan masalah dalaman parti mereka. Andainya yang lompat itu pemimpin pas, sudah tentu isteri2 pemimpin tersebut menjadi janda dan terpaksa cina buta kesan dari sumpah bai'ah pemimpin tersebut. Banyak kerja lagilah nampaknya Nik Aziz...
Ai ingat bila Tok Serban dah masuk hospital mulut tu senyap sekejab tapi tidak boleh juga.
ReplyDeleteKalau dak kaki bercakap nak juga bagi komen.
Aduhai Tok Serban selesaikanlah dahulu masalah dengan Sultan Kelantan lepas tu barulah bagi komen pasal buaya ke,kerbau ke atau unta padang pasir.
Semua rakyat gembira kalau Tok Serban cepat sembuh dan pergi mengadap Al Sultan kelantan yang mana Tok Serban sanggup menderhaka.
Pandai2lah jawab takut nanti masuk hospital sekali lagi .