Monday, March 1, 2010

DAP DIJANGKA AKAN JADI KETUA PEMBANGKANG MENGGANTI ANWAR


DIJANGKA RAMAI LAGI MP PKR AKAN KELUAR PARTI DALAM MASA TERDEKAT INI...

Bekas Setiausaha PKR Datuk Sallehuddin Hashim hari ini mengesahkan beliau sudah rasmi keluar PKR. Sewaktu letak jawatan Januari lalu beliau memberitahu masih kekal ahli PKR. Sementara itu Ahli Parlimen PKR kawasan Nibong Tebal Tan Tee Beng umum keluar PKR pagi ini. Katanya beliau akan jadi Ahli Parlimen Bebas serta merta. Pada 24 Februari baru ini Tee Beng mengadap Jawatankuasa Disiplin PKR selama dua jam kerana mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussein Ali. Katanya beliau ambil keputusan keluar PKR kerana sangat kecewa dengan kepimpinan parti. Beliau mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menyelesaikan isu dalaman parti dan lebih obses untuk menawan Putrajaya.
Dalam pilihan raya Mac 2008, Tee Beng menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Zainal Abidin Osman yang juga penyandang kerusi parlimen Nibong Tebal dengan majoriti 3,087 undi. Berikutan ini PKR kini tinggal 29 Ahli Parlimen.DAP pula ada 28 dan PAS 23. BN ada 137. Sallehuddin hadir sama dalam sidang akhbar Tee Beng umum keluar parti. Menjawab soalan wartawan Sallehuddin menjangka lebih 10 Ahli Parlimen PKR lagi akan bertindak keluar parti. Beliau juga menjangka Anwar akan berusaha sedaya upaya memujuk mereka agar jangan keluar. Katanya antara lain sebabnya ialah mereka kecewa dengan sikap pimpinan parti mengejek macam budak-budak mereka yang kritik dan keluar parti. Sebelum ini Sallehuddin hadir sama semasa sidang akhbar Ahli Parlimen PKR Bayan Baru umum keluar parti pada 12 Februari. Beliau mendakwa kini PKR lebih mengutamakan orang baru dan mengenepikan orang lama. Salehuddin bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang dibelakang tindakan keluar parti Tee Beng dan Zahrain. Katanya kedatangannya hari ini adalah atas jemputan Tee Beng. Semalam bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Fairus Khairuddin umum keluar PKR untuk masuk UMNO. - 1/3/2010

1 comment:

  1. Salam bro, itulah impian yg ditunggu-tunggu DAP selama ini, mungkin peringkat awal ini DAP malu-malu nak ambik alih, tunggulah masanya, semua akan dikuasainya......

    DAP anak didik PAP, lebih kurang juga dengan perangai mereka, macam di Singapura juga, mula-mula letak orang Melayu jadi Presiden untuk memikat hati orang-orang Melayu, lepas itu, bila pengaruh Melayu sudah lemah, sampai sekarang tidak ada muka Melayu jadi Presiden Singapura, adalah 1-2 ekor Menteri Kabinet Melayu yg du kudanya....

    ReplyDelete