Dengar cerita terbaru semakin ramai pemimpin PAS bukan sahaja pening tetapi sudah sakit kepala memikirkan beberapa isu yang dikaitkan dengan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Sebelum ini, isu menantunya Ariffahmi Abdul Rahman yang berakhir gugur jawatan sebagai Ketua Pegawai Ekskutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), isu Bazar Tok Guru dan tapak tanah Rumah Kelantan di ibu negara.
Ketika isu Ariffahmi, beberapa pemimpin diketuai Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa merayu Menteri Besar Kelantan itu bertindak terhadap menantunya itu.
Khabarnya, pemimpin-pemimpin PAS sudah penat ‘bersilat’ mempertahankan Tok Guru Nik Aziz dalam banyak isu kerana bisa mulutnya yang main hentam cakap sahaja jika komen fasal sesuatu itu termasuk banyak yang nampak menghalalkan perjuangan PKR dan DAP.
Ada antara mereka anggap Nik Aziz pakai dua kitab.Untuk hukum kerajaan BN dan UMNO kitab lain, untuk PAS kitab lain.Maksudnya, apa UMNO buat salah tetapi PAS sebaliknya.
Apa yang jadi masalah, ada pemimpin ‘sudah penat’ terpaksa mempertahankan Nik Aziz apabila beliau buat silap atau salah.Malah tidak mustahil tindakan seperti itu hanya merosakkan imej PAS dan silap-silap boleh jadi ‘kerana nila setitik, habis susu sebelanga’.Inilah yang mula dibimbangi pemimpin-pemimpin PAS.
Terbaharu, pendedahan Syed Azidi Syed Aziz @ Kickdefella dalam blognya mengenai kredibiliti Menteri Besar Kelantan itu dalam isu pemberian kompatmen balak kepada pihak tertentu terus menyakitkan kepala pemimpin-pemimpin PAS.
Syed Azizi bekas pegawai PMBK mendakwa anak kepada Razak Abas bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan mendapat limpahan nikmat balak daripada kerajaan Kelantan pimpinan PAS.
Beliau menyenaraikan nama 11 syarikat sebagai senarai pendek daripada ribuan syarikat yang mengejar habuan dari Kerajaan Negeri Kelantan dan ia disenaraikan di sini tanpa prejudis dan sekadar bagi memudahkan kita memahaminya.
Senarai itu memapar pembabitan anak Razak dikenali Roshaimi yang keluar masuk syarikat berkenaan bermula tahun 2000 hingga 2007.
Kickdefella turut mempertikaikan mengapa di bawah Nik Aziz, hasil kekayaan negeri hanya dibahagikan kepada beberapa kerat orang yang sudah kaya atau yang sudah dikayakan oleh Nik Aziz.
Beliau mempersoalkan mengapa kekayaan itu tidak dibahagikan sama rata dan diutamakan mereka yang belum mendapat peluang.
Dengar khabarnya, usaha wartawan di Kota Bharu mendapatkan komen daripada Nik Aziz pada Rabu mengenai dakwaan Syed Azidi tidak berhasil kerana Menteri Besar itu dikatakan enggan berjumpa wartawan.
Bagaimanapun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang ditemui Agendadaily di Parlimen mengulas juga dakwaan Kickdefella itu apabila didesak.
“Saya berpegang kepada kata-kata Tok Guru (Nik Aziz). Sesiapapun sama ada dirinya sendiri, exconya atau kakitangan bawahan sekiranya melakukan perkara boleh dianggap kesalahan, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah) boleh masuk bila-bila masa,”
“Tok Guru dah sebut rumah saya dan pejabat saya dibuka 25 jam sehari. Saya mendukung pandangan Tok Guru. Dalam hal ini, sesiapapun kalau SPRM mahu bertindak itu hak SPRM,” katanya.
Salahuddin menegaskan, prinsip parti PAS adalah tidak menghalang apa-apa siasatan atau perkara membabitkan SPRM.
“Sama ada mereka didakwa atau tidak, itu prinsip asas dalam struktur siasatan. Parti sentiasa menegakkan integriti sebaik mungkin sebagai memelihara imej apatah lagi dalam Pakatan Rakyat itu yang kita perjuangkan,” ujarnya.
Ditanya sama ada perlu mana-mana pihak membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan Syed Azidi, beliau menjelaskan sekiranya SPRM anggap dakwaan itu ada kes, terpulang untuk menyiasat atau sesiapa untuk buat laporan.“Kalau ada kes sila SPRM siasat,” tegasnya.
Menurut Salahuddin, parti tidak akan respons terhadap tulisan semata-mata kecuali ada aduan atau siasatan.Persoalannya di sini, adakah Nik Aziz mahu terus menyepi atau kena tunggu pemimpin PAS datang merayunya lagi menerima pandangan parti?
PAS bukan sahaja lupa datatan tapi lupa pada asas perjuangan hendak menegakan Negara Islam dan Hukum Allah (HUDUD)Selama ini Pas memainkan isu Agama untuk menipu org melayu demi kepentingan politik sempit semata-mata Pas membuat umat islam berpecah dan org melayu dah tak boleh bezakan diantara hukum ALLAH atau Kepentingan politik kerana PAS mengunakan pendekatan ulamak untuk mencari sokongan dan pas mengeluarkan bermacam fatua yg boleh mengelirukan umat islam.Kalau sesatu isu itu menguntungkan pas maka hukum halal kalau isu itu merugikan pas hukum nya haram.Jadi sama sama kita fikir demi agama bangsa dan Tanah Air.
ReplyDeleteBukan pening dah nak termuntah pun cuma tinggal bertahan kat anak tekak aje lagi.
ReplyDeleteJika mahu dihitung tak terhitung rasanya karenah Nik Aziz yang banyak merapu.
Tapi paling aku kelakar bab pergi sembahyang jumaat sama mcm "demontrasi".
Cakap main sedap mulut tapi menampakkan kebodohan diri sendiri.