HASIL KEJAYAAN GADINGAN NIK AZIZ DAN ANWAR...
Walau pun Nik Aziz dan Anwar tidak berjaya merialisasikan janji2nya kepada rakyat semasa pilihan raya Umum lepas, tetapi Nik Aziz berjaya menghasilkan ulama2 mee celup dalam parti pas. Manakala Anwar pula menempah kejayaan besar dalam PKR kerana berjaya menghasilkan firaun2 kecil dalam parti tersebut . Selepas PRU12 dan sehingga hari ini sudah genap 2tahun pakatan pembangkang mentadbir lima negeri yang dimenanginya itu. Dua tahun Pembangkang memerintah, bukan setakat gagal menunai tanggongjawabnya kepada rakyat pembangkang juga gagal dalam menyatukan pemimpin mereka sendiri.
Pas seperti kita tahu hanya berjaya menghasilkan ulama2 mee celup manakala PKR pula berjaya menghasilkan firaun2 kecil dalam parti itu. Melalui Ungkapan tersebut yang datang dari pemimpin mereka sendiri sudah jelas kepada kita bahawa wakil2 rakyat yang diberi mandat sepanjang tempuh 2tahun yang lepas masih lagi tidak menunaikan amanah yang diberikan oleh pengundi yang menyokong mereka. Wakil2 rakyat dalam pakatan pembangkang bertelagah sesama sendiri masing2 sibuk mencari kepertingan kuasa dan kekayaan. Suatu ketika dahulu semasa krisis dalaman Pas Kelantan, Nik Abduh memberi perumpamaan kepada sesetengah exco dan wakil2 rakyat yang berada disekeliling ayahndanya selaku MB ketika itu sebagai ulama mee celup. MP PKR Zukifli Noordin diheret kehadapan Lembaga Disiplin bukan Islam kerana bertentangan pendapat dengan pemimpin yang juga sesama islam dalam parti itu mengenai isu kalimah ALLAH yang akhirnya Zukifli dipecat kerana memperumpamakan pemimpin islam tersebut sebagai firaun2 kecil .
Sudah jelas kepada kita, politik wakil rakyat pakatan pembangkang ternyata tidak bertamadun disamping menipu rakyat dalam masa yang sama sibuk membolot jawatan dalam parti dan juga kerajaan. Allah SWT mengzahirkan kepada kita feel dan perangai pemimpin pembangkang satu persatu kepada kita. Pemimpin yang merasakan diri mereka iklas berjuang demi melihat masa depan agama, bangsa dan tanah air terjamin terpaksa berhadapan dengan masalah dan tekanan dari pemimpin2 yang berkeptingan pribadi. Seterusnya mereka2 ini disisih yang akhirnya memaksa dirinya bertindak keluar meninggalkan parti mereka. Beginilah caranya kalau sesaorang itu tidak layak tetapi diangkat juga menjadi pemimpin ia akan bertindak mengikut kemahuannya dan kesannya terpaksa pemimpin yang iklas meninggalkan parti.
Pas yang bersikap lembut gigi dan lidah bercabang ketika berdepan dengan masyarakat melayu berkaitan dengan islam ternyata berkesan mempengaruhi masyarakat melayu dan islam tersebut. Pemimpin Umno berjuang kononnya untok mendapatkan kesenangan didunia dengan cara membelakangkan islam.Manakala pemimpin Pas berjuang untok meletakkan islam dihadapan dan tidak pentingkan kekayaan dunia sebaliknya lebih kepada mencari keredaan di akhirat. Rakyat Kelantan menelan terus kata2 ini sebab itulah pas dapat memerintah Kelantan. Kita diberi fikiran oleh Allah supaya berfikir, kita diberi mata oleh Allah supaya kita dapat melihat dan menilai dengan mata hati, kita dibekalkan oleh Allah dengan telinga supaya kita dapat mendengar. Adakah isu royalti minyak yang dibawa oleh pemimpin pas tidak lagi dapat menyedarkan rakyat Kelantan...?Kenapa kerajaan pas Kelantan begitu bersungguh2 untok mendapatkan wang royalti tersebut? kenapa kerajaan Kelantan yang bercirikan lebih kepada islam itu tidak mahu menerima duit ihsan menggantikan wang royalti, sehingga memaksa Nik Aziz menggeluarkan keyataan pecah perut kepada PM dan kepimpinan kerajaan pusat kerana tidak mahu meluluskan wang rayalti tersebut. Tidak pernah kita mendengar sebelum ini Nik Aziz menggeluarkan kenyataan sedemikian dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan walaupun sudah lebih 20th memerintah. Kenapa bila berkaitan dengan isu tersebut Nik Aziz nampak seolah2 itulah cara yang tebaik.
Kalau kita ada fikiran, mata dan telinga sudah tentu kita ingat, dapat melihat gelagat dan mendengar ucapan pemimpin2 pas ketika berhadapan dengan rakyat bagi mendapatkan sokongan keatas parti mereka. Siapa yang lebih mementingkan harta dunia kalau tidak pemimpin pas sendiri...sebab itulah Nik Aziz sanggup bertindak apa sahaja demi mendapat wang royalti minyak. Dipenghujung usia Nik Aziz Allah SWT membuka segala apa yang tersirat...bagi rakyat Kelantan sedikit perubahan jaminan kesenangan hidup sudah mencukupi bukannya mahu menjadi kaya raya... dapat wang ehsan pun sudah cukup asalkan dimunafaatkan kepada rakyat sepenuhnya, buat apa wang royalti kalau ianya untok memperkayakan pemimpin2 dan kerajaan pas sendiri. Pemimpin2 yang bijak menunggu peluang dan mengisi ruang yang lebih kepada kepertingan diri sendiri dan bukannya untok membela rakyat.
Satu lagi...betul kah PKR wujud kerana mahu mempertahankan Islam dan kedudukan istimewa umat serta institusi Islam seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara? Dasar2 PKR yang baik ini tidak mungkin menyebabkan PKR hilang satu kerajaan negeri, empat ahli Parlimen, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ramai pemimpin peringkat negeri, cabang serta akar umbi meninggalkan parti tersebut. Lainlah jika yang bertidak keluar dari parti tersebut golongan wakil rakyat yang bukan islam. Soalnya kenapa perkara ini berlaku? Anwar sebenarnya bukan seorang pemimpin yang berjuang untok agama,bangsa dan tanah airnya sendiri. Kalau Anwar benar2 seorang pejuang islam beliau tidak akan terlibat dengan tuduhan liwat. Bukan soal Anwar dipihak yang benar atau tidak...tetapi satu tuduhan yang amat jijik disisi islam. Apatah lagi jika Anwar didapati bersalah dan terlibat. Kalau Pas Allah mengujinya dengan kuasa dan kebendaan manakala PKR pula Allah menguji dengan kebebasan sosial. Bukan setakat Anwar seorang sahaja terlibat dengan kes tuduhan salahlaku, dikalangan wakil2 rakyat mereka pun ada juga turut terlibat.
Anwar sana sini melaungkan perjuangannya kebebasan dan keadilan untok rakyat. Anwar sendiri bapak kepada segala ketidakadilan...kita tengok bagaimana cara Anwar mahu melepas dirinya dari pembicaraan? Segala kuasa dan pangkat ada kepada kita...kita pula dikata kan dipihak yang benar...Nik Aziz Ulama tersohor, Tok Guru dan MB lagi...bersama dan menyokong kita tetapi Anwar tetap takut kenapa? tidak cukup dengan Nik Aziz, Anwar menggunakn pengaroh yusof Qadawi supaya kes liwatnya digugurkan. Sahabat2 nya dari luar negara termasoklah desakan keatas kerajaan oleh 50MP Australia apakah maksud semuanya ini kalau tidak takut? Anwar juga walaupun sibuk dengan tugasan menjaga wakil rakyatnya dari terus melompat, beliau juga sibuk menjaga rakan2 dalam DAP dan juga Pas dalam pakatan pembangkang. Disamping itu Anwar sempat lagi menjelajah seluruh negeri berceramah memberitahu rakyat bahawa beliau tidak bersalah dalam kes liwat itu semua konspirasi Umno kerana takut kepada beliau menjadi PM.
Apa sahaja perkara yang buruk yang terjadi dalam PKR dan juga pas semuanya memberi keuntongan kepada DAP. Kerja2 dan peranan Karpal dan Kit Siang tidak sesibuk dahulu, sekarang apabila DAP bersama PKR dan Pas, pemimpin2 DAP dalam diam2 boleh menyusun strategi mereka selama ini yang tidak mahu kepada islam. Begitulah bijak dan liciknya DAP dalam berpolitik, duduk bergoyang kaki menunggu untong yang datang mencurah2. Yang binjol dan yang tempangnya agama islam dan melayu kesan dari pertelagahan sesama sendiri.Umno yang sudah hampir 60tahun berjuang untok islam dan bangsa melayu di negara ini dan terbukti kejayaanya dianggap sebagai penjahat dan zalim oleh pemimpin melayu dalam pembangkang. Bukan setakat itu sahaja, sampai Nik Aziz menyumpah kepada Umno supaya jahanam. Ulama2 mee celup dan firaun2 kecil ini lah yang akan bertanggongjawab sepenuhnya jika suatu masa bumi Malaysia ini jatuh kepada kekuasaan parti kapir DAP.
Best pak mie,,tulis lgi pak mie..biar melayu melayu yang buta tutup mata..tutup telinga tutup hati ni sedar cket..MAGGIE PAK MIE DAH KEMBANG,,!!
ReplyDeleteYANG HAK PASTI BERDIRI,DAN YANG BATIL PASTI REBAH.
ReplyDeletePUAK KIAN REBAH(PKR)
Semua orang tahu kemenangan besar PR ketika itu adalah kerana marah pada BN dan kepimpinan Pak lah.
ReplyDeleteJadi bila badut2 yang menang dah tentu tak reti nak buat kerja sebab tak sangka menang.
Bak kata kawan aku'masa pilihanraya tempohari kalau lembu dipakaikan serban pun boleh menang' sebab rakyat ketika itu tiada pilihan.
Elok juga sekali sekala bagi pengajaran kat UMNO dan BN.
Kesian pencacai2 UMNO sedang menyalak bukit
ReplyDeleteDalam PAS kalau dapat baca hadis dua tiga kerat lepas tu pakai jubah dan serban dah kira ulamak.
ReplyDeleteULAMAK MEE CELUP memang suka memaki hamun dan cakap berbelit.
Tetapi ulama sebenar seperti Harun Din akan bercakap bila perlu.
pas hanya gunakan islam sebagai topeng politik. pkr sudah pasti tidak tegakkan islam sebab anuar sendiri jauh menyimpang dari ajaran islam.
ReplyDelete