BN RAMPAS KEMBALI HULU SELANGOR - SELAMAT TINGGAL PKR TAHNIAH BN...
Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Hulu Selangor apabila calonnya P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Walaupun pada peringkat awal pengiraan undi memihak kepada calon parti pembangkang calon BN mula mendahului selesa pada jam 8.45 dengan 1,035 undi di depan setelah 121 daripada 137 peti undi dibuka. Ketika itu, sudah tidak kedengaran lagi jerit pekik penyokong pembangkang yang berhimpun di Stadium Kuala Kubu Bharu yang mengikuti proses pengiraan melalui skrin besar. Pada jam 9.10 malam, angka rasmi skrin SPR menyiarkan Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Beliau perolehi 24,997 undi manakala Zaid pula 23,272 undi. Kamalanathan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin BN berada di pusat berkenaan ketika Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Kamalanathan Pada pilihanraya umum 2008, calon PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menang majoriti 198 undi tewaskan Datuk G.Palanivel. Adakah orang terkejut dengan kekalahan calon PKR, Zaid Ibrahim? sudah tentu ada. Penulis blog pembangkang rata-rata menyatakan kemenangan besar Zaid di Hulu Selangor. Dari penulis blog veteren kepada penulis blog yang baru yang hanya bersandarkan analisis gerak hati sendiri dan akademik firasat politik yang rendah mutunya dan Bagi penulis blog pro kerajaan pula tetap mengatakan Hulu Selangor tetap akan dirampas kembali oleh BN walaupun dengan kelebihan satu undi. Apa akan berlaku kepada pembangkang selepas ini,khasnya kepada PKR sama-sama kita lihat nanti...Tahniah kepada seluruh jentera BN termasok penulis blog yang cintakan kebenaran dan tahniah juga kepada Yang di Pertua BPN. Berjuanglah demi nusa dan bangsa bagi menentukan arah tuju negara. Syukur alhamdullileh..amein! Salah silap penulis sepanjang tempuh kempen pilihan raya P094 harap dimaafkan. Ahkirnya kebenaran juga yang terserlah.
No comments:
Post a Comment