Saturday, April 24, 2010

P094 : NIK AZIZ MENAMBAH PELUANG BN MENANG!

ESOK DIJANGKA LEBIH 55% AKAN MENGUNDI BN
Setiap kali menjelang pilihan raya ada-ada sahaja kenyataan dan cerita-cerita ditimbulkan samaada benar atau tidak. Ada juga cerita dan kenyataan sekadar lawak bodoh menjelang hari pengundian sahaja. Tidak kurang juga kenyataan dan unsur fitnah diindah dan dialun supaya mendapat perhatian. Parti-parti yang bertanding berhempas pulas mempetahankan calon masing-masing manakala calonnya pula siap tersenyum dengan kopiah 24 jam (melayu)tangan pula dihulur bersalaman tidak kira dengan siapa asalkan berjumpa. Ada juga bersalaman sampai 2 atau 3 kali dalam satu masa dengan orang yang sama, itu sudah menjadi amalan biasa dalam politik jika berkehendakkan sesaorang!

Tempoh berkempen tinggal lagi kurang dari 24 jam. Dalam perang pilihanraya inilah saat-saat genting yang harus dijaga. Sedikit kesilapan akan membawa padah. PRK Hulu Selangor pertandingan dua penjuru BN dengan PKR begitu sengit. Kedua-dua parti tidak dapat mengagak masing-masing tumpu kepada pertingkatkan usaha berjumpa pengundi disaat-saat akhir. Tiada siapa yang yakin 100 % BN akan menang, tetapi menampakkan kepada kita PKR semakin tertekan menjelang hari pengundian.

Calon BN P.Kamalanathan akan menang sekiranya peningkatan sokongan dari pengundi Cina dan India berbanding dengan pilihan raya lalu. Faktor calon PKR juga boleh menambahkan sokongan kepada BN memandangkan sebahagian pengundi melayu yang selama ini menyokong pas dan PKR tidak menerima Zaid sebagai calon mereka. Pengundi melayu atas pagar mengikut kajian sikap yang dibuat lebih berpihak kepada BN, kesilapan Nik Aziz mempertikaikan arah Sultan Selangor melarang masjid digunakan untuk tujuan politik memberi impak baik kepada BN. Katanya Menteri Besar Kelantan itu samasekali tidak menghormati apa yang ditetapkan Perlembagaan negara dan kehendak agama Islam di negara ini. Mereka menganggap perbuatan Nik Aziz tersebut bukan saja penghinaan kepada Sultan malah mengguris hati rakyat Selangor khususnya di Parlimen Hulu Selangor yang rata-rata cinta keamanan. Di Kelantan Nik Aziz telah menguris hati rakyat melalui tingkah lakunya terhadap Sultan negeri tersebut, tidak cukup dengan itu melanggar titah Sultan Selangor pula.

Mengikut kajian dan analisis penulis jika ianya berkekalan sehingga dihari pengundi peluang untok BN menang agak cerah berbanding dengan PKR. Kemungkinan pengundi memberi sokongan kepada BN- 55 hingga 63% dari jumlah yang keluar mengundi esok.

Jentera-jentera BN seharusnya bersiap sedia menempuh sebarang dugaan yang bakal diada-adakan oleh pembangkang disaat-saat akhir pengundian. Tidak mustahil pembangkang akan menggunakan taktik-taktik jahat apabila mereka tertekan seperti yang berlaku dan sudah perkara seperti ini sudah menjadi amalan mereka untok mempengaruhi pengundi. Lihat sahaja contoh dihari terakhir di Bagan Pinang, apabila naluri mereka merasakan yang mereka akan kalah, maka mereka cepat-cepat mencipta isu walaupun tidak menasabah dan melucukan kononnya seorang penyokong mereka ditetak dengan parang oleh penyokong UMNO.

1 comment:

  1. Hendaknya besok tidak adalah yang tercedera.

    agbr47: Kupiah di kepala bukan di hati.

    ReplyDelete