Friday, May 7, 2010

BOTOL BUDU NIK AZIZ PECAH LAGI ...


PASIR PUTEH 6 Mei - Apa yang dipanggil rumah buat seorang ibu bersama sembilan orang anaknya berteduh di Kampung Kolam Tembesu di sini hanyalah sebuah bangsal, bekas kandang lembu.
Sudah lima bulan keluarga itu menetap di situ dan mereka tidak mempunyai pilihan lain biarpun terpaksa tinggal bersesak, tanpa kemudahan bekalan air bersih, malam yang diterangi pelita ayam dan basah bila hujan.
Seperti ibu-ibu yang lain, Rosnani Mamat, 38, mengimpikan anak-anaknya tinggal dalam keadaan sempurna tetapi nasib keluarganya tidak sebaik orang lain kerana himpitan kemiskinan dan diburukkan dengan konflik keluarga.
"Sebelum ini kami menumpang di rumah orang tua tidak jauh dari sini dan kemudiannya terpaksa berpindah, menjadikan keadaan lebih buruk," ujarnya ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Bangsal seluas tiga meter persegi di tanah datuknya dibaiki dan diubahsuai menggunakan plastik tebal dan papan lama sebagai dinding.
Enam anaknya masih di bangku sekolah manakala tiga lagi masih kecil termasuk yang bongsu berusia setahun dan Rosnani bersendirian menguruskan anak-anak kerana suaminya bekerja sebagai buruh kasar di Pulau Pinang.
''Hati saya menangis melihat anak- anak tidur bergelimpangan dalam ruang sempit ini apatah lagi bila melihat mereka resah ketika ruang tidur basah kerana bocor.

Kata Pakmie...

Dalam soal menolong rakyat miskin tiada dalam perangcangan sebenar pemimpin pas Kelantan. Mulut bersyarah menyatakan pas sebuah parti Islam sampai berbuih-buih sana sini segenap pelusuk negeri Kelantan bahkan sekarang sudah menyusuri ke negeri lain pula. Kekayaan diri pemimpin pas didahulukan dan pilihan raya diutamakan, rakyat ditaburi sahaja dengan janji-janji dan syurga.

Kalau pasal pas, bagi Nik Aziz melilih air liur ...dunia dan akhirat pas sahaja yang betul. Cepat benar Nik Aziz menggeluar kenyataan untok mendapat keuntungan dengan cara memburukkan dan merendah-rendahkan orang lain yang tidak sehaluan dengan beliau. Tetapi kalau terkena batang hidung sendiri, diam menikus contohnya seperti pendedahan satu pesatu yang dibuat oleh penulis blog(Kickdefella)dan orang dalamnya sendiri suatu ketika dahulu diatas kepincangan Kerajaan pas Kelantan, Nik Aziz dan gengnya terus diam membisu dan tidak bertanggongjawab seolah2 Umno juga yang jahat.

Sibuk dengan duit royalti minyak sampai sanggup doa pecah perut keatas PM DS Najib, duit eksan yang disediakan oleh Kerajaan Pusat untok rakyat miskin Kelantan sebaliknya pula beliau tidak memberi kerjasama. Nik Aziz lebih rela melihat rakyat terus hidup dalam kemiskin asalkanhati beliau puas. Beginilah cara pas, pemimpin pas kalau tidak boleh memfitnah Umno membuatkan tidor malam mereka jadi tidak lena.

Di PRK Hulu Selangor tempohari baru sahaja pulang dari mengerja Umrah tak sampai dua hari sudah buat cerita macam-macam disana sehinggakan membuat kenyataan menghalang arahan Sultan Selangor dari mengguna masjid berpolitik. Tidak cukup dengan menyakiti hati Sultan sendiri di Kelantan buat hal pula di Selangor.

Ditambah pula dengan kenyataan Zaid kononnya nak cover Nik Aziz dengan mengatakan Sultan Selangor tidak layak menggeluar kenyataan sedemikian. Kedua-dua pemimpin ini berasal dari Kelantan. Nik Aziz macam biasa tetap menyalahkan pihak lain setelah Sutan Selangor bertitah tidak membenarkan pijak bumi Selangor. DS Najib sekali lagi dipersalahkan oleh Nik Aziz, hebat sungguh Nik Aziz. Kalau kita masih ingat doa pecah perutnya terhadap DS Najib sehingga hari ini DS Najib tidak membalas tomohan Nik Aziz terhadapnya. Kita tidak hairanlah kalau sebut pasal mulut Nik Aziz, siapa yang pernah mendengar ceramahnya sudah tentu tahu cara beliau menghentam pemimpin Kerajaan khasnya Umno dalam ucapannya. Usahkan perkara kecil, dosa besar beliau memplastikkan islam orang-orang Umno katanya islam tiruan pun beliau sanggup walaupun ia melibatkan berjuta orang islam dalam Umno. Dengan kenyataan tersebut melambangkan Nik Aziz seolah tidak malu dan takut kepada kuasa Allah, walaupun begitu Nik Aziz seharusnya juga kena ada rasa malu kepada lilitan serban sebesar bakul dan jubah yang labuh sampai kekaki. Kerana gila kuasa, jadi lupalah segalanya...

Kemiskinan rakyat Kelantan Nik Aziz dan gengnya tidak nampak lagi, yang mereka nampak adalah macamana untok menolong Anwar dalam kes liwat, macamana cara nak cover DAP kalau DAP menghentam pentabiran islam di negara ini.

2 comments:

  1. Salam bro, kalaulah 4 juta yg dibayar kpd Kickdefella itu dibuat peruntukkan membena rumah-rumah PPRT bagi rakyat termiskin di Kelantan, alangkah bahagianya rakyat.....

    ReplyDelete
  2. Inilah rupa bentuk kebajikan yg dijanji sewaktu pilihan raya dulu. Betapa prihatinnya kerajaan negeri memperkayakan pemimpin Pas yg miskin sehingga terlepas pandang nasib rakyat. Apakah rupa sistem pentadbiran sehingga kes seperti ini terbiar tanpa pembelaan. Mungkin ini yg dikatakan pemimpin agung Pas bahawa kemiskinan itu adalah takdir.

    Berbeza pula dgn nasib pemimpin dan keluarga mereka. Nik Aziz telah berjaya membasmi kemiskinan dikalangan pemimpin2 Pas Kelantan. Projek kedua ialah menambah kekayaan yg sedia ada sehingga tersenarai sebagai pemimpin terkaya di Malaysia.

    NA wajib memberi tumpuan terhadap tanggung jawabnya sebagai MB. Bukan sibuk berceramah. Kalau botol budu pecah tidaka mengapa tapi jangan sampai pecah amanah yg diberi rakyat.

    ReplyDelete