Wednesday, May 12, 2010

P212 : LIWAT - MASALAH PRIBADI ANWAR KIAN TERSERLAH

DARI DULU HINGGALAH SEKARANG... MASALAH PRIBADI- TUDUHAN LIWAT TIDAK HABIS -HABIS, BAGAIMANA UNTOK ANWAR HADAPI MASALAH ORANG LAIN?
Sehingga hari ke hari ahlinya bertindak meninggalkan parti...
Nampaknya penyakit keluar parti dikalangan Pembangkang tidak boleh dielak lagi. Bukan sahaja berlaku dalam PKR, bahkan turut menular ke dalam parti Pas pula. Ini berikutan tindakan 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu semalam dan memohon menyertai UMNO. Kumpulan terbabit hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Menjelaskan perkara itu Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat. Malah dijangka lebih ramai lagi ahli Pas akan berbuat demikian tidak laman ini.

Perkara ini diakui Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah yang berkata tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan dan dijangka lebih ramai lagi akan bertindak sedemikian kerana tidak mahu terpedaya lagi dengan pemimpin pas.

Kemelut tersebut bukan setakat itu sahaja, PKR Ipoh Barat juga bertindak membubarkan cabangnya apabila ketuanya Fauzi Muda, 51, mengumumkan keluar parti bersama lebih dua pertiga ahli jawatankuasa (AJK)nya. Fauzi berka “Hanya akan tinggal kira-kira 10 orang AJK daripada 28 yang ada sekarang kerana mereka juga akan turut mengumumkan keputusan serupa dalam masa terdekat bersama pimpinan Wanita dan kira-kira 500 ahli.

Tindakan ini berlaku selepas Ketua Pemuda PKR Sibu, Jee Chang Peng mengumumkan keluar parti yang diikuti pula dengan pemimpin bersama 1,700 ahli PKR di kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim - Bandar Baharu yang juga baru sahaja mengisytiharkan keluar dari PKR.

Kalau sebelum ini tindakan keluar parti dari kalangan wakil rakyat mereka dari mulut Anwar pelbagai kenyataan dan alasan tersilap pilih calon dan sebagainya, tetapi tindakan ahlinya meninggalkan parti kali ini, Anwar lebih kepada bersahaja dan seolah-olah tidak kesah (tak kan dah habis alasan kot). Dalam fikiran Anwar sudah dipenuhi dengan alasan untok menhadapi tuduhan pembicaraan liwatnya dengan Saiful.

No comments:

Post a Comment