Berhajatkah umat Islam kepadanya?, kenapa ada cawangannya di Malaysia?, Siapakah dalang di belakang mereka?
Kenyataan Hizbu Tahrir Malaysia yang menghina umat Islam dengan menganggap umat Islam yang keluar untuk melakukan perarakan bagi menyambut sambutan Maulid Nabi yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia sebagai pak turut dan taklid buta.
Kenyataan Hizbu tahrir yang menolak pembahagian bid'ah.Kenyataan songsang Hizbu Tahrir Malaysia (HTM) yang bercanggah dengan pegangan umat Islam di Malaysia iaitu menyamakan orang Islam dengan orang kafir dan sambutan Maulid bukan dari ajaran Islam
Rujukan dari pengajian Ustaz Ahmad Faidzurrahim Hj Mohd Alwi.
وَالثَّانِيَةُ مَا أُحْدِثَ مِنَ الخَيْرِ وَلاَ يُخَالِفُ كِتَابًا أََوْ سُنَّةً أََوْ إِجْمَاعًا وَهَذِهِ مُحْدَثَةٌ غَيْرُمَذْمُومَةٍ

Sambutan maulid yang disambut secara rasmi baru-baru ini yang dirasmikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan tema'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah' dan juga disambut pada tahun-tahun sebelumnya dengan bermacam-macam cara yang tidak bercanggah dengan syarak seperti melakukan perarakan dan seumpamanya dan diarah oleh pihak kerajaan supaya pihak-pihak tertentu keluar dan menyertai perarakan tersebut, sesunggunya itu semua dianggap sebagai taklid buta, pejam mata, pak turut menyamai orang kafir dan bukan dari ajaran Islam oleh golongan Hizbu Tahrir. Lihatlah isi kandung risalah mereka yang disebarkan tadi.
Begitu juga dengan kenyataan songsang Hizbu Tahrir yang menolak pembahagian bida’ah kepada baik dan buruk. Mereka menyatakan bahawa hanya terdapat bida’ah sesat sahaja dan tiada di sana apa yang dinamakan dengan bid’ah yang baik. Kenyataan mereka ini samalah dengan pegangan sesat Wahabi yang menolak pembahagian bid’ah.
Dalam ajaran Islam para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjelaskan perkara yang berkaitan dengan bid’ah. Mereka telah bersepakat bahawa bid’ah terbahagi kepada dua bahagian. Bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah. Imam besar kita iaitu Imam al Mujtahid Mutlak Imam Syafei pernah menjelaskan permasalahan ini seperti yang diriwayatkan oleh imam al Hafiz al Baihaqi dalam kitabnya Manaqib al Syafei bahawa Imam Syafei berkata:
اَلْمُحْدَثَاتُ مِنَ الأُمُوْرِ ضَرْبَان, أَحَدُهُمَا مَا أُحْدِثَ مِمَّا يُخَالِفُ كِتَابًا أََوْ سُنَّةً أََوْ إِجْمَاعًا أَوْ أثَرًا فَهَذِهِ الْبِدْعَةُ الضَّلاَلَةُBegitu juga dengan kenyataan songsang Hizbu Tahrir yang menolak pembahagian bida’ah kepada baik dan buruk. Mereka menyatakan bahawa hanya terdapat bida’ah sesat sahaja dan tiada di sana apa yang dinamakan dengan bid’ah yang baik. Kenyataan mereka ini samalah dengan pegangan sesat Wahabi yang menolak pembahagian bid’ah.
Dalam ajaran Islam para alim ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menjelaskan perkara yang berkaitan dengan bid’ah. Mereka telah bersepakat bahawa bid’ah terbahagi kepada dua bahagian. Bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah. Imam besar kita iaitu Imam al Mujtahid Mutlak Imam Syafei pernah menjelaskan permasalahan ini seperti yang diriwayatkan oleh imam al Hafiz al Baihaqi dalam kitabnya Manaqib al Syafei bahawa Imam Syafei berkata:
وَالثَّانِيَةُ مَا أُحْدِثَ مِنَ الخَيْرِ وَلاَ يُخَالِفُ كِتَابًا أََوْ سُنَّةً أََوْ إِجْمَاعًا وَهَذِهِ مُحْدَثَةٌ غَيْرُمَذْمُومَةٍ
Maknanya: Perkara baru terbahagi kepada dua, salah satunya apa yang diada-adakan dan bercanggah dengan kitab, sunah, ijma' atau asar maka ia adalah bid'ah yang sesat. manakala yang kedua ialah perkara baru yang diada-adakan dari perkara yang baik tetapi tidak bercanggah dengan kitab atau sunah atau ijma' maka ia adalah benda baru yang tidak dicela.
Manakala hadis nabi yang bermaksud Setiap bid’ah itu sesat (HR Ahmad, Tirmizi) yang selalu dijadikan pegangan oleh golongan ajaran sesat yang bertopengkan dengan nama Islam dalam menafikan pembahagian bid’ah, maka kami katakan pada mereka bahawa makna hadis tersebut ialah umum yang khusus, maknanya pada zahirnya ia menunjukkan secara umum tapi pada hakikatnya ia dikhususkan bagi bid’ah yang bercanggah dengan syariat Islam berdasarkan hadis Nabi:
"من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها وأجر من عمل بها بعده من غير أن ينقص من أجورهم شىء"Manakala hadis nabi yang bermaksud Setiap bid’ah itu sesat (HR Ahmad, Tirmizi) yang selalu dijadikan pegangan oleh golongan ajaran sesat yang bertopengkan dengan nama Islam dalam menafikan pembahagian bid’ah, maka kami katakan pada mereka bahawa makna hadis tersebut ialah umum yang khusus, maknanya pada zahirnya ia menunjukkan secara umum tapi pada hakikatnya ia dikhususkan bagi bid’ah yang bercanggah dengan syariat Islam berdasarkan hadis Nabi:
Maknanya: “ Sesiapa yang mula mewujudkan ‘sunnah’ (jalan) yang baik, maka dia mendapat pahala dan pahala sesiapa yang beramal dengannya tanpa berkurang sedikit pundaripada pahala-pala mereka” .
Dan begitu juga kalimah kullu dalam hadis tadi tidak bermaksud semua tetapi menunjukan makna kebanyakan kerana kalimah kullu dalam bahasa arab bukan hanya bermaksud semua bahkan ia datang dengan makna kebanyakan iaitu bukan semua.
Di antara contoh bid’ah yang baik ialah sambutan Maulid Nabi.Lebih teruk lagi kenyataan ajaran sesat hizbu Tahrir ini ialah menyatakan bahawa sambutan Maulid nabi tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam malah merupakan satu hal yang bid’ah bahkan tasyabbuh bil kuffar(menyamai orang kafir) yang mesti ditinggalkan.
Kami katakan, apa sebenarnya yang diingini oleh Hizbu Tahrir di Malaysia ini, sesungguhnya mereka adalah pembohong dan penipu dalam agama yang mana kononnya mereka hendak mendirikan Khilafah, tapi pada hakikatnya mereka ingin menghanjurkan manhaj yang dibawa oleh Nabi kita dan yang disebarkan oleh para ulamak Ahli Sunnah. Jadi berhajatkah kita kepada Hizbu Tahrir di Malaysia?, mengapa tiba-tiba ada cawangan Hizbu tahrir di Malaysia yang berpusat di Bangi sana?. Adakah pegangan kita kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sempurna lagi sehingga terpaksa menyerti gerakan sesat Hizbu Tahrir ini. Harap pihak kerajaan pantau segala program-program mereka di Malaysia, apakah tujuan mereka sehingga sanggup menghina amalan-amalan Islam!. Ketahuilah bahawa ajaran-ajaran sesat yang bertopengkan dengan Islam di Malaysia ini sangat banyak, maka berhati-hatilah dengan Hizbu Tahrir ini. Wallahu 'aalam Bissawab.
Pusat Hizbu Tahrir di Malaysia yang bertempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Dan begitu juga kalimah kullu dalam hadis tadi tidak bermaksud semua tetapi menunjukan makna kebanyakan kerana kalimah kullu dalam bahasa arab bukan hanya bermaksud semua bahkan ia datang dengan makna kebanyakan iaitu bukan semua.
Di antara contoh bid’ah yang baik ialah sambutan Maulid Nabi.Lebih teruk lagi kenyataan ajaran sesat hizbu Tahrir ini ialah menyatakan bahawa sambutan Maulid nabi tidak termasuk bahagian dari ajaran Islam malah merupakan satu hal yang bid’ah bahkan tasyabbuh bil kuffar(menyamai orang kafir) yang mesti ditinggalkan.
Kami katakan, apa sebenarnya yang diingini oleh Hizbu Tahrir di Malaysia ini, sesungguhnya mereka adalah pembohong dan penipu dalam agama yang mana kononnya mereka hendak mendirikan Khilafah, tapi pada hakikatnya mereka ingin menghanjurkan manhaj yang dibawa oleh Nabi kita dan yang disebarkan oleh para ulamak Ahli Sunnah. Jadi berhajatkah kita kepada Hizbu Tahrir di Malaysia?, mengapa tiba-tiba ada cawangan Hizbu tahrir di Malaysia yang berpusat di Bangi sana?. Adakah pegangan kita kepada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sempurna lagi sehingga terpaksa menyerti gerakan sesat Hizbu Tahrir ini. Harap pihak kerajaan pantau segala program-program mereka di Malaysia, apakah tujuan mereka sehingga sanggup menghina amalan-amalan Islam!. Ketahuilah bahawa ajaran-ajaran sesat yang bertopengkan dengan Islam di Malaysia ini sangat banyak, maka berhati-hatilah dengan Hizbu Tahrir ini. Wallahu 'aalam Bissawab.
terima kasih diatas pendedahan saudara. itulah pada mereka, semuanya salah. sedangkan cara apa yang mereka mahukan, tak pernah pula mereka beritahu.
ReplyDeleteseperti mahu menubuhkan khilafah islamiyah, sedangkan cara penubuhannya mereka tidak tahu.
kita perlu berhati hati dengan cara mereka memandangkan mereka ini ada diseluruh dunia. malah boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.
ye la tu.. seruan asobiyah puak malaysia kan.. ancaman pada puak malaysia je kan. akhirat nanti.. nabi tak ngaku umat. asyik malaysia je. asobiyah betul..
ReplyDeleteorang islam tu, umat yang satu, pemimpin dia juga mesti kena satu. Khalifah yang akan memimpin Daulah Khilafah islamiyah..
sapa kata cara penubuhan kami tak tau.. rasulullah dah bagi tahu, kena ikut jalan kenabian - khilafah ala minhaj an nubuwwah.
itulah jalan HIZBUT TAHRIR
Usaha Hizbut Tahrir untuk mendirikan Khilafah
ReplyDeleteVideos and Photographs of Khilafah Conference 2010
http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/07/videos-and-photographs-of-khilafah.html