Tuesday, August 17, 2010

POLIS AKAN SIASAT DAN AMBIL KETERANGAN DARIPADA ANWAR

Sultan Ibrahim: Jangan jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan PKR

DAULAT TUANKU!!!

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tuanku Sultan Iskandar, Sultan Johor dan Ketua Turus JMF

DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar menitahkan kemurkaan baginda di Kota Tinggi semalam, keatas Pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng kerana sibuk ‘berkempen’ sebagai timbal-balas atas tindakan baginda menarik balik darjah kebesaran negeri SPMJ dan DPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’ kepada mantan Menteri Kesihatan dan Naib Preisden MCA itu. Gambar baginda Tuanku Sultan Ibrahim digunakan dalam kempen ini, untuk meraih perhatian rakyat.

Sepanduk PKR yang memaparkan gambar Tuanku Sultan Johor sebagai modal kempen; ehsan blog idealismalaysia.blogspot.com

Baginda merakamkan kekesalan dalam titah semasa singgah dalam pusingan kedua program Kembara Mahkota Johor 2010, akibat tindakan yang disifatkan:

“Ada pihak (PKR) yang cuba mengheret saya dalam kancah politik, dengan memaparkan gambar saya (dalam kempen) sepanduk mereka. Perbuatan ini adalah biadap dan kurang ajar. Saya tahu Polis akan menyiasat perbuatan ini” dan menyambung “Pada rakyat Johor janganlah jadi bodoh dan terpedaya dengan hasutan ini. Golongan ini tiada pendirian hidup, seperti ‘lalang’. Saya tidak mahu rakyat Johor dipecah belahkan rakyat dengan golongan ini”.

Tuanku Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar diiringi TPM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin semasa pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di JB Sentral.

1 comment:

  1. Salam Ramadhan dan salam ziarah,

    Semoga setiap amalan kita diterima Allah dan pelihara negara kita yang tercinta ini.

    ReplyDelete