Dalam sibuk sibuk Hasan Ali mengatakan Noh Omar alim-alim kucing kita mungkin menjangkakan sesuatu tindakan akan diambil oleh Exco Agama Selangor ini sekurang-kurangnya masa pusat-pusat hiburan ini ditutup lebih awal.Kalau sebelum Ramadhan pusat tersebut ditutup pukul 3 pagi mungkin Hasan Ali boleh menasihatkan sparing partner beliau Ronnie Liu supaya ditutup lebih awal.
Walaupun tahap kebacaulan Hasan Alu terhadap Ronnie Liu terselah dalam isu arak sebelum ini sekurang-kurangnya beliau mengambil sedikit iktibar diatas desakan daripada Noh Omar.Antara kebaikkan yang boleh diambil kira adalah kurangnya risiko kemalangan terhadap orang-orang Islam yang keluar mencari makanan untuk bersahur.Kita harus mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pelajar UITM yang dilanggar oleh Adun Sekinchan yang dilaporkan didalam keadaan mabuk ketika memandu.
Sekiranya pusat-pusat maksiat ini ditutup pukul 3 maka berduyun-duyun keluar pendokong Hasan Ali dan mereka-mereka ini sudah tentu didalam keadaan huru hara selepas meneguk air setan yang menjadi punca Hasan Ali dimarahi Ronnie Liu.Pada masa yang sama akan keluarlah anak-anak bujang Islam beramai-ramai mencari tempat untuk bersahur di sekitar kawasan yang menjadi tumpuan untuk menjamu selera.Dalam pada itu pendokong Hasan Ali juga menuju ketempat yang sama tetapi dengan cara pemanduan yang berbahaya penangan air setan junjungan Ronnie Liu.
Cuba kita bayangkan apakah akan terjadi kepada anak-anak bujang Islam andai mereka dilanggar oleh pendokong Hassan Ali dan Ronnie Liu ini.Tidakkan ini akan menjadi satu risiko kepada mereka ketika dalam perjalanan untuk bersahur.Jangan bercerita perkara diluar bulan Ramadhan kerana majoriti mereka yang keluar sehingga subuh tidak seramai ketika bulan Ramadhan.
Itu baru bercerita tentang risiko untuk bersahur, apa yang aku ingin katakan sebenarnya adalah sikap biadap dan kurang ajar pemimpin Pakatan Selangor yang membenarkan penganjuran pesta arak yang dijadualkan akan diadakan di Asia Gate Subang pada 12 Ogos nanti.Apa yang lebih menarik adalah masa untuk diadakan pesta bir tersebut diadakan adalah hampir dengan masa berbuka puasa untuk orang-orang Islam.Adakah tiada lagi masa yang sesuai untuk diadakan pesta bir ini? Adakah mereka ini cuba bermain dengan sentimen agama seolah-olah mahu membuktikan bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang Islam Selangor?
Apakah tidak akan ada orang-orang Islam yang bertaraf kaki mabuk hadir dimajlis itu nanti? Apakah tujuan pesta arak percuma ini diadakan dibulan puasa dan waktu yang hampir dengan masa berbuka?
Dimana Exco Agama yang melabelkan pemimpin UMNO alim-alim kucing ketika bulan Ramadhan? Adakah beliau hanya boleh membaca iklan tersebut dan tidak mampu melakukan apa-apa tindakan?Sekarang kita boleh lihat siapa
sebenarnya yang alim-alim kucing.Noh Omar mendesak beliau atas kesedaran untuk membendung penularan pusar maksiat tetapi apabila penganjuran arak secara terbuka dilakukan di Subang apakah yang mampu Hasan Ali
lakukan? Adakah beliau perlu meminta kebenaran Ronnie Liu untuk menyerbu pusat tersebut? Adakah peristiwa penguatkuasa memulangkan bertong-tong arak akan berulang kembali?
Aku semkain jijik dengan kenyataan pemimpin PAS terutama sekali di Selangor.Jangan lacurkan kepentingan agama demi kuasa politik.Jangan hanya pandai bercakap tetapi penakut. Janji-janji PAS Selangor ketika baru menubuhkan
kerajaan masih terngiang-ngiang di telinga aku.Apakah sebenarnya fungsi PAS di Selangor? Adakah sekadar penasihat yang tempang sebelah kaki? Kenapa perkara ini berlaku? Jawapannya hanya satu, mereka ibarat binatang
peliharaan DAP yang dilihat semakin berani mencabar kedaulatan agama Islam.Siapa yang harus DAP gunakan? Renungkan Bersama...
Email dari Sahabat
Email dari Sahabat
salam
ReplyDeletePAS sebuah parti yang tahu cakap saja, selebihnya menyalahkan orang lain