Wednesday, August 18, 2010

SEMBANG RAMADHAN : YANG TUA SAYANG YANG MUDA...YANG MUDA BUAT HAL LAGI...

YANG TUA TIDAK SEMESTINYA BURUK DAN YANG MUDA TIDAK SEMESTINYA BARU...

HULU TERENGGANU: Kesetiaan cinta wanita tertua Terengganu, Mek Wook Kondor, 107, teruji lagi apabila suaminya, Mohd Nor Musa, 38, ditahan polis di Kampung Pasir Tinggi, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi Khamis lalu kerana didakwa positif dadah jenis heroin.
Lebih memilukan, Wook terpaksa mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin Mohd Nor yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas dakwaan memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Tuan Rosnah Tuan Husin di hadapan Majistret Azman Mustafa.

Bagaimanapun, tiada pengakuan dicatatkan dan Mohd Nor dibenarkan ikat jamin sementara menunggu sebutan semula pada 11 Oktober depan bagi mendapatkan laporan penuh ujian air kencingnya.

Sebelum ini, pada 7 Julai tahun lalu Mohd Nor ditangkap Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengikut Seksyen 8(3)(a) Akta Penagihan Dadah, Rawatan dan Pemulihan (Pindaan 1998) serta dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Besi sebelum dipindahkan ke Puspen Besut, 31 Disember tahun lalu.

Dia kemudian dibebaskan pada 15 Julai lalu.

Wook ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia sangat terkilan dengan perangai Mohd Nor yang mengambil dadah semula sehingga merasakan ingin membunuh diri dan terjun sungai kerana tidak dapat menerima hakikat itu.

Menurutnya, dia tidak menyangka suaminya sanggup mengulangi balik perangai buruknya mengambil dadah kerana lelaki berkenaan baru saja keluar dari Puspen dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

"Saya harap hari raya tahun ini akan memberi sinar baru kepada kami suami isteri selepas terpaksa berpisah tahun lalu, namun tidak sangka pula jadi begini.

"Saya sudah banyak berhabis duit untuknya ingatkan dia betul-betul hendak berubah tetapi lain pula jadinya. Begitupun saya harap dia dapat kembali semula ke pangkal jalan," katanya.

Menurutnya, Mohd Nor yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu minggu lalu dibebaskan semalam dengan ikat jamin menggunakan wang simpanannya sendiri.

Katanya, Mohd Nor akan menjalani rawatan pemulihan bermula hari ini dan akan ditempatkan di Pusat Khidmat AADK daerah yang baru dibuka semalam selama dua bulan.- Mohd Nasif Badruddin, Taufiq Md Daud dan Rohaya Bu-za.

1 comment: