Thursday, September 16, 2010

16 SEPTEMBER DUA SEJARAH BERBEZA


PENYATUAN SABAH DAN SERAWAK... SIRI RAKYAT NEGARA INI DIKENCING OLEH ANWAR

Sebelum ini tarikh 16hb September setiap tahun tidaklah bermakna sangat dan tiada keistimewaannya jika dibandingkan dengan tarikh keramat iaitu 31hb Ogos setiap tahun,tarikh kemerdekaan negara dan 16hb September cuma sekadar usaha oleh pihak kerajaan untuk mengambil hati rakyat Sarawak dan Sabah bagi mengimbangi tekanan daripada pihak Pakatan Pembangkang yang mana merekalah sebenarnya mula-mula sekali mencetuskan tentang perlunya diadakan sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September bagi mengingati pembentukan negara Malaysia.
Inilah hari penubuhan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Tarikh ini juga bagi memperingati bagaimana mudahnya rakyat negara ini dikencing oleh Anwar.

Hari ini hari Malaysia mula diiktiraf sebagai hari cuti umum juga sebagai hari yang bersejarah sebaik saja keputusan Piliharan Umum tahun 2008 dilihat tidak lagi menyebelahi kerajaan Barisan Nasional kerana rakyat ketika itu sudah mulai bertukar selera dengan memberi sokongan kepada pihak Pakatan Pembangkang setelah terpukau dan terliur dengan segala jenis menu yang dihidangkan dari bumi sampai ke bulan bintang.

Hari istimewa Negara kini lebih senang dingati oleh rakyat Malaysia sebagai satu tarikh yang penuh dengan kisah atau siri pembohongan yang dibuat oleh Penasihat PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen.Kesemua pemimpin-pemimpin dalam DAP terutamanya YB Karpal Singh ditipu dan diperdayakan oleh DSAI tentang rancangannya untuk merampas kuasa menuju ke Putra Jaya bagi membentuk sebuah kerajaan baru di negara ini. Kumpulan Haji Hadi sahaja tidak percaya dengan menganggap siri 16 September Anwar adalah angan-angan Mat Jenin, kesemua pemimpin didalam parti PAS yang lebih dikenali sebagai kumpulan "Pas erdogan" telah ditipu hidup-hidup oleh DSAI dengan janji-janji beliau yang bersimpang-siur mengenai matlamat untuk membentuk kerajaan baru bersama DAP dan PAS.

Tarikh 16 September kini terdapat dua sejarah berbeza, pertama tarikh penubuhan negara kita Malaysia dan kedua, sejarah akhir siri pembohongan terbesar Anwar terhadap rakyat negara ini dan pada tahun ini merupakan tahun kedua sambutan pembohongan tersebut. Selamat bercuti...

No comments:

Post a Comment