Saturday, October 23, 2010

ADAKAH DI GALAS PAS PERLU BARING PEGANG BENDERA?

PERMULAAN PENIPUAN PAS DI PRK GALAS...

Adakah Dr Zukefli calon Nik Aziz di Galas ini terdiri dari kalangan golongan asli?. Permulaan pemilihan calon pas sudah menipu. Sebelum ini pas beriya-iya katanya calon di PRK DUN Galas terdiri dari kalangan orang asli. Satu permulaan jahat pas di Galas soal calon pun mereka sanggup menipu orang asli kerana semata-mata mahu mendapat pengaruh dan sokongan.

Orang kata pas sanggup buat apa sahaja asal menang pilihan raya. Fe'el dan perangai sebenar orang-orang pas semakin terserlah menjelang pilihan raya.

Rekord Pas Kelantan bagaimana ia boleh hidup sehingga dapat mentadbir lebih 20tahun menjadi ukuran. Peratusan untok mendapat kemenangan setiap kali pilihan raya adalah dengan cara menipu rakyat. Agama dipersendakan asalkan rakyat menyokong dan setiap kali pilihan raya ada sahaja isu baru diadakan sedangkan isu lama dilupakan begitu sahaja walaupun bersabit dengan hukum islam. Bukan mahu menolong rakyat bahkan membuatkan rakyat lagi kebengongan dan keliru, kalau hendak dikatakan pas perjuangan islam jauh sekali merusak lagi perpaduan sesama islam boleh diberi kredit sebab itu DAP boleh hidup bersama pas.

DAP mahu menubuhkan Malaysian Malaysia, Pas rusak agama cari pengaruh dan PKR drama Anwar untok mengatur mendapatkan Perdana Menteri. Pas takut kepada orang asli sebab itu ia berjanji dikalangan orang asli juga akan diberi calon di Galas.

Permulaan drama Anwar katanya tidak mahu masuk campor soal pilihan raya Galas katanya itu soal pas bukan PKR menunjukkan begitu liciknya politik Anwar. Kita tahu pengundi disini majoritinya kaum melayu.Kebijaksanaan Anwar berpolitik boleh membuatkan orang percaya walaupun dikalangan melayu ia bercakap lain didepan Cina dan India boleh pula ia bercakap lain. Kerja Anwar adalah menjaga hati Cina dan India, kerja pas adalah mencari pengaruh melayu seberapa ramai yang boleh supaya menyokong parti tersebut.

Pas tidak nampak bersalah sedikit pun kepada rakyat. Di Galas sendiri penipuan Ladang rakyat pengambilan tanah2 yang menjadi tempat sumber rezeki diambil dan diserahkan kepada Syarikat menyebabkan rakyat kehilangan tempat sumber pendapatan. Lot2 tanah yang diberi kepada rakyat yang miskin yang dibina rumah oleh Kesedar tidak diluluskan oleh Pas kerana kuasa menggeluarkan geran hakmilik adalah dibidang kuasa kerajaan negeri. Umno ramai pemim[pin yang bijak, tetapi tidak cerdik sebaliknya pas dikalangan pemimpinnya tidaklah bijak tetapi kelebihan yang adalah menipu. Kita pengundi melayu yang lebih bertermandun kena sedar dan malu kepada orang asli sebab apa Ku Li tidak pernah kalah bertanding di Parlimen Gua Musang.

No comments:

Post a Comment