Tuesday, October 26, 2010

DUA PERKARA BESAR NIK AZIZ PERLU PERJELASKAN SEBELUM PRK GALAS

Apa yang telah berlaku, terutama di kawasan-kawasan Sungai Lakit dan Sungai Bayu adalah kerajaan negeri telah menolak permohonan peneroka-peneroka yang bukan ahli PAS atau hanya rakyat biasa tanpa parti.

Sebaik saja permohonan tanah itu ditolak, akan ada aktivis-aktivis PAS yang masuk memohon dan diluluskan. Dengan demikian mereka yang telah membanting tulang dan mengeluar modal meneroka dan membuka tanah, tidak didapat apa=apa tetapi aktivis PAS pula yang dapat tanah yang tersedia untuk diduduk.

Banyaklah di kawasan sempadan Gua Musang dan Kuala Krai ini tanah-tanah yang dipunyai oleh mereka-mereka yang duduk di Bachok, Pasir Mas, dan Tumpat. Mereka ini adalah orang-orang PAS yang mendapat imbuhan dari kerajaan PAS negeri dengan merampas usaha dan penat lelah rakyat biasa.

Usahlah terpedaya denagn kopiah, jubah dan imej keislaman yang PAS cuba bawa. Ramai dikalangan aktivis PAS di Kelantan adalah munafiq yang bukan saja "cakap tak serupa bikin" tapi adalah mereka-mereak yang zalim pada diri mereka dan lintah yang menghisap darah rakyat.

Berita yang tidak di keluarkan dalam haprak daily dan mana-mana laman web pakatan, parti islam semalaysia pernah merobohkan gereja milik orang asli di galas, perkara ini di akui sendiri oleh berberapa ketua-ketua orang asli dan di sahkan sendiri oleh calon bn galas aziz yusof. Geraja itu di robohkan kerajaan pas pada tahun 2007. dan perkara ini telah di bawa ke mahkamah.

Pada 16 Julai 2009, hakim mahkamah tinggi kota baru, tuan mohd azlan hashim telah mendapati perobohohan gereja yang dilakukan pihak berkuasa adalah tidak sah dan salah serta mendapati tindakan pihak berkuasa selepas merobohkan gereja mencuba mendirikan balai raya menggantikan gereja sebagai menceroboh tanah hak milik orang asli. mahkamah telah memerintahkan membayar ganti-rugi.

Alasan pihak berkuasa untuk merobohkan bangunan ini adalah kerana orang asli kg jiras yang beragama kristian telah membina bangunan ini sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa. tetapi cerita sebenarnya ialah bangunan itu dirobohkan tidak lain hanyalah kerana ia adalah sebuah gereja.

Malahan apabila pihak berkuasa menyatakan kesedian untuk membina sebuah balai raya (dan bukannya membina gereja) menggantikan gereja yang diroboh ditempat lain untuk orang asli kg jiras, ini menunjukkan dengan jelas betapa kurang senang PAS melihat kehadiran sebuah gereja.

No comments:

Post a Comment