Thursday, November 4, 2010

KEKALAHAN GALAS TAMPARAN HEBAT BUAT NIK AZIZ



KALAH GALAS... PEMIMPIN PAS KELANTAN PATUT DESAK NIK AZIZ LETAK JAWATAN!

Walaupun PAS kalah diGalas ianya tidak boleh merubah pentadbiran kerajaan Kelantan yang buat masa ini didominasi oleh PAS, tetapi ia menjadi tamparan hebat buat Nik Aziz sendiri selaku MB yang sudah menjangkau lebih 20 tahun. Sebab itulah Nik Aziz berusaha memastikan kemenangan, yang menjadikan Pilihanraya kecil di Galas kali ini berbeza dan menarik, tidak pernah sebelumnya berlaku peristiwa menabur wang ringgit secara terbuka oleh pihak PAS dalam usaha memastikan kemenangan yang amat berbeza dari sebelumnya.

Dikalangan PAS sendiri yang melihat kejatuhan PAS di Galas ini menggambarkan kelemahan ketara pimpinan Nik Aziz. Nik Aziz sendiri sepatutnya bertanggongjawab dengan kekalahan ini sekaligus meletak jawatan MB. Perjuangan sebenar pas sudah tersasar jauh golongan melayu semakin merosot golongan kaum Cina pula sudah cuba menjauhi PKR yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Dari keputusan kedua2 PRK Bt Sapi yang majoritinya Cina dan di Galas yang majoritinya melayu mengesahkan perkara ini. Logiknya, jika di negeri yang diperintah selama 20 tahun dan DUN yang sudah dimenangi oleh pas sokongan pun sudah jauh merosot, apa lagi yang di luar Kelantan? Inilah yang pemimpin pas patut nasihat kepada Nik Aziz supaya letak segala jawatan secara terhormat dalam parti dan MB tidak payahlah berdolak dalih lagi menyalahi orang lain dengan kekalahan tersebut. Nik Aziz akan tetap menyalahi orang lain jika kalah, anda tidak percaya? sama-samalah kita saksikan nanti....


No comments:

Post a Comment