Wednesday, November 3, 2010

PRK GALAS : KAFIR HARBI MENUDUH AHLI UMNO KAFIR

SEMUANYA KERANA MAHU MENANG PILIHAN RAYA...

Kerana politik sampai amalan baik yang dikerjakan pun tidak diterima oleh Allah SWT.Bahkan dalam erti kata lain kerana politik sampai sanggup masuk neraka. Ada sesetengah masyarakat islam yang cetek agama asalkan politik mereka berpehak dan menyokong pas sudah membolehkan mereka masuk syurga tanpa mengerjakan ibadat lain. Itulah antara penyebabnya dalam mencari pengaruh politik, kita menggunakan sewenang2nya agama untok kepertingan tertentu bagi mendapatkan pengaroh undi.Fatwa-fatwa dan hukum islam dikeluarkan mengikut masa dan selera tersendiri.Nik Aziz menuduh Umno tidak islam sebenar, plastik dan macam2 perumpamaan diberi. Kini kerja kafir mengkafir terhadap Umno bukan lagi dikalangan pas sahaja bahkan golongan kafir harbi (DAP) dalam pakatan mereka pun sudah turut mengkafirkan ahli-ahli Umno.

Pemuda UMNO Putrajaya hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menuduh ahli UMNO kafir ketika berceramah pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian ini, Mohd. Hisamudin Yahaya berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat Kit Siang mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 di bawah Seksyen 4A(1) iaitu mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Menurutnya, perbuatan Kit Siang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghormati perasaan orang Melayu beragama Islam yang merupakan ahli-ahli UMNO.

“Sebagai seorang pemimpin politik berpengalaman dan sering membangkitkan soal keharmonian, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata seperti itu sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan ahli UMNO,” katanya .

Hisamudin menambah, kenyataan Kit Siang dilihat begitu melampau dan seolah-olah mendapat restu daripada pihak lain di dalam pakatan pembangkang.

“Tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab kerana sengaja menimbulkan provokasi dan membelakangkan Perlembagaan yang termaktub bahawa bangsa lain tidak boleh mencampuri urusan pegangan agama bangsa lain,” katanya.

Pendedahan mengenai perkara itu dibuat Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mendakwa perbuatan Kit Siang itu berlaku di hadapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah, Gua Musang.

3 comments:

  1. ...Kerana politik sampai amalan baik yang dikerjakan pun tidak diterima oleh Allah SWT.Bahkan dalam erti kata lain kerana politik sampai sanggup masuk neraka. Ada sesetengah masyarakat islam asalkan berpolitik berpehak kepada pas sudah membolehkan mereka masuk syurga tanpa mengerjakan ibadat lain. Itulah antara penyebabnya dalam mencari pengaruh politik kita menggunakan sewenang2nya agama.Fatwa-fatwa dan hukum islam dikeluarkan mengikut masa dan selera tersendiri.Nik Aziz menuduh Umno tidak islam sebenar, plastik dan macam2 perumpamaan diberi. Kini kerja kafir mengkafir terhadap Umno bukan lagi dikalangan pas sahaja bahkan golongan kafir harbi (DAP) dalam pakatan mereka pun sudah turut mengkafirkan ahli-ahli Umno...

    Xbetul apa yang sdr pakmie dakwa di sini ni... undi PAS sahaja tidak semestinya masuk syurga lagi... tapi salah satu jalan nak ke syurga...

    Kita pilih parti dan pemimpin yang baik yang perjuangkan Islam, tegakkan amar maaruf nahi munkar... buat perkara baik dapat pahala, tinggal perkara jahat pun dapat pahala... pahala balasannya syurga lah... semua orang tahu.

    Berlainan jauh dengan memberi undi kpd UMNO-BeEND... memberi undi kpd UMNO-BeEND bererti menyokong pemimpin yang berbuat maksiat dan dosa, menyokong pemimpin luluskan lesen judi, luluskan pembinaan kilang arak, luluskan pusat2 maksiat, dan terkini nak wujudkan Hub Hiburan Malam di Malaysia pulak... semua ini bertentangan dengan kehendak Islam, salah dan berdosa. Jadi bila kita sokong maka kita turut berdosa, dosa balasannya NERAKA lah.

    Budak-budak pun maklum perkara ini. Bukannya asalkan pangkah PAS masuk syurga, tidak begitu, belum tentu lagi... Tapi dengan itu jalan ke sana telah terbuka. Kalau pangkah UMNO-BeEND, memang terang-terangan menyokong perbuatan2 dosa... wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Tq kerana memberi komen

    Ada dikalangan segelintir penganut islam di kg Pakmie sdri berpendirian sedemikian asalkan pangkah pas katanya pasti masuk syurga.

    Bagaimana dgn penentangan sehingga langkah mayat nya dahulu jika pas mahu kpd negara islam? tdkkah itu lebih dri apa yg saudara KP berpandangan terhadap Umno tentang islam?

    ReplyDelete
  3. salam

    lepas ni dalam manifesto dap 'undi dap masuk syurga'

    ReplyDelete