APA YANG BEST...TIDAK KAH ITU BANGSAT?
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura menuduh negara jiran, Malaysia dan Indonesia berusaha cuba menjatuhkan republik itu.
Menurut Lee Kuan Yew, kedua-dua negara jiran itu tidak senang dengan kemajuan pelabuhan Singapura dan berusaha untuk menggagalkannya.
Beliau turut menggesa masyarakat Islam tempatan bersikap ‘lebih longgar dalam mengamalkan suruhan agama mereka,’ bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara.
Majoriti penduduk Singapura keturunan China dengan golongan Melayu yang beragama Islam dan kaum India menjadi penduduk minoriti.
“Saya berpendapat kami mencapai kemajuan dengan baik sehingga muncul kebangkitan Islam dan jika anda bertanya pendapat saya, masyarakat lain dapat berintegrasi dengan mudah - persahabatan, kahwin campur dan sebagainya,” katanya yang kini menjadi penasihat anaknya yang juga Perdana Menteri republik itu, Lee Hsien Loong.
“Saya berpendapat, masyarakat Islam secara sosialnya tidak mencetuskan masalah.
“Tetapi mereka berbeza dan terpisah,” kata Kuan Yew sambil menggesa penganut agama itu bersikap lebih longgar dalam melaksanakan ajaran Islam.
Ketika melancarkan buku berkenaan Jumaat lalu Lee memberi amaran kepada rakyat Singapura agar tidak bersikap ambil mudah kerana republik itu masih menjalani proses pembangunan.
Dengan menyifatkan Singapura dalam buku itu sebagai ‘bangunan 80 tingkat di atas tanah paya,’ Lee berkata, negara itu mesti berjuang untuk mengatasi sikap bermusuhan dengan negara jiran yang majoriti penduduknya beragama Islam.
“Kita mempunyai jiran yang baik? Sedarlah. Terdapat usaha untuk menjatuhkan kita kerana kita adalah pengacau.” katanya dengan mendakwa Malaysia dan Indonesia berusaha untuk menggagalkan bisnes pelabuhan yang amat penting bagi republik itu. - AFP
Betulkah? selepas PRU12 orang bukan Islam semakin berani?.
ReplyDeleteJawaban YA.
UMNO memberi keberanian ini.
Semua blogger yang melindongi UMNO adalah blogger upahan yang catatan mereka bernilai RM sahaja.
Mulut blogger UMNO diperogramkan mengikut citarasa peminpin UMNO,A kata pemimpin UMNO,A juga kata blogger upahan UMNO,kerana tanpa berkata A,fulus @ RM akan hilang.
Moral?,usah dicakap,100% blogger UMNO tiada bermoral kerana ,kerana jika moral merupakan perkara terakhir sekali bagi pemimpin mereka ,apalah sangat yang bolih dikehendaki moral dari blogger umno.