Dulu juga yang kata beliau sendiri pun tidak suka jadi melayu. Katanya bangsa melayu disisi Allah tidak laku satu sen pun. Sebab itulah Haji Hadi bencikan Umno tambahan Nik Aziz yang "benci yang amat bencikan" kepada Umno, sampaikan sanggup memilih dan menuruti DAP untok dijadikan rakan bagi merealisasikan negara ini sebuah negara islam.
Biasalah kalau Nik Aziz sering berubah-ubah kenyataannya, maklumlah segan juga kalau rakan-rakan DAPnya berada dihadapan jika terlalu lantang bercakap tentang islam dan juga melayu di negara ini - dulu lain sekarang lain. Inilah kesan yang paling jelas dari perjuangan yang tidak iklas pas. Mereka pentingkan pengaruh undi semata-mata.
Baca juga kenyataan ini...
Itu kata Guan Eng yang mewakili DAP. Ingin diingatkan bahawa DAP ini menyeru kepada slogan “Malaysian Malaysia” yang membawa maksud kesamarataan hak di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira sama ada kepada bangsa bumiputera atau bukan bumiputera.
Justeru itu, sememangnya DAP tidak mempertikaikan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Namun, dengan menubuhkan satu port folio khas untuk agama lain selain Islam, yang berfungsi bagaikan Jabatan Agama Islam atau Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri yang dipegang oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, seolah-olah meletakkan agama-agama lain ini SAMA TARAFNYA DENGAN AGAMA ISLAM!
Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio itu, maka DAP dan Guan Eng telah berjaya menyamatarafkan agama-agama lain dengan agama Islam di negeri Pulau Pinang. Jadi, di mana istimewanya agama Isla di Pulau Pinang? Nampaknya, Guan Eng telah berjaya merealisasikan agenda “Malaysian Malaysia” di Pulau Pinang tanpa disedari oleh puak-puak PAS dan PKR yang mengaku Islam di Pulau Pinang!
Apa perlunya port folio itu di Pulau Pinang? Apa perlunya port folio itu di mana-mana negeri di Malaysia ini? Selama ini tiada pun port folio sebegitu ditubuhkan oleh mana-mana pihak, namun hubungan keharmonian dan kesefahaman di antara agama tetap elok dan tiada cacat celanya.
Semua maklum bahawa kebebasan beragama di negara ini dipraktikkan dengan cukup berhemah dan bertolak ansur di mana agama Islam dihormati dan diiktiraf sebagai agama rasmi negara dan dihiasi dengan pelbagai keistimewaan yang sewajarnya. Namun begitu, amalan dan perlaksanaan agama lain turut dihormati dan diberikan kebebasan untuk mengamalkannya tanpa sebarang sekatan seperti di negara lain.
Lihatlah bagaimana rumah-rumah ibadat agama lain turut dibina dan bilangannya semakin bertambah mengikut keperluan semasa. Gereja, kuil Buddha, kuil Hindu, dan rumah ibadat agama Sikh dan Tao turut diberi perhatian oleh pihak kerajaan, malah Kerajaan juga turut menyumbangkan peruntukan untuk rumah-rumah ibadat itu. Biarpun tanpa port folio yang Guan Eng tubuhkan itu, hubungan antara agama tetap terpelihara dan harmoni.
Bukanlah penulis dengki khianatkan kepada agama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh mahupun Tao. Namun, penubuhan port folio ini tidak adil. Tidak adil yang membawa maksud tidak kena pada tempatnya. Kedudukan dan layanan istimewa yang diberikan kepada agama Islam adalah lambang hak dan keistimewaan yang telah diwartakan kepada agama tersebut. Dan sekiranya ada agama lain yang mendapat layanan setaraf dengan layanan yang di terima oleh agama Islam di Malaysia maka ianya adalah dikira melampau dan bertentangan dengan sifat “istimewa” yang ada pada agama Islam tersebut. Harap faham dan maklum.
Oleh itu, dengan tertubuhnya port folio baru untuk hal ehwal agama bukan Islam di Pulau Pinang ini, maka jelaslah bahawa Guan Eng, DAP dan angkatan Pakatan Haram Pulau Pinang menghina kedudukan dan keistimewaan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
WALLY SLIPOR PELAKON TEMPELAN JEK BROO. DIA LA TUKANG CEBOK. DIA JUGAK TUKANG KIPAS. DIA JUGAK TUKANG GADAI AKIDAH KEHKEHKEH
ReplyDelete